You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS Kod Sekolah: KBA4031

NORAZIROH BINTI AZMI


1. Nama Guru
ISTIGHFAR TAUBAT SEBELUM
2. Judul TERLAMBAT 3. Bidang: AGAMA

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi 5 bahagian iaitu
1. Dosa Ibarat Gunung
2. Motivasi Istighfar
3. Peluang Keampunan
4. Panduan Taubat
5. Bonus

Pesan Hukama
1. Ketahuilah empat perkara yang membuka pintu rezeki: (1) Solat pada malam hari, (2)
Memperbanyakkan istighfar pada waktu sahur, (3) Berterusan dalam bersedekah, (4)
Berzikir pada pagi dan petang.
2. Seorang hamba berada di antara dosa dan kenikmatan. Dia tidak akan mendapatkan
sebarang manfaat daripada perkara ini, kecuali dengan beristighfar dan bersyukur.
3. Meninggalkan dosa itu lebih utama daripada kesembuhan taubat.
4. Sesiapa yang menyesal telah bertaubat. Dan sesiapa yang bertaubat telah berjaya.
5. Taubat itu adalah dengan meninggalkan perkara yang buruk, kepada perkara yang lebih
baik.
6. Mengakui kesalahan diri adalah separuh daripada taubat.
7. Antara tanda taubat adalah menangisi dosa yang lalu, takut terjebak kepada maksiat,
menjauhi rakan yang buruk, dan mendekati orang yang baik.
8. Hati boleh jatuh sakit seperti sakitnya anggota badan, penyembuhnya adalah dengan
taubat. Hati boleh berkarat seperti karatnya besi, pembersihnya adalah zikir. Hati
perlukan pakaian seperti pakaian pada jasad, pakaian itu adalah takwa.
9. Sebaik-baik nama Allah SWT adalah at-Tawwab, Maha Penerima Taubat, ia memberikan
harapan kepada hamba-Nya yang berdosa, memberikannya peluang untuk bermula
semula dan melepaskannya daripada maksiat yang mengikat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Bertitik tolak daripada pembacaan buku ini, ia dapat memberikan kesedaran kepada pembaca.
Harapan saya, semoga perkongsian pembacaan buku ini rakan-rakan sekerja termotivasi untuk
melakukan taubat, istighfar, serta memohon keampunan daripada Allah SWT. Semoga kita
bersemangat untuk melakukan perubahan secara berterusan sehingga kita dijemput bertemu
ilahi. Semoga kita cekal dalam melawan hawa nafsu dan terus istiqamah dengan
memperbanyakkan amal kebaikan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Semoga dengan ilmu yang diperolehi daripada pembacaan ini, kita akan dapat menjadi insan
yang seimbang dan patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan dan seterusnya dapat
menangani setiap masalah dengan kecerdasan minda yang tinggi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................... ........................................................
(NORAZIROH BINTI AZMI) ( )

You might also like