You are on page 1of 35

SULIT*

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


BANDAR BARU TUNJONG,
16010 KOTA BHARU, KELANTAN

940/2 STPM 2021


MODUL STPM SEMESTER 2

SEJARAH
SEJARAH ISLAM (500-1918)

SKEMA JAWAPAN

(SET 1)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
Skema Jawapan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2021

MODUL STPM 2021 - 940/2 [Lihat halaman sebelah


*Skema jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
1. Bincangkan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah
sebelum kedatangan Islam

A. Pengenalan
 Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti
dalam bukunya "History of the Arab's", Jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi
agama kerana pada ketika itu, tidak ada nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan
sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu
pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.
 Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman Jahiliah. Kamus Bahasa Arab
menyebutkan zaman Jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-
Quran. Menurut Dr. Mahyuddin, zaman Jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum
kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
 Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri.

B. Isi

I) Agama

1. Agama Menyembah Berhala


 Agama menyembah berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di
Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala
dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing.
Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal.
Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai
perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan
percaya kepada berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan Musyirikin, iaitu orang
yang menyekutukan Allah.

2. Agama Majusi
 Agama ini tidak diamalkan secara meluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa
masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6
Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara
penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari
Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi
kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.

3. Agama Yahudi
 Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.
berpandukan kepada kitab Taurat . Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-
kawasan Oasis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan
Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestin. Mereka berhijrah ke Semenanjung
Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya
menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi
menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar sebagai
anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

1
4. Agama Nasrani
 Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa
a.s. berpandukan kitab Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab
oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau
Habsyah atas tanah jajahan mereka. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini
termasuklah Warraqah bin Naufal dan Uthman bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2
mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite
yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam.
Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar
Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar.

5. Agama Hanif
 Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut
agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka
yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua
ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh
golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka
menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.

II) Kepercayaan

6. Kepercayaan Animisme
 Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum
manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa
yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka
menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu,
gua dan sebagainya.

7. Kepercayaan Adat
 Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan
yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan
melihat keadaan sekeliling bagi menjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah
burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.

C. Kesimpulan
 Terdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum
Islam. Semua agama itu bertentangan dengan agama Islam kecuali agama Hanif yang ada
sedikit persamaan.
 Masyarakat Jahiliah akan percaya dan menyembah sebarang perkara atau bentuk yang
boleh membawa keuntungan. Oleh yang demikian, mereka sanggup menyembah pelbagai
bentuk tuhan termasuklah alam semulajadi yang dianggap boleh mendatangkan kebaikan
kepada mereka.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan dua (2) isi untuk agama dan dua (2) isi untuk kepercayaan
yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam

2
2. Jelaskan aspek-aspek Piagam Madinah dan kepentingan Piagam Madinah dalam
pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah

A. Pengenalan
 Pembentukan Piagam Madinah 622 M (1H) telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang
bukan Islam khususnya golongan Yahudi. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal.
 Daripada 47 fasal itu, 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan
tanggungjawab mereka. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang
bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.

B. Isi

I) Aspek-Aspek Piagam Madinah

1. Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati.
Sebarang masaalah mesti merujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walau
bagaimanapun ketua kaum masih mempunyai hak untuk menyelesaikan sendiri masalah
jika difikirkan patut dan mampu diselesaikan betul.
2. Semua penduduk Madinah hidup sebagai satu ummah dan tidak terpengaruh dengan
elmen luar yang tidak baik.
3. Semua penduduk mesti bersatu padu, bekerjasama , tolong menolong di antara satu
sama lain .
4. Wahyu dan tradisi yang tidak bertentangan dengan syarak menjadi sumber Piagam.
5. Kebebasan beragama. Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-
masing tanpa ada sekatan,gangguan dan paksaan..
6. Keselamatan penduduk dijamin pemerintah selagi mereka mematuhi perlembagaan
tersebut.
7. Bertanggungjawab mempertahankan negara dari ancaman musuh.

II) Kepentingan Piagam Madinah

1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah


 Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang
beragama Islam atau bukan Islam. Mereka hendaklah sama-sama menggembeleng tenaga
mempertahankan Madinah daripadaserangan musuh. Mereka tidak boleh mengadakan
hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam Madinah.
 Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari
permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota
Madinah. Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan
ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan
ke atas mereka. Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima
menjadi rakyat

2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi


 Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah. Atas kesedaran
itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan
penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka
sendiri. Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah
dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri. Rasulullah mempersetujui bahawa tiada
paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.
3
3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh
 Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan
pentadbiran negara.
 Dengan terbentuknya Piagam Madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan
mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta
Madinah adalah milik bersama.
 Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang
bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan
perundangan. Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan
perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.

4. Kebebasan kepada setiap penduduk


 Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata. Tiada lagi penindasan seperti
yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin
keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan ini meliputi kebebasan diri,
agama, berfikir dan bersuara dan beramal, bekerja.Jaminan kebebasan meliputi segi aspek
kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

5. Menyatupadukan masyarakat Madinah


 Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam
melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb. Piagam Madinah memainkan
peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur
dan bersistem serta menghindari permusuhan dalam negara. Piagam Madinah telah
mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang
mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan
Islam.

6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah


 Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa. Ketokohan
baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada
aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi. Baginda bertanggungjawab
menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan
keadilan di Madinah.
 Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila
timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan
keputusan Rasulullah dibuat. Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai
ketua dan hakim negara yang tinggi.

7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi


 Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan. Mereka tidak
boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebasan telah
diberikan kepada mereka.
 Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah. Mereka yang mematuhi piagam ini
akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan
kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk


 Untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan. Piagam Madinah meratakan
kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas
4
golongan miskin. Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan
dengan penuh kejujuran dan syiar agama langit supaya individu akan berasa aman dan
tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda,
agama dan keturunan manusia.
 Tujuan keadilan adalah untuk menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi
kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam. Piagam Madinah
mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan
hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti
yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

9. Perpaduan umat Islam


 Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat
Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan
golongan Muhajirin. Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi
satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke
atas perpecahan mereka.
 Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan
sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit. Persaudaraan
Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang
diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya. Persaudaraan ini dapat
melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu,mempunyai kefahaman dan
kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup.

10. Pemerintahan bercorak musyawarah


 Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka. Semua kaum boleh
mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang
berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.
 Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam
Perang Badar. Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan
rakyat.

C. Kesimpulan
 Piagam Madinah terbukti piagam bertulis pertama di dunia dan merupakan undang-undang
terbaik yang mesti diikuti oleh mana-mana negara. Rasulullah dengan bijaknya telah
membuktikan kesempurnaan piagam ini dan seterusnya membuktikan kepada dunia
bahawa peraturan Islam berlandaskan al-Quran memberi kebaikan dan kesempurnaan
kepada manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan semua aspek-aspek Piagam Madinah dan dua (2) isi untuk
kepentingan Piagam Madinah dalam pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah

5
3. Huraikan konsep khalifah dan kaitannya dengan proses perlantikan Abu Bakar As-
Siddiq sebagai khalifah Islam yang pertama.

A. Pengenalan
 Latar belakang Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq. Berasal dari keturunan Bani Bakar.
Diberi gelaran al-Siddiq oleh Rasulullahh kerana sikap beliau yang sentiasa
membenarkan semua yang disampaikan oleh Rasulullah khususnya dalam Peristiwa
Israq Mikraj.
 Antara kelebihan-kelebihan Khalifah Abu Bakar ialah lelaki dewasa pertama memeluk
Islam. Di samping itu juga, beliau adalah sahabat dan bapa mertua Rasulullah S.A.W.
Ini dapat dibuktikan dalam Peritiwa Hijrah, di mana Rasulullah telah memilih beliau
sebagai sahabat untuk berhijrah ke Madinah.
 Abu Bakar Al-Siddiq merupakan khalifah pertama dalam Islam selepas kewafatan
Rasulullah. Dilantik oleh umat Islam pada tahun 10 Hijrah dalam peristiwa di Saqifah
Bani Saadah. Antara sumbangan besar beliau semasa menjadi khalifah ialah
menyelesaikan masalah perlantikan khalifah yang menjadi isu di antara orang Ansar,
menghadapi ancaman gerakan Ar-Riddah, pengumpulan al-Quran dan sebagainya.

B. Isi

I) Konsep Khalifah

1. Pengertian Khalifah.
 Berasal daripada perkataan Arab yang bermakna pengganti. Khalifah ialah individu
yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran dalam sebuah bidang selepas
kewafatan Rasulullah. Khalifah juga bertanggungjawab dalam urusan keagamaan.

2. Syarat menjadi khalifah.


 Seorang khalifah mestilah Islam, lelaki, telah baligh (dewasa), merdeka, adil, berilmu,
sempurna sifat anggota, waras, tajam pemikiran, brani, wara’ dan menjaga
kepentingan agama dan masyarakat Islam. Semua ciri-ciri di atas dimiliki oleh Abbu
Bakar sebagai khalifah yang pertama.

