You are on page 1of 3

KATA KERJA (TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF)

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.

Kata kerja terdiri daripada :

1.Kata kerja transitif

2.Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa
nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :

Kakak suka menonton drama.

(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini
lengkap)

Emak sedang menjahit baju.

(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini
lengkap)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:

Bentuk Kata Kerja Contoh Contoh ayat


Transitif
Kata kerja berawalan ter- Terlanggar, termakan, Ibu termakan coklat adik.
terpijak
Kata kerja berawalan Mencuci, menendang, Adik menendang bola di
meN- memandu padang.
Kata kerja berapitan Menaiki,mendekati, Amir menaiki bas ke
meN…-i sekolah.
Kata kerja berapitan Mengemaskan, Profesor Ali
meN…._kan memasukkan mengemukakan idea yang
bernas.
Kata kerja berawalan Memperbuat, Buruh-buruh itu sedang
memper- memperlebar memperlebarkan jalan
raya.
Kata kerja berapitan Memperbaiki, Dia mempelajari bahasa
memper-….-i mempelajari asing.
Kata kerja berapitan Memperkanalkan, Dia cuba mempertemukan
memper-….-kan mempertemukan ibu dan anak yang sudah
lama terpisah itu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan
objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja :

Bentuk kata kerja Contoh Contoh ayat


Tak transitif
Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi ,tidur Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja berawalan Berjalan, bersenam Adik berjalan menuju ke
beR- kantin.
Kata kerja berawalan Menyanyi, menangis Lili menyanyi sambil
meN- menari.
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung Wei Mun termenung
memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber- Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan sebaik
….-an saja bertemu.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut.

Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual.

Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi
maklumat tambahan

Contoh ayat :
 Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.

Kata kerja tak transitif berpelengkap.

Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas
kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut
hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.

Contoh ayat:

1.Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )

2.Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )

3.Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )

You might also like