You are on page 1of 2

Sekiranya anda dikehendaki membangunkan platform pembelajaran E, apakah platform yang menjadi

pilihan anda?

Huraikan kandungan dan fungsi platform pembelajaran E tersebut.

Pembelajaran E atau pembelajaran elektronik adalah proses pendidikan secara atas talian menggunakan
internet. Pembelajaran E berasaskan web menyediakan peluang yang banyak untuk proses
pembelajaran serta pencapaian maklumat dan pengetahuan. Aplikasi pembelajaran E mula menjadi
pilihan para pengajar bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan
efisyen. Pembelajaran E mestilah berfungsi sebagai medium untuk pensyarah memuat naik isi
kandungan kuliah, kuiz, tugasan serta membuka perbincangan forum.

Pada pendapat saya, sekiranya saya dikehendaki membangunkan platform pembelajaran E, saya akan
memilih platform Moodle atau Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Antara elemen
penting yang diterapkan oleh Moodle adalah interaktiviti. Keberkesanan sesuatu sistem adalah
bergantung kepada tahap interaksi di antara pelajar dan pensyarah. Malah penyelidik Barat turut
membuktikan bahawa semakin tinggi tahap interaktif semakin berkesan sistem itu. Justeru, platform e-
pembelajaran yang berkonsepkan Moodle ini antara contoh sistem e- pembelajaran yang konduksif dan
interaktif kerana gabungan elemen kuiz, ruang forum, kedatangan (attendance) dan ruang sembang
(chat) membantu meningkatkan interaktiviti antara pelajar dan pensyarah. Sebagai penambahbaikan,
konsep H5P dalam platform e-pembelajaran yang merujuk kepada HTML Package diperkenalkan. H5P
dalam platform e-pembelajaran menekankan konsep hypermedia yang membolehkan kandungan
pengajaran seperti video menjadi lebih interaktif dengan penambahan hypercontent. Penambahan ini
menggabungkan elemen kuiz, permainan (game) dan teks dalam bentuk virtual sekali gus menarik minat
dan perhatian pelajar membabitkan diri dalam e-pembelajaran. Moodle boleh diubah suai dan
disesuaikan secara percuma untuk memenuhi keperluan pengguna atau organisasi tertentu.

Moodle ialah satu platform sistem pengurusan pembelajaran yang membenarkan pengajar membina
fitur seperti forum, kuiz, tugasan dan pemarkahan.

Sebab utama saya memilih Moodle adalah kerana saya boleh memuat naik bahan pembelajaran seperti
nota, video, tugasan dan perbincangan forum untuk membantu pelajar berinterkasi sesame mereka.

Sebagai penilaian dan alat penanda, Moodle boleh membantu pelajar memahami dan mengenalpasti
perkembangan mereka. Sebagai pengajar, saya boleh mereka cipta kuiz, ujian, peperiksaan dan
memberi markah kepada mereka. Hal ini boleh membantu saya memantau prestasi setiap pelajar secara
lebih terperinci. Saya boleh mengenalpasti pelajar yang lemah dan pelajar yang aktif. Mudah untuk saya
memfokuskan dan membahagikan mereka di dalam kumpulan.

Sebab ketiga ialah Moodle sebagai platform pembelajaran boleh digunakan sebagai sistem pengurusan
pembelajaran untuk menguruskan maklumat dan menjejaki perkembangan pelajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana platform ini boleh merekodkan markah, menyemak kehadiran, memantau gred
amrkah, dam menghasilkan laporan.
Sebagai platform kolaborasi, Moodle boleh digunakan sebagai platform kolaborasi bagi membenarkan
pelajar dan pendidik bekerjasama dalam tugasan projek. Pengajar boleh membina forum perbincangan,
ruangan perbualan dan menggunakan alatan lain bagi memudahkan kerja berkumpulan.

You might also like