3. Cara pemilihan khalifah.


 Terdapat empat cara pemilihan khalifah dalam Islam yang pernah diamalkan pada
zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin iaitu perlantikan dalam majlis syura, wasiat
khalifah terdahulu, pemilihan dari beberapa calon dan pemilihan seorang calon.

II) Proses Perlantikan

i. Nabi wafat tanpa meninggalkan wasiat. Ini menyebabkan umat Islam mempunyai
banyak pilihan bagi melantik khalifah. Pada hari kewafatan Rasulullah, semua sahabat
seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan lain-lain berada di rumah
Rasulullah saw.
ii. Peristiwa di Saqifah Bani Saidah. Golongan Ansar iaitu suku Khazraj dan Aus telah
berkumpul di Saqifah Bani Saidah untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai khalifah
mereka. Manakala suku Aus melantik Saad bin Muaz sebagai calon khalifah mereka.
Keadaan di Saqifah Bani Saidah telah dimaklumkan kepada sahabat Nabi Muhammad
saw.

6
iii. Sayidina Umar, Abu Bakar as-Siddiq dan Abu Ubaidah al-Jarrah dan sahabat yang
telah bergegas ke Saqifah di mana berlangsungnya perlantikan tersebut. Meninggalkan
Ali bin Abi Talib dan keluarga untuk menguruskan jenazah Rasulullah.
iv. Berlaku ketegangan antara kedua belah pihak, sehingga Abu Bakar menenangkan
orang Quraisy dan orang Ansar. Ketegangan tersebut telah menyebabkan ada cadangan
untuk mewujudkan dua orang Khalifah. Abu Bakar menyebutkan hadis Nabi
Muhammad saw bermaksud pemimpin terdiri daripada orang Quraisy, kemungkinan
berlakunya perpecahan jika Khalifah dari kaum Ansar.
v. Beliau mencadangkan Umar al-Khattab sebagai khalifah. Umar al-Khattab menolak
cadangan tersebut, lalu mencadangkan Abu Bakar sebagai khalifah. Beliau telah
menyebut kelebihan Abu Bakar seperti menjadi teman Rasulullah dalam peristiwa
Hijrah, mengganti Imam ketika Rasuulullah sakit dan sebagainya.
vi. Cadangan Umar telah diterima dan Abu Bakar diberi baiah oleh mereka yang hadir.
Keesokan harinya beliau telah diberi baiah di masjid dan memberikan ucapan.

C. Kesimpulan
 Sistem Khalifah berbeza dengan sistem pemerintahan beraja atau lainnya. Ini kerana
sistem pemerintah khalifah adalah berdasarkan sistem pemerintahan yang pernah
dilakukan oleh Rasulullah. Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia ketika berusia 63
tahun dan diganti oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 13H.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti menjawab konsep Khalifah dan menjelaskan proses perlantikan Abu Bakar
As-Siddiq sebagai Khalifah Islam yang pertama.

7
4. Bincangkan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Madinah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w

A. Pengenalan
 Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT kepada umat manusia agar
membimbingmanusia ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.
 Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja membawa kepada
pelantikan diri baginda sebagai ketua negara, bahkan juga telah mengubah sistem
ekonomi yang dijalankan di Madinah.

B. Isi

I) Ciri-ciri ekonomi

1. Sumber wahyu menjadi asas kepada pengubalan dan pelaksanaan segala kegiatan
ekonomi yang melibatkan umat Islam.

 Asas kepada ekonomi Islam ketika itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT
melalui Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW. Konsep- konsep asas seperti Rububiyah,
Tazkiyah, Ubudiyah dan Uluhiyyah menjadi pegangan masyarakat Madinah ketika
menjalan semua nkegiatan ekonomi mereka.
 Sebagai contoh konsep tazkiyah yang menekankan penyucian jiwa melalui amalan
zakat dan sedekah.
Konsep-konsep ekonomi Islam ini secara tak langsung menyuburkan ekonomi Madinah
ketika itu.

2. Mengharamkan segala aktiviti atau amalan yang berunsur penindasan.


 Fakta ini amat jelas apabila terdapat nas-nas di dalam Al- Quran yang mengharamkan
amalan riba. Amalan ini dilihat akan mendatangkan kemudaratan kepada segelintir
masyarakat dan akan memundurkanekonomi masyarakat tersebut.
 Sebagai contoh dapat dilihat ekonomi zaman jahiliyah keluarga yang kaya sangat kaya dan
yang miskin hidup merempat sehingga terpaksa menjual anak permpuan untuk pelacuran.
 Situasi ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Islam lebih adil dan tidak menindas
kerana peluang ekonomi diberi sama rata kepada semua.

3. Pengagihan kekayaan secara sama rata.


 Dalam amalan ekonomi, Islam amat menekankan perkongsian kekayaan. Sekiranya
seseorang itu dilimpahkan dengan kekayaan maka dia diwajibkan berkongsi kekayaannya
dengan orang lain melalui zakat dan sedekah.
 Zakat diwajibkan kepada setiap umat Islam dan menjadi rukun Islam yang ke-4. Sedekah
pula sentiasa diwar-warkan kepada umat Islam sebagai satu amalan yang sangat dipuji
dan mendapat pahala yang besar.
 Secara tidak langsung amalan zakat dan sedekah ini mampu membebaskan umat Islam
yang terhimpit dalam kemiskinan danmeningkatkan ekonomi secara amnya.

4. Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan kebajikan.


 Golongan Muhajirin yang telah berpindah ke Madinah telah dibantu oleh golongan Ansar
atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan akidah yang sama.
 Golongan Ansar telah banyak bekorban dan membantu golongan Muhajirin dari segi
8
sosioekonomi iaitu harta benda, tenaga dan persaudaraan sewaktu golongan Muhajirin
mula berpindah ke Madinah bersama-sama Nabi Muhammad SAW.
 Secara tuntasnya ini menunjukkan bahawa ciri keadilan dan mementingkan kebajikan
berjaya meningkatkan ekonomi Islam diMadinah ketika itu.

II) Kegiatan ekonomi

1. Pertanian
 Pertanian merupakan punca ekonomi yang utama di Madinah. Golongan Muhajirin dan
Ansar menjadikan pertanian dan mengusaha tanah sebagai aktiviti utama.
 Golongan Muhajirin dan Ansar ini dikenali dengan gelaran Ahl-Zar` iaitu pengusaha
pertanian. Tanaman utama di Madinah ialah penanaman kurma. Ini dibantu pula oleh
kesesuaian tanah untuk penanaman ini.
 Aktiviti pertanian ini berjaya mengubah Madinah menjadi sebuah bandar yang makmur
dan berkembang pesat.

2. Perniagaan dan Perdagangan


 Aktiviti perniagaan dan perdagangan adalah merupakan aktiviti ekonomitradisi masyarakat
Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi. Walau bagaimanapun aktiviti perniagaan dan
perdagangan yang dijalankan di Madinah berteraskan hukum syarak dan mengharamkan
riba dan penindasan.
 Buktinya muncul usahawan berjaya dan hebat, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Pernigaannya
dimulakan dengan bantuan golongan Ansar akhirnya menjadikan beliau seorang peniaga
yang berjaya.
 Aktiviti perniagaan ini berjaya menjadikan Madinah sebagai permulaan kepada sebuah
empayar Islam selepasnya.

C. Kesimpulan
 Ciri-ciri ekonomi Islam telah diasaskan oleh Nabi Muhammad di Kota Madinah yang
berasaskan kepada keadilan dan menjaga kebajikan antara satu sama lain dalam satu ikatan
ukhwah maka Madinah telah muncul sebagai satu kuasa baru di Semenanjung Arab
ketika itu.
 Kekuatan ekonomi juga telah memberi ruang kepada pemimpin Madinah iaitu Nabi
Muhammad SAW meluaskankan kekuasaan politiknya sehingga kuasa-kuasa yang besar
seperti kuasa Habsyah dan Mesir serta Parsi akhirnya terpaksa mengiktiraf baginda
sebagai ketua kerajaan Madinah.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti menghuraikan empat (4) isi sahaja iaitu dua (2) untuk ciri-ciri ekonomi dan
dua (2) untuk kegiatan ekonomi masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W

9
5. Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyah antara
abad ke-18 hingga 20 Masihi.

A. Pengenalan
• Kerajaan Khalifah Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman I pada tahun 1299 dan mencapai
kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni. Namun begitu, kerajaan Uthmaniyah telah
mengalami kemerosotan setelah kematian baginda pada tahun 1566 Masihi. Empayar ini
masih berlanjutan sehingga abad ke-20, namun penguasaan politik dan ekonominya
terhadap seluruh empayarnya tidak sekuat seperti abad sebelum sehingga digelar “The sick
man of Europe”.
• Beberapa faktor menjadi punca kemerosotan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 ke tangan golongan Turki Muda di bawah pengaruh
sekularisme.

