You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SJK (TAMIL) AMPANG


68000 Ampang, Selangor
Kod Sekolah :BBD 4064 No.Tel : 03-42953179
Email :BBD4064@moe.edu,my

Ruj. Kami : SJKTAMP.600-3/5/32


Tarikh : 12 JUN 2023

Kepada;

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN DATO AHMAD RAZALI BAGI


KEJOHANAN KABADDI MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SJK Tamil Ampang akan menganjurkan Kejohanan Kabaddi
Peringkat Daerah( MSSDHL) Sekolah Rendah Dan Menengah 2023 seperti ketetapan berikut:

Tarikh Persediaan : 24 Julai 2023


Tarikh Kejohanan : 25, 26, 27 Julai 2023
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 7:00 pagi – 5.00 petang

3. Kejohanan Kabaddi 2023 akan diadakan secara “indoor” dimana seramai 100 orang murid akan
terlibat pada setiap hari yang ditetapkan. Kami berharap agar jasa baik dan keprihatinan pihak tuan
untuk memberi kebenaran kepada SJK Tamil Ampang untuk menjalankan pertandingan ini dengan
lancar dan selamat. Untuk makluman pihak tuan, ini adalah julung kali sekolah SJK Tamil Ampang
diberi peluang untuk menganjurkan kejohanan kabaddi peringkat daerah.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, pihak tuan boleh menghubungi


PN.SENTHAMARAI A/P SUBRAMANIAM, Penolong Kanan Kokurikulum SJKT Ampang
menerusi talian 012-6835193.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(SHANTI A/P RAJOO)


Guru Besar
SJK Tamil Ampang

s.k. : Fail Unit Kabaddi


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK (TAMIL) AMPANG
68000 Ampang, Selangor
Kod Sekolah :BBD 4064 No.Tel : 03-42953179
Email :BBD4064@moe.edu,my

You might also like