B. Isi
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk menguasai kedaulatan
Empayar Turki Uthmaniyah.
• Kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungry bersaing antara
satu sama lain untuk menguasai Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1830. Perancis
menguasai Algeria, Rusia terlibat dengan Perang Crimea dan berjaya menewaskan Turki
dan wilayah Romania, Serbia dan Montenegro memerdekakan dirinya dari Turki. Bosnia
Herzegovina pula dikuasai oleh Austria-Hungry.
• Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menetang Turki
Uthmaniyah.
• Selepas Perjanjian Berlin, Rusia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan, Kyrgstan,
Farghanah, Faniah, dan Khuqand.
• Britain juga menguasai Cyprus, Mesir, Teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Sheikh
Mubaraq Al-Sabah pada tahun 1899 di Hadramaut, Bahrain, dan Muscat.
• Menjelang tahun 1900, Britain mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah di Teluk
Arab. British bertindak menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armania supaya
menentang kerajaan Turki Uthmaniyah.

2. Revolusi perindustrian
• Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan
kuasa-kuasa Barat melaksanakan dasar perluasan.
• Pada tahun 1702. Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap bagi menangani
masalah takungan air di dalam lubang yang digali. Masalah ini timbul apabila para
usahawan telah menggunakan alternatif arang batu sebagai gantian bekalan kayu dengan
melakukan proses pengalian arang batu.
• Enjin berkuasa wap turut digunakan di lombong-lombong arang batu. Kesannya, arang
batu dapat dihasilkan dengan banyak.
• Kemajuan bidang pengangkutan telah merancakkan perkembangan Revolusi
Perindustrian. Kemudahan sistem pengangkutan yang disediakan memudahkan kerja-kerja
pengedaran barang mentah dan barangan siap dalam negara. Malahan, urusan eksport
dengan import berjalan dengan lancar.
• Sistem pengangkutan di laut dipertingkatkan apabila enjin berkuasa wap dicipta bagi
menggantikan kapal layar. Penciptaan ini telah membantu kuasa-kuasa Eropah
mengharungi lautan bertujuan meluaskan kuasa.
• Pemodal-pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah
termasuk Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendalikan lombong, mengimport

10
buruh dan sebagainya. Usaha-usaha tersebut dilakukan bertujuan memberi keuntungan
kepada pihak penjajah.

3. Petroleum
• Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq. Pada awal abad
ke-20, penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain
merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini. Britain ingin menguasai minyak
di Iraq dan di ikuti Belanda.
• Akhirnya, Jerman mengambil langkah berbaik-baik dengan negara Islam kerana Jerman
memerlukan pasaran untuk memasarkan produk keluarannnya. Jerman diberikan peluang
menjalin kerjasama dengan kerajaan Turki Uthmaniyah oleh Sultan Abdul Hamid II.

4. Pembinaan Terusan Suez


• Pembinaan Terusan Suez pada tahun 1869 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan
Asia menjadi lebih dekat. Urusan perdagangan dipercepatkan dan perjalanan dipendekkan
serta kos perdagangan dapat dijimatkan.
• British berminat untuk menguasai Terusan Suez. Justeru, Kompeni Terusan Suez
bertindak membeli saham Terusan Suez apabila Khedif Ismail mengalami muflis. Disraeli
yang merupakan Perdana Menteri Britain pada Ketika itu telah membeli saham tersebut
yang merupakan 45 peratus jumlah saham dalam kompeni tersebut. Tindakan ini
menyebabkan Mesir jatuh ke tangan British.

5. Agama
• Kempen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki Uthmaniyah.
• Pihak Barat berkuasa memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat. Mereka
menyemai idea bahawa Islam merupakan agama mundur, anti-kemajuan dan tidak
berperikemanusiaan.
• Snouck Hurgronje merupakan seorang Yahudi Belanda yang beragama Kristian telah
menyamar sebagai seorang Muslim dan memperkenalkan Dasar Islam Belanda. Mereka
turut menanam kebencian masyarakat dunia terhadap Islam dan umatnya.

6. Menyebarkan falsafah dan pemikiran Barat


• Kuasa Barat menyebarkan nilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat peribumi.
Setalah British menguasai Mesir pada tahun 1881, British telah menyemai falsafah hidup
Barat di Mesir.
• Perancis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara dalam kalangan
golongan elit di Mesir.
• Pihak Barat memberikan pujian kepada mereka yang mengamalkan konsep hidup moden.
Antara tokoh-tokoh sekular yang mendapat pujian dari barat ialah Mustafa Kamal Artatuk,
Midhat Pasha dan Zia Gokalp. Masyarakat yang menolak modenisme akan dianggap
sebagai manusia yang mundur.

7. Kelemahan Kerajaan Turki


• Ketenteraan Tentera elit Janissari yang menjadi tulang belakang kekuatan Turki
dihapuskan.
• Kesultanan Kebiasaan sultan dihantar keluar untuk berperang dan terlibat dalam
pentadbiran. Akhirnya di letak dalam istana dan tidak tahu perkembangan luar.
• Penguasaan wanita Isteri dan ibu sultan menguasai dan mempengaruhi sultan dalam
pentadbiran. Rodzalina seorang Eropah yang mengawal sultan. Ramai tentera kahwin
dengan orang Eropah.

11
• Ekonomi Kecurangan, penyelewengan dan ketirisan dalam ekonomi. Cukai cukup tinggi
dikenakan kepada petani (cukai iktaq). Ramai petani lari ke bandar.
• Kebangkitan nasionalisme Wilayah-wilayah di Balkan menuntut kemerdekaan begitu juga
orang-orang Kristian di Lubnan.
• Kegagalan Tazimat Kerajaan melaksanakan Tazimat (pembaharuan) seperti Hati Kurhani,
Hati Humayun tetapi gagal.
• Kebangkitan golongan pro Barat Young Ottoman dan Young Turkey telah membuat
pembaharuan dengan mewujudkan tentera ala Barat. Mereka mengambil undang-undang
Sweden dan membuang Islam.

C. Kesimpulan
• Faktor imperialisme, ekonomi dan kelemahan Kerajaan Turki membuka peluang kepada
kuasa Barat memperluaskan kuasa terhadap Kerajaan Turki.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja

12
6. Bincangkan peranan Syeikh Jamaluddin al-Afghani dalam gerakan nasionalisme di
Mesir sehingga penghujung abad ke-19.

A. Pengenalan
 Jamaluddin al-Afghani atau nama sebenar Sayyid Jamaluddin ialah As – Sayyid
Jamaluddin bin Sayyid Safdar Al Afghani’. Sayyid Jamaluddin dilahirkan pada tahun 1838
Masihi di Asadabad , Afghanistan dan meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi ketika
berusia 60 tahun dan telah dikebumikan di Istanbul, Turki.
 Sepanjang hayatnya beliau merupakan pemikir Islam, aktivitis Islam dan wartawan yang
terkenal. Untuk menambahkan pengetahuannya, beliau suka mengembara ke pelbagai
tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.
 Selain itu, Sayyid Jamaluddin merupakan pelopor gerakan Islah di Mesir bersama-sama
dengan Syeikh Muhammad Abduh. Justeru terdapat pelbagai peranan yang dimainkan oleh
beliau dalam gerakan nasionalisme di Mesir sehingga penghujung abad ke-19 akibat
daripada campur tangan kuasa Eropah ke atas Mesir pada abad ke-19

B. Isi
1. Mementingkan pendidikan
 Dalam bidang pendidikan, Sayyid Jamaluddin melihat pendidikan sebagai satu alat untuk
umat Islam Mesir mencapai kemajuan dan kemodenan setaraf dengan kuasa-kuasa Barat.
Beliau menggesa agar pendidikan Islam menjalani proses penambah baikan dan reformasi
 Beliau menekankan kepentingan integrasi ilmu Barat dan ilmu Islam di Universiti al-
Azhar seperti sains dan teknologi untuk membangun dan memajukan umat Islam Mesir
dengan daya fikir yang tinggi.
 Untuk kelangsungan dinimisme Islam dan perlunya umat Islam kembali bersatu
memulihkan kegemilangan mereka maka beliau mewujudkan mata pelajaran-mata
pelajaran baru di Universiti al-Azhar seperti matematik, algebra, sains dan sejarah

2. Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang sebenar


 Beliau memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al Quran
dan hadis. Untuk itu Sayyid Jamaluddin telah mempelopori gerakan Islah bagi berhadapan
dengan gelombang sekularisme Barat yang melanda Mesir pada abad ke-19
 Gerakan ini berjuang untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam dengan membina
perpaduan dan mengkritik taklid buta masyarakat Islam di Mesir. Kesemua idea dan
program Islah dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan bagi mempengaruhi semangat
nasionalisme di Mesir dan seluruh dunia Islam amnya.
 Penyampaian idea dilakukan melalui proses pengajaran dan pidato. Sayyid Jamaluddin
pernah menjadi tenaga pengajar yang disegani di Universiti al-Azhar. Beliau bebas
berpidato di dalam dewan kuliah dan masjid-masjid dan di antara pelajarnya ialah
Muhammad Abduh, Sa’ad Zaghlul dan Lutfi al-Sayyid. Idea-idea gerakan Islah ini
kemudiannya berkembang dalam kalangan massa melalui media majalah, akhbar dan
buku-buku ilmiah

3. Memperjuangkan kesatuan ummah (Jamiah al-Islamiah)


 Gerakan yang dipelopori oleh Sayyid Jamaluddin dan Syeikh Muhammad Abduh ini
menjadi satu fenomena kepada perjuangan umat Islam di seluruh dunia pada abad ke-19
sebagai reaksi terhadap peluasan kuasa Barat
 Beliau menyeru rakyat Mesir dan umat Islam yang lain menyertai Jamiah al-Islamiah dan
berusaha mengembalikan pengaruh dan kuasa khilafah ke atas umat Islam

13
 Matlamat gerakan ini ialah untuk menyatukan umat Islam seluruh dunia dalam
menghadapi eksploitasi dan imperialisme Barat serta menonjolkan kedudukan Daulah
Uthmaniyah sebagai penaung umat Islam sejagat
 Gerakan ini amat popular di Mesir ketika beliau berusaha membangkitkan semangat
kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan

4. Penulisan dan kewartawanan


 Dalam bidang penulisan dan kewartawanan, Sayyid Jamaluddin telah menghasilkan
penulisan dalam media massa seperti majalah al-Urwah al Wuthqa (1883) (Ikatan Yang
Teguh) yang diasaskan oleh beliau sendiri. Beliau turut menulis dalam akhbar Waqa’i’a
al-Misriyyah dan al- Manar yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Abduh di Mesir. Di
dalam majalah dan akhbar-akhbar ini, beliau banyak menulis tentang kesedaran dalam
kalangan umat Islam serta kebangkitan untuk menentang penjajahan kuasa-kuasa barat
terhadap dunia Islam dengan berlandaskan al Quran dan hadis. Isu perpaduan umat Islam
(Wahdat al-Islamiyah) dan usaha mencapai kemerdekaan daripada penjajahan asing adalah
dituntut dalam Islam. Justeru mengikit beliau penjajahan barat merupakan bencana
terbesar bagi umat Islam
 Selain itu, beliau turut menghasilkan karya-karya ilmiah lain seperti al-A’mal al-Kamilah,
ar-Raddu ‘ala ad-Dahriyyin, Tatimmah al-Bayyan fi Tarikh Afghan dan al-Khairat.
Penulisan yang dihasilkan adalah menekankan kepada tiga kepentingan iaitu membina
tradisi keilmuan Islam dengan mengadaptasikan ilmu sains dan teknologi Barat,
Melindungi agama dan umat Islam daripada pengaruh Barat dan Kristianisasi serta
menganjurkan ijtihad, menolak taklid serta memberikan pertimbangan kewajarnya kepada
akal fikiran dengan berdasarkan al-Quran dan hadis.

5. Memperjuangkan kemerdekaan Mesir


 Pemikiran Sayyid Jamaluddin dalam politik amat dikagumi dan telah merangsang pelajar-
pelajarnya di Mesir sehingga berjaya menubuhkan pertubuhan berunsur nasionalis iaitu
Misri al-Falat (Pertubuhan Mesir Muda) yang bertujuan menamatkan campur tangan Barat
di Mesir
 Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan al-Hizb al-Wataniyy al-Hurr (Parti
Kebangsaan Bebas) yang merupakan pakatan rahsia bagi membebaskan Mesir daripada
pemerintahan autokratik Khedif (wakil kerajaan Turki Uthmaniyah) dan penjajahan
British.
 Sayyid Jamaluddin menumpukan perhatian terhadap usaha-usaha memerdekakan tanah air
daripada penjajah dan mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap keupayaan dan
kekuatan mereka dalam menentang penjajah
 berkempen sehingga menimbulkan perasaan anti British yang meluap-luap dalam kalangan
rakyat Mesir sehingga menjadi penyebab tercetusnya penentangan Urabi pada tahun 1881
hingga 1882.

C. Kesimpulan
 Idea yang diasaskan oleh Sayyid Jamaluddin seperti gerakan Islah, Jamiah al-Islamiah dan
nasionalisme telah berjaya membangkitkan kesedaran masyarakat Mesir dan seluruh dunia
amnya untuk membebaskan negara dan rakyat dari penjajahan Barat
 Perjuangan dalam membangkitkan nasionalisme yang dicetuskan oleh Sayyid Jamaluddin
telah diteruskan oleh anak muridnya Syeikh Muhammad Abduh sehingga awal abad ke-20

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja

14
SULIT*

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


BANDAR BARU TUNJONG,
16010 KOTA BHARU, KELANTAN

940/2 STPM 2021


MODUL STPM SEMESTER 2

SEJARAH
SEJARAH ISLAM (500-1918)

SKEMA JAWAPAN

(SET 2)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
Skema Jawapan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2021

MODUL STPM 2021 - 940/2 [Lihat halaman sebelah


*Skema jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
15
1. Huraikan golongan masyarakat Islam yang terdapat pada zaman Khulafa al-
Rasyidin

A. Pengenalan
• Masyarakat Islam mula terbentuk setelah berlakunya penghijrahan Rasulullah bersama
penduduk Islam Makkah ke Madinah dikenali Muhajirin dan penduduk asal Madinah yang
terdiri dari suku Aus dan Khzaraj yang dikenali sebagai Ansar.
• Dalam demografi masyarakat Islam berkembang khususnya semasa Khulafa al-Rasyidin,
masyarakat ini terus bertambah antaranya golongan Arab Madinah iaitu terdiri Muhajirin
dan Ansar, al Riddah, al Ayyam, al Qurra, Syiah, Khawarij dan Mawali.

B. Isi
1. Muhajirin
• Berasal daripada perkataan hajara bermaksud hijrah.
• Merupakan masyarakat Islam berasal dari Makkah berhijrah ke Madinah bersama-sama
Rasulullah.
• Mereka merupakan golongan awal memeluk Islam selepas kerasulan Nabi Muhammad
S.A.W

2. Ansar
• Bermaksud pembantu merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri dari suku Aus dan
Khzaraj.
• Mereka banyak membantu Nabi SAW dan orang-orang Muhajirin semasa hijrah dan
gerakan dakwah Islam.
• Golongan Muhajirin dan Ansar merupakan bangsa Arab.

3. Golongan Islam bekas murtad (ar-Riddah)


 Golongan ar-Riddah merupakan golongan terlibat dalam gerakan anti kerajaan Islam.
Mereka muncul selepas kewafatan nabi dan ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu
Bakar.Mereka terdiri daripada tiga golongan.
 Pertama golongan murtad, setelah nabi wafat mereka kembali kepada amalan jahiliah.
Kebanyakan mereka memiliki iman yang lemah dan percaya Islam makin lemah selepas
kewafatan nabi.
 Kedua, golongan enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan al-Quran. Mereka
berpendapat zakat merupakan ufti yang hanya wajib dibayar kepada nabi semasa hayatnya
sahaja.
 Ketiga, golongan nabi palsu dan para pengikutnya yang cuba meraih pengaruh dan
kepentingan peribadi serta mereka mendakwa menerima wahyu.
 Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan diplomasi dengan menhantar para pendakwah
dan disusuli tindakan tegas dengan menhantar pasukan tentera agar mereka kembali
kepada Islam. Sebahagian mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan manakala
golongan yang engkar Berjaya dihapuskan melalui tindakan ketenteraan.

4. Golongan al-Qurra
• Berasal dari golongan ahl al Ayyam yang diamanahkan menjaga tanah di Iraq.
Menggelarkan dirinya al Qurra bagi membezakan dengan golongan al Ayyam bekas
golongan murtad.
• Semasa Khalifah Uthman mereka terlibat dalam penentangan terhadap khalifah dan
memberontak serta membunuh Uthman. Merupakan penyokong kuat Khalifah Ali dalam
Perang Jamal dan Siffin.

16
• Setelah tamat Perang Jamal, golongan al-Qurra berpaling tadah dan menentang Khalifah
Ali. Mereka kemudiannya dikenali sebagai golongan Khawarij.

5. Syiah
• Merupakan penyokong Ali. Mereka berada di Iraq iaitu di Kufah dan Basrah.
• Golongan ini akhirnya tergelincir akidah dan sesat.
• Mereka telah menuduh sahabat iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai perampas hak
Ali sebagai pengganti Rasulullah.

6. Khawarij
• Merupakan bekas penyokong Ali yang kecewa terhadap baginda kerana menamatkan
Perang Siffin dan menerima Majlis Thakim. Mereka berpusat di Hurura.
• Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai
Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus dipertanggungjawabkan ke
atas Khalifa Ali, muawiyyah dan Amru al-As.
• Kumpulan ini juga dikenali puak Haruriah. Merekalah yang bertindak membunuh Khalifah
Ali. Mereka telah melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah pimpinan
Muawiyyah.

7. Golongan berkecuali
 Mereka terdiri daripada golongan Arab yang tidak mehu terlibat dalam konflik berdarah
antara Khalifah Ali dan Muawiyyah kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku.
 Gologan ini menetap di Mekah (Hijaz). Antara mereka termasuk saidatina Aisyah dan
Zubair al-Awwam yang tinggal di Mekah atas factor keselamatan diri dan keluarga selepas
berlaku pembunuhan ke atas Khalifah Uthman al-Affan.

8. Golongan bukan Arab (Mawali)


• Mereka juga disebut Ajam. Terdiri daripada orang Parsi dan Qibti dari Mesir. Majoriti
mereka terdapat di Iraq.
• Masyarakat ini muncul setelah berlaku gerakan dakwah Islam berkembang ke luar Tanah
Arab seperti ke Parsi, Mesir dan Syam.
• Masyarakat Islam Mesir terdiri dari orang Arab yang berhijrah dari Semenanjung Tanah
Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam. Mereka menganut islam sejah
zaman Khalifah Umar al-Khattab.

C. Kesimpulan
• Setelah kewafatan Rasulullah SAW, pada zaman Khalifah Ar Rasyidin masyarakat Islam
semakin berkembang membentuk masyarakat yang pelbagai kaum dan bangsa. Islamiah.
• Masyarakat yang wujud pada zaman Khalifah al_Rasyidin semakin kompleks seiring
dengan dasar peluasan wilayah.
• Masayarakat pelbagai bangsa dan keturunan ini Berjaya disatukan melalui pembentukan
ummah berdasarkan aqidah

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti menjawab sekurang-kurangnya 4 isi sahaja
 Calon mesti menekankan kepada golongan masyarakat Islam yang terdapat pada zaman
Khulafa al-Rasyidin

17
2. Bincangkan faktor perkembangan intelektual pada zaman pemerintahan Khalifah
Harun al-Rasyid

A. Pengenalan
Harun al-Rasyid dilantik menjadi khalifah Abbasiyah pada tahun 170 H bersamaan 786 M
ketika berusia 25 tahun Sebelum menjadi khalifah Harun al-Rasyid pernah menyandang
jawatan gabenor di Saifah pada tahun 779 M dan setahun kemudian dilantik menjadi
gabenor Maghribi. Pada 782 M, beliau disahkan sebagai putera mahkota yang bakal
menjadi khalifah..Harun al-Rasyid mempunyai keperibadian yang mulia dan mempunyai
pengalaman luas dalam bidang pentadbiran,ketenteraan,kemasyarakatan dan ilmu
pengetahuan pengalaman dan pengetahuan yang luas menjadikan khalifah Harun al-Rasyid
seorang khalifah yang bijaksana,berani dan disegani.

B. Isi

1. Menggalakkan kegiatan penterjemahan dan pembukuan


Khalifah Harun al-Rasyid memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu
pengetahuan. Perkembangan dan kegiatan intelektualisme ini berlaku dalam beberapa
peringkat, iaitu pembukuan, penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.
Dua bidang utama kegiatan intelektual yang berkembang pesat pada masa itu adalah
kegiatan penterjemahan buku dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab dan penulisan karya
ilmiah asli. Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah yang mencintai ilmu
pengetahuan membolehkan bidang keilmuan dan kegiatan intelektual berkembang pesat.

2. Mendirikan pusat- pusat pengajian untuk pendidikan


Harun al-Rasyid mendirikan banyak kuttab,sekolah rendah dan menengah, kolej serta
masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Ramai ilmuan dalam pelbagai bidang muncul
pada zaman Harun al-Rasyid seperti Jabir Ibn Hayyan, Jibrail Ibn Bakhtisyu, Yuhana Ibn
Musawaih, Imam Malik, Imam as-Syafie dan sebagainya. Golongan sarjana mendapat
kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi daripada khalifah.

3. Menubuhkan Baitul Hikmah


Harun al-Rasyid menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan kegiatan
intelektual terbesar di Baghdad. Baitul Hikmah akhirya menjadi gedung ilmu pengetahuan
utama dan menjadi tumpuan para sarjana membuat kajian dan penyelidikan.Khalifah
Harun al- Rasyid juga menjemput para ulama dan cendekiawan dari seluruh dunia untuk
perkembangan kegiatan intelektual.Mereka yang datang bukan sahaja mempelajari ilmu-
ilmu tafsir dan hadis malah mempelajari ilmu perubatan, falak, matematik dan sebagainya.

4. Dasar pentadbiran yang cekap


Harun al-Rasyid menggunakan pengalaman pentadbiran sejak zaman mudanya dalam
kerajaan Abbasiyah untuk menyusun dan memperkemaskan semula sistem pentadbiran
negara. Beliau melantik wazir yang bijak daripada keluarga al-Barmaki iaitu Yahya bin
Khalid. Hasil bantuan dan kebijaksanaan keluarga al- Barmaki yang menjadi wazir dan
gabenornya, Harun al-Rasyid berjaya membentuk satu sistem pentadbiran yang cekap.
18
Namun, prestasi cemerlang mereka telah menimbulkan perasaan dengki para pegawai lain.
Ekoran ini,pelbagai fitnah dilemparkan kepada keluarga al-Barmaki. Harun al-Rasyid
bertindak keras menghapuskan pengaruh keluarga al- Barmaki dari kerajaannya.

5. Hubungan Diplomatik
Harun al-Rasyid telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain bagi meluaskan
kekuasaan kerajaan Islam.Pada zaman Harun al-Rasyid, terdapat tiga buah kerajaan besar
yang menjadi pesaing kerajaan Abbasiyah iaitu kerajaan Perancis di Eropah,kerajaan
Byzantine yang berpusat di Istanbul dan kerajaan Umayyah di Andalusia.Hubungan Harun
al-Rasyid dengan kerajaan Perancis pimpinan Raja Charlemenge adalah baik dan saling
bertukar hadiah. Malah Raja Charlemenge pernah membantu Harunal-Rasyid menghadapi
kerajaan Byzantine.Pada zaman pemerintahan Permaisuri Irene, empayar Byzantine
terpaksa membayar cukai tahunan sebanyak 90,000 dirham untuk mendapatkan
perdamaian 4 tahun dengan Harun al-Rasyid ekoran serangan Byzantine ke atas wilayah
Isam di Asia Timur.Kerajaan Umayyah di Andalusia terpaksa mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan Harun al-Rasyid kerana kekuatan kerajaan Abbasiyah mencapai
puncaknya pada zamannya.Kerajaan Abbasiyah pimpinan Harun al-Rasyid turut
mengadakan hubungan dengan Maharaja China dan raja-raja India serta saling bertukar-
tukar hadiah.

6. Memperkasakan pasukan tentera Islam


Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah.
Beliau sendiri menjadi panglima tertinggi angkatan perang dan beberapa kali mengetuai
pasukan tenteranya dalam peperangan,contohnya ketika menyerang tentera Byzantine
pimpinan maharaja Nicephoras I. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak
tentera Islam.Hasil daripada sikap dan layanan baik oleh Harun al-Rasyid, pasukan tentera
Abbasiyah telah menjadi satu pasukan yang kuat, berdedikasi dan berdisiplin. Pasukan
tentera ini amat ditakuti dan dihormati oleh pihak musuh.Pada masa yang singkat sahaja
setelah dilantik menjadi khalifah, Harun al-Rasyid berjaya membanteras semua kekacauan
dan pemberontakan yang timbul setelah kemangkatan Khalifah al-Mahadi,ayahandanya.

7. Perkembangan ekonomi
Dasar liberal Harun al-Rasyid terhadap semua penduduk Abbasiyah termasuk golongan
zimmi dan mawali membawa pertumbuhan pesat di bidang ekonomi,khasnya kegiatan
pertanian, perdagangan dan perusahaan.Harun al-Rasyid menggalakkan pembukaan tanah-
tanah baharu serta membekalkan biji benih secara percuma kepada para petani.
Kemudahan tali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan pertanian. Tanah-tanah
rampasan perang diagihkan kepada tentera dan golongan miskin untuk
diusahakan.Terdapat banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat perdagangan
utama. Kota Baghdad telah dimajukan dan terkenal dengan kegiatan perdagangan,
perniagaan dan menjadi tumpuan para pedagang seluruh dunia termasuk dari China dan
Perancis.Banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan, contohnya jalan dari Iraq ke
utara mengikut pesisir Laut Merah menuju ke Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi.
Laluan laut yang terkenal adalah Laut Parsi, Laut Merah dan Laut Mediterranean.Kegiatan
perusahaan ringan seperti membuat barang perhiasan dan permata, emas dan logam

19
bernilai turut berkembang. Di Tabaristan dan Armenia pula perusahaan menenun
permaidani berkembang pesat.Hasil dari perkembangan ekonomi ini menjadikan negara
semakin makmur. Perbendaharan kerajaan Abbasiyah menjadi teguh dan stabil sehingga
kerajaan mampu menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat.

8. Pembangunan bandar dan prasarana


Keadaan negara yang aman dan sistem pentadbirannya yang cekap dan licin membolehkan
negara membangun dengan pesat.Beberapa buah kota seperti Baghdad,Basrah, Mausul,
Damsyik dan Alleppo muncul sebagai kota-kota terkenal dan maju. Contohnya, Baghdad
sebagai ibu kota Bani Abbasiyah muncul sebagai pusat politik, budaya dan sosial
antarabangsa serta pusat intelektual bertaraf dunia.Pada masa yang sama. kemudahan
prasarana seperti perigi, jalan raya, terusan dan Iain-lain telah dibina di seluruh
negara.Harun al-Rasyid telah membina banyak masjid, sekoiah. kolej dan hospital di
kawasan bandar utama yang muncul berselerak di seluruh negara.

C. Kesimpulan
Empayar Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan di bawah pimpinan Khalifah Harun al-
Rasyid dan diteruskan oleh puteranya, al-Makmun.Pada zamannya. kerajaan Abbasiyah
berada pada zaman keemasan tamadun Islam. Masyarakat Islam hidup makmur,ekonomi
berkembang pesat terutama dalam bidang perdagangan dan pertanian.
Harun al-Rasyid telah berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pentadbiran, pusat
perdagangan dan pusat intelektual terkenal di dunia.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja

20
3. Bincangkan sumber-sumber baitulmal pada zaman Bani Abbasiyah antara abad ke-
9 hingga 11 Masihi

A. Pengenalan
 Baitulmal atau rumah harta merupakan institusi kewangan yang berperanan
menyelenggarakan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi
tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang
perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).
 Sumber-sumber utama kewangan negara yang disimpan di baitulmal pada zaman Bani
Abbasiyah antara abad ke-9 hingga 10 Masihi ialah diperolehi daripada orang Islam
melalui kutipan zakat, kharaj, jizyah, usyur, tol, ghanimah dan fai serta harta peninggalan
orang mati tanpa waris dan harta karun serta harta tercicir, wakaf, sedekah, wasiat dan
hadiah turut menjadi sumber baitulmal

B. Isi

1. Zakat
 Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan fardu ain ke atas tiap-
tiap orang yang cukup syaratnya . Kewajipan mengeluarkan zakat ini disebut dalam surah
an-Nisa,ayat 77 iaitu , ‘dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat hartamu .’
 Seperti pemerintahan Islam sebelumnya, pemerintahan Bani Abbasiyah telah
membahagikan zakat kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat
yang wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan puasa pada bulan Ramadan dan
tujuannya adalah untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada ucapan dan perbuatan
yang sia-sia. Orang yang berhak menerima zakat fitrah ialah hamba atau orang merdeka
tidak kira jantina dan klasifikasinya . Selain itu juga , zakat fitrah juga harus diberikan
sebelum solat Aidilfitri .Masa pemberian ini telah dipersetujui oleh para ulama.
 Zakat harta merupakan harta benda yang diwajibkan zakat seperti binatang
ternakan,emas,perak,barang perdagangan,dan biji-bijian. Zakat hasil ternakan mempunyai
syarat-syarat yang harus diikuti ialah cukup nisab,haul,binatang peliharaan dipelihara
dalam padanh rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk berkerja.
 Zakat emas dan perak ialah zakat yang wajib diberikan jika mencapai syarat seperti cukup
hisab,haul (iaitu setahun) dan milik yang sempurna.Wanita yang memiliki ems dan perak
dijadikan perhiasan tidak wajib berzakat keran wanita dikehendaki berhias untuk
suaminya. Namun, jika sekiranya emas dan perak dikumpul untuk menjadi harta kekayaan,
maka wajib dikeluarkan zakat kerana ianya bertujuan untuk barang simpanan.
 Zakat barang dagangan dan pertanian. Syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk
mengeluarkan zakat barang dagangan ialah niat untukmendapatkan keuntungan dan
menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Selain itu , cukup nisab dan haul. Manakala,
bagi zakat pertanian mazhab syafi’e,hanafi dan maliki bersependapat bahawa waktu wajib
mengeluarkan zakat tanaman dan buah-buahan ialah apabila sudah boleh dimakan.
 Pemerintahan Bani Abbasiyah antara abad ke-9 hingga 10 Masihi telah meneruskan dan
mengukuhkan lagi dasar dan perlaksanaan zakat .Bagi memastikan kelancaran kutipan
zakat, Ketua Kadi yang pakar dalam bidang syariah telah dilantik oleh pemerintahan pusat,
Contohnya Abu Yusuf yang telah dilantik untuk jawatan tersebut telah memberi khidmat
nasihat kepada Khalifah Harun al Rasyid mengenai zakat
 Kemunculan mahzab-mahzab awal dalam Islam seperti Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki,
Mazhab Shafi’e dan Mazhab Hambali telah membawa tafsiran zakat yang berbeza beza
dan kemudiannya telah mempengaruhi urusan pentadbiran dan pelaksanaan zakat pada
zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dan pemerintahan Islam seterusnya.

21
2. Jizyah
 Kamus Dewan mentakrifkan jizyah sebagai satu pemberian ufti yang dibayar oleh individu
atau negara bukan Islam kepada negara Islam yang di bawah pememerintahnnya. Kamus
Bahasa Arab menyatakan bahawa jizyah ialah cukai perlindungan. Perkataan jizyah
berasal daripada perkataan jaza’ yang membawa maksud ganti rugi atau balasan terhadap
kebaikan atau keburukan, kata jamaknya ialah jizan.
 Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang- orang
kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan
harta benda mereka.
 Sebagai Perlindungan yang diberikan oleh negara Islam keatas keselamatan jiwa dan harta
benda orang bukan Islam yang menetap atau bernaung di bawah pemerintahan Islam ini
memberikan tanggungjawab kepada orang bukan Islam mempertahankan negara dan patuh
kepada undang-undang negara yang melindunginya.
 Malahan, orang bukan Islam diberikan kebebasan beragama dan dikecualikan daripada
bertugas dalam tentera serta mendapat hak yang sama seperti orng Islam. Walau
bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya merek
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
 Konsep dan sistem jizyah mengikut sistem jizyah yang diamalkan pada zaman
pemerintahan Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan Bani Abbasiyah telah menghapuskan
perbezaan yang wujud antara keturunan Arab dan bukan Arab atau golongan mawali yang
diamalkan pada zaman pemerintahan Bani Umayyah. Hal ini adalah kerana pemerintahan
Bani Abbasiyah banyak dipengaruhi oleh bangsa-bangsa asing.
 Era pemerintahan Khalifah al-Qadir (991-1074 M) menyaksikan pelaksanaan kutipan
jizyah. Khalifah al-Qadir berjaya memenangi peperangan Turki, Wasit dan Basrah.
Malahan serangan ke atas Batihah dan Basrah juga mencapai kejayaan. Mereka yang
tewas bersetuju membayar cukai jizyah sebanyak 1 000 dinar setahun kepada kerajaan
pusat Abbasiyah.

3. Kharaj
 Perkataan Kharaj dipinjam daripada bahasa Byzantine bermaksud ufti. Dalam konteks
sejarah Islam, Kharaj bukan bermaksud ufti tetapi bermaksud cukai tanah. kharaj ialah
cukai tanah yang diperoleh sewaktu penaklukan, sama ada secara berperang atau secara
damai. Kharaj dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah tersebut sama ada orang Islam atau
bukan Islam.
 Khalifah Abu Jaafar telah mengadakan beberapa perubahan untuk meningkatkan ekonomi
negara dan melengkapkan pusat pentadbiran Baghdad. Bagi menjayakan rancangannya,
Khalifah Abu Jaafar telah mengenakan cukai tanah atau kharaj kepada para petani.
 Amalan kharaj ini diteruskan pada era pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833M)
hingga Khalifah Al-Muktamid (870-892M) dan kerajaan Tahiriyah yang diasaskan oleh
Tahir Bin Hussain, panglima Khalifah Al Makmun. Jasa Tahir Bin Hussain dalam
membantu Khalifah Al-Makmun menewaskan saudaranya, Al-Amin menyebabkan
Khalifah Al-Makmun memberi kemerdekaan kepada Khurasan dan mengiktiraf
pemerintahan Tahir Bin Hussain. Kerajaan Tahiriyah telah menghantar ufti atau kharaj
setiap tahun ke Baghdad.
 Pada zaman pemerintahan Al-Muqtadir (908-932M), pendapatan utama ialah dari hasil
cukai daripada wilayah-wilayah yang ditakluki. Wilayah-wilayah ini perlu membayar
cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah atau kharaj, cukai
pendapatan, cukai air, cukai tol dan cukai pasir di Iraq berjumlah 1 547 734 dinar. Hasil
dari wilayah Adharbayyah dan Armania ialah 226 370 dinar dan pendapatan lain ialah 1

22
768 015 dinar. Kesemua ini disimpan di dalam Baitulmal dan dapat menampung
perbelanjaan negara pada zaman Al-Muqtadir.

4. Usyur
 Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan
Islam yang terlibat dengan sebarang aktiviti ekonomi. Kadar usyur berbeza terhadap jenis
pedagang dan berdasarkan nilai dagangan. Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam,
5.0% ke atas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila
cukup kadar nisabnya.
 Zaman Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi yang pesat dalam sektor perdagangan,
perindustrian dan pertanian. Baghdad muncul antara pusat pedagangan tersibuk di dunia.
Pelabuhan utama terletak di Baghdad, Basrah, Kaherah dan lain-lain. Kapal-kapal
membawa barang dagangan melebihi sejuta dirham. Antara barang dagangan utama
termasuk sutera, kasturi, rempah-ratus, batu permata dan lain-lain. Oleh itu, usyur menjadi
cukai penting yang dikenakan ke atas barang para pedagang. Bermula zaman
pemerintahan Khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah telah menggenakan cukai
perniagaan di pasar dan kedai-kedai di sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam
yang lain. Usyur digunakan untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan
tempat-tempat perniagaan dan sebagainya.
 Kemunculan Baghdad sebagai pusat perdagangan yang penting menyebabkan usyur
menjadi cukai penting yang dikenakan terhadap para pedagang yang menjalankan
perniagaan mereka di pasar-pasar dan kedai- kedai di sekitar Kota Baghdad dan wilayah-
wilayah yang berada di bawah kekuasaan pemerintahan Bani Abbasiyah.
 Khalifah Harun al-Rasyid telah mengemaskini dan menambahkan sistem baitulmal dengan
meningkatkan sumber sehingga berjaya memainkan peranannya dlm pelbagai aspek
Kutipan daripada usyur merupakan sumber utama Baitulmal. Usyur digunakan untuk
pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat perniagaan dan
sebagainya

5. Cukai-cukai lain
 Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Muqtadir (908-932 M), memperlihatkan pendapatan
utama daripada hasil cukai daripada wilayah seperti Iraq, Khuzistan, Parsi, Jazirah, Syiria,
Mesir, wilayah Oman, Adharbayyah, dan Armania. Wilayah-wilayah ini membayar cukai
tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah, cukai pendapatan, cukai
air, cukai pasir di Iraq berjumlah 1,547,734 dinar. Hasil dari wilayah Adharbayyah dan
Armania pula ialah 226, 370 dinar, dan pendapatan lain ialah 1,768,015 dinar.
 Semasa pemerintahan Khalifah al-Mu’tadid, konsesi jalan perdagangan telah
diperkenalkan. Contohnya cukai tol telah dikenakan yang merupakan cukai pendapatan
daripada orang-orang kaya.
 Kesemua ini disimpan di dalam baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan negara pada
zaman al-Muqtadir. Wang yang diperoleh ini digunakkan untuk: Menampung perbelanjaan
menjaga kota Makkah dan Madinah, Menyediakan jalan pergi haji atau pertahanan di
perbatasan dan Membayar gaji tentera istana.

6. Ghanimah atau harta rampasan perang yang merupakan harta yang diperolehi selepas
berlakunya peperangan dengan orang-orang bukan Islam. Manakala Fai’ bermaksud harta
yang didapati oleh pemerintah Islam daripada orang bukan Islam secara percuma tanpa
menghadapi peperangan .

23
7. Harta peninggalan orang mati tanpa waris, rikaz Rikaz (harta kekayaan yang dijumpai
tertanam di dalam tanah dan di dalam perut bumi) dan luqathah (harta tercicir berupa wang
dan barang-barang berharga)

8. Wakaf (bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh
digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta
diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh
diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu), sedekah iaitu pemberian oleh
seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-
saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah., wasiat (Ikrar seseorang yang diperbuat
pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi
maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas
dia mati. dan hadiah yang merupakan barang atau sesuatu yang diberi kepada seseorang
tanpa jangkaan pembayaran atau apa-apa sebagai balasan.

C. Kesimpulan
 Sumber yang disimpan dalam baitulmal dapat menjamin pembangunan masyarakat Islam
pada zaman Bani Abbasiyah kerana baitulmal telah diuruskan dengan sistematik dan telus.
 Sumber-sumber ini juga dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dan juga
memastikan harta kerajaan Islam dijaga dan diurus berdasarkan syariat Islam.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja

24
4. Bincangkan ciri seni bina Islam kerajaan Moghul di India dari abad ke-16 hingga 17
Masihi.

A. Pengenalan
 Seni bina membawa maksud keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam
binaan, reka bentuk binaan dan pertukangan.
 Seni bina Islam merupakan salah satu cabang kebudayaan dan ketamadunan Islam yang
dihasilkan oleh manusia. Ia merupakan hasil kreativiti umat Islam bagi memenuhi
keperluan rohani dan jasmani.
 Zaman pemerintahan kerajaan Moghul di India menyaksikan perkembangan seni bina
yang amat mengagumkan hasil gabungan seni bina Arab dengan seni bina tempatan dan
Parsi.
 Monumen seni bina terkenal di India seperti Taj Mahal di Agra, Kota Merah di Delhi,
Masjid Jamek di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.
 Ciri-ciri paling menonjol dalam seni bina Islam di India ialah binaannya banyak yang
berkonsepkan masjid.

B. Isi

1. Seni bina masjid


• Bangunan masjid dilengkapi dengan menara-menara, kubah dan mihrab. Menara yang
dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab. Binaan kubah menggabungkan gaya Arab,
Parsi dan tempatan.
• Contohnya, Masjid Jamek Delhi terdiri daripada dua menara, tiga pintu gerbang, tiga
kubah, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi
kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
• Masjid Lapan Mutiara di Agra didirikan di dalam sebuah kompleks.
• Masjid Lama di Delhi mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya dihiasi
dengan ayat-ayat al-Quran

2. Seni bina istana


• Biasanya merangkumi bahagian makam diraja, dewan, taman rekreasi, masjid, menara
tinjau dan lain-lain.
• Contohnya, Istana Taj Mahal yang dibina oleh Maharaja Syah Jehan di Agra merangkumi
bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
• Dibina di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan
yang indah. Binaan bangunan istana ini terdiri daripada batu marmar merah, batu marmar
biru dan putih sebagai bahan binaannya. Di sekeliling bangunan tersebut terdapat tembok
yang dihiasi dengan takukan-takukan.
• Bangunan istana lain ialah terletak di Fathpur Sikri yang diperbuat daripada batu merah
dan dihiasi dengan pintu gerbang serta dikelilingi dengan tembok batu yang mempunyai
tempat bersemayam pemerintah. Istana yang dibina oleh Maharaja Akbar ini hampir sama
dengan binaan masjid iaitu hasil gabungan antara unsur Parsi dengan tempatan. Sebuah
gapura yang dihiasi dengan patung gajah dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan
kesenian bangunan ini.

25
3. Seni bina kubu
• Kubu yang masyhur dikenali sebagai Kota Merah atau Kubu Merah yang merupakan
istana dan pusat pentadbiran kerajaan Moghul. Binaan ini merupakan campuran seni bina
Parsi dan India.
• Terdiri daripada kubu sepanjang 2 kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan
Kota Delhi.
• Dibina menggunakan batu mamar yang dihiasi corak flora dan dilengkapi pembinaan dua
buah kubah.
• Kubu ini merangkumi Dewan Umum (Ruang Diwan-i-Am), Dewan Khusus (Dewan-i-
Khas), ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behish), ruang Maharani (Zenana), Masjid Moti,
Hayat Bakhsh Bag, tempat bersiram diraja (Hammams), Menara Melati (Muthammam
Bur), tempat tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat tinggal
peribadi maharaja (Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja (Shahi Burj).

4. Seni bina Makam Diraja


• Makam Diraja merupakan lambang kemegahan seni bina yang dihasilkan oleh kerajaan
Moghul di India. Makam Diraja adalah pusara atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum
kerabatnya.
• Makam Diraja diturap dengan menggunakan bahan-bahan berwarna merah yang tahan
lama.
• Dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus yang terpisah daripada bangunan
induknya.
• Contoh makam diraja terkenal adalah Makam Humayun iaitu pemerintah kedua kerajaan
Moghul. Ia dibina hasil gabungan seni bina India-Parsi yang terdiri daripada batuan merah,
bata putih, mamar hitam dan putih manakala tamannya dihiasi pancutan air dan dikelilingi
oleh tembok. Mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al-Quran dan kedudukan
makam mengarah ke kiblat.
• Terdapat juga beberapa monumen makam diraja lain seperti Nai-ka-Gumbad, Makam dan
Masjid Isa Khan, Makam dan Kebun Bu Halima, Makam dan Masjid Afsarwala dan Arab
Sarai.

5. Binaan kubah
• Kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk bawang dan
bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.

6. Taman bunga
• Kebanyakan bangunan istana Kesultanan Moghul dihiasi taman-taman bunga yang indah.
• Pada zaman pemerintahan Syah Jehan banyak taman-taman bunga didirikan seperti Taman
Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir dan Taman Shalamar Bagh di
Delhi.
• Terdiri daripada hiasan flora yang berwarna-warni serta pokok-pokok yang menghijau.

7. Motif corak hiasan


• Corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran di istana dan masjid.
• Corak hiasan juga dihiasi dengan ukiran geometri dan ukiran berasaskan alam seperti
bunga dan tumbuhan.

26
8. Bahan binaan
• Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas.
• Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan batu-
batuan merah.
• Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai
saiz.
• Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-
jalan utama yang memudahkan medium perhubungan.
• Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek dan bahan
seramik serta lukisan-lukisan daripada teknik stucco.

9. Pengaruh luaran dalam seni bina tempatan


• Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
• Turut dipengaruhi seni bina Arab, Turki dan Parsi.
• Unsur air dalam seni bina India membuktikan ia dipengaruhi oleh tamadun Islam.
• Pembinaan menara dalam seni bina India.

C. Kesimpulan
• Seni bina yang terdapat pada zaman Kesultanan Moghul di India adalah gabungan nilai-
nilai kesenian tempatan, Arab, Turki dan Parsi.
• Kewujudan seni bina yang indah pada zaman Kesultanan Moghul membuktikan bahawa
agama Islam tidak menolak bidang kesenian selagi tidak disalahgunakan.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja

27
5. Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria sehingga awal abad ke-
20

A. Pengenalan
• Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi Negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis
Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.
• Di Syria,Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut.
Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka
telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun
• Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi
oleh Parti Blok Nasional. Namun Syria masih berada di bawah penguasaan perancis
tanpa mendapat kemerdekaan penuh.
• Kesannya pelbagai reaksi telah timbul yang membawa kepada perkembangan
nasionalisme pada abad ke-20 berdasarkan kepada beberapa faktor.

B. Isi

1. Pengaruh Luar
 Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki
Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan
menangkis ancaman pihak Barat.
 Shakib Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di
bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu
penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
 Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara
sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916.

2. Pengaruh agama
 Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa
Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria.
 Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian Barat Daya Syria menyebabkan
penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
 Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin
jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh
pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Keadaan ini
menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang penjajah.

3. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan


 Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan
hak dan kepentingan golongan minoriti . Mereka memperjuangkan bahasa golongan
minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah
dan perintah di Syria.
 Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan Bahasa Arab oleh golongan
minoriti masing-masing agar diiktiraf oleh bangsa Kurdi yang menginginkan bahasa
mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang didiami oleh puak Kurdi.
 Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan tersebut
yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan Bahasa
Turki.

28
4. Pengaruh kewartawanan
 Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan
dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan
di Syria.
 Majalah ini mengunkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea
pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh
dalam al-‘Urwa al-Wuthqa. Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah.
 Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu, Al-
Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat
Islam.
 Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah,
menerangkan dasar-dasar pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan
ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme,
nasionalisme, dan mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya, dan
meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta
menangani isu-isu sosial dan peradaban.
 Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir, di samping artikel utama yang
ditulis oleh ketua editor, iaitu Rasyid Rida sendiri. Bermula pada tahun kedua, majalah
ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam
wilayah Turki, India, Mesir, Syria, Maghribi dan turut diseludup ke Kepualauan Melayu.

5. Peranan pendidikan
 Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistik dari
seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
 Tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing
dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun
secara politiknya, mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu
bahasa Arab.
 Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab merdeka
di Syria ialah Abu Khaldun sati al-Husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa
mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah.
 Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan
perdebatan golongan terpelajar tempatan.

6. Pengaruh golongan intelektual


 Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan
modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad
Abduh.
 Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan dengan
masyarakat kolonial Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi
apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan
itjihad dalam menghadapi kehidupan moden.
 Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan
umat Islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun
1897 untuk menuntut ilmu.

29
C. Kesimpulan
• Beberapa faktor-faktor politik dan sosial di atas telah menyumbang kepada kemunculan
semangat nasionalisme masyarakat tempatan di Syria pada abad ke 20.
• Penindasan dilakukan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan di Syria telah
menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit untuk menentang ketidakadilan
penjajah Perancis.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja

30
6. Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa di
Turki pada abad ke-20

A. Pengenalan
• Pembentukan negara bangsa bermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme
iaitu perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin
membebaskan negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing.
• Di Turki kesedaran semangat kebangsaan ini telah membawa kepada kemunculan negara
bangsa di Turki. Kesedaran ini semakin kuat kerana negara mereka dijajah, melalui
kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Ekoran ini negara Turki telah dibahagi-
bahagikan.
• Kesan daripada penjajahan ini telah membawa kepada pembentukan negara bangsa di
Turki pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa faktor yang membawa kepada
pembentukan negara bangsa di negara ini.

B. Isi
I) Faktor Politik

1. Masalah dalaman pemerintahan negara Turki


 Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun
Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah
serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan
beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
 Hasutan pihak Barat terhadap penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah
telah memburukkan keadaan. Asakan yang direncanakan oleh pihak Barat ini
menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.
 Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda dan Tentera Division Ketiga di Salonika telah
mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II
 Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada
khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain
dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki
Uthmaniyah.
 Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam
Perang Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut.
Pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing
sehinggalah muncul Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki
dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat.
 Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan
perang terhadap mereka. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-sama di
bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan
kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.

2. Tindakan kuasa barat


 Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang
terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
 Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam
wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak Barat untuk menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak Barat ini menyebabkan
melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.

31
3. Gerakan pan-Islamisme/ Gerakan Islah
 Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-
Islamisme yang menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah
pimpinan seorang khalifah.
 Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar
Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat
Islam yang berada di bawah penguasaan orang Barat hendaklah menyokong khalifah
kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing
daripada belenggu penjajahan Barat.
 Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah
Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda,
walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara
Barat masih takut kepada kekuatan Islam.
 Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan
seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar
daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di
antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-
Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

II) Faktor ekonomi


4. Menangani hutang negara.
 Sultan Abdul Hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat
muflis. Jumlah hutang kerajaan Turki Uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda
mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan
hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada
tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak
memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas
wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.

5. Membangunkan teknologi menerusi komunikasi dan pengangkutan.


 Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki
Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan
pengangkutan.
 Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara Baginda telah mengarahkan
supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.
 Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan
serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India.
Kementerian Telegraf ditubuhkan.
 Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang
dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah
menghubungkan bandar Constantinople dengan kota Madinah iaitu sepanjang 1327
batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling.
 Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga
kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah
hasil sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam.
 Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk
menjayakan projek ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta
menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga
dan harta terhadap projek ini.

32
III) Faktor sosial
6. Pendidikan.
 Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat
rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan moden seperti yang
terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak
Islam.
 Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki
didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh
bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah
manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi
di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.

7. Faktor hubungan dengan golongan minoriti.


 Sultan Abdul Hamid II sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah
penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka
selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah. Antara golongan minoriti
ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian
dan Yahudi.
 Pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan dikeluarkan untuk golongan
minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti
yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan
pentadbiran wilayah.
 Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah
teruji apabila orang-orang Barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki.
Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang
dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan
bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa
kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

C. Kesimpulan
 Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki
namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat
empayar Turki Uthmaniyah.
 Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah
termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.
 Faktor politik merupakan faktor utama pencetus ke arah pembentukan negara bangsa
dan faktor lain sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses pembentukan negara
bangsa di Turki pada abad ke-20.

Nota untuk Pemeriksa:


 Calon mesti mengemukakan empat (4) isi sahaja
 Untuk jawapan yang amat cemerlang, calon mesti membincangkan ketiga-tiga aspek iaitu
politik, ekonomi dan sosial

33
34

You might also like