You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL,

NO 1 KM 16, 77000 BEMBAN MELAKA

PELANCARAN PROGRAM MENTOR


MENTEE
TAHUN 2022/23
TARIKH: 17 OKT 2022
MASA : 7:40 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN

Unit B & K dan Hal Ehwal Murid


Sek Keb Tehel,
Bemban Melaka

1. Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang


berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu
proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing,
menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee)
dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan,
kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan,
menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya
menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

2.         Konsep
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3.         Rasional
3.1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan
remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian
bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan
menyeronokkan.

4.         Objektif

            Melalui program ini, murid diharapkan dapat;


4.1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati
antara mentor dan mentee.
4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

5.         Pelaksanaan
   5.1       Program dilaksanakan kepada semua murid SK Tehel  Mengikut masa dan tarikh
rasmi yang telah ditetapkan ialah pada hari jumaat (11.30 pagi – 12.00 Tengah Hari serta
masa lapang yang sesuai bagi mentor dan mentee selain daripada waktu resmi.

5.3       Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan


adalah antara 30 minit dan 1 kali dalam sebulan. Tarikh yang di tetapkan adalah :
i. 28 OKT 2022
ii. 25 NOV 2022
iii. 23 DIS 2022
iv. 27 JANUARI 2022
v. 23 FEBUARI 2022

5.4       Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor


Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a)      Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b)      Peningkatan Disiplin Murid
c)      Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d)      Perkembangan Kerjaya

6.         Strategi Pelaksanaan

6.1       Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan


pelaksanaan kepada murid dan guru.

6.2       Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

6.3       Perjumpaan diadakan di dalam kelas.

6.4       Pelantikan Mentor
a)      Semua guru dilantik menjadi mentor
b)      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)
c)      Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee

6.5       Pengagihan Mentee
a)      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas
b)      Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor

6.6       Tugas Mentor
a)      Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b)      Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan
c)      Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee
d)      Membantu mentee yang memerlukan perhatian
e)      Merekod kehadiran mentee
f)       Mengisi borang pertemuan mentor mentee

7.         Jawatankuasa Induk

Pengerusi                     :   Pn Iza Suriani Binti Suhaimi (Guru Besar )

Timbalan Pengerusi     :   En Faizul Ruzi Bin Mohd Fadzir (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi          :   En Johari Bin Osman (GPK Tadbir &Kurikulum)

Naib Pengerusi 2          :   En Zulkifli Bin Atan (GPK Ko-Kurikulum)

Penyelaras : En Ahmad Nadri Bin Mohamad (Guru Kaunseling)

Setiausaha             :   Pn Siti Zubaidah Binti Mustapha ( S/U Hem)

             Jawatankuasa Pelaksana 

            Bacaan Doa :   Ustaz Safri Bin Abu/Pengawas bertugas


            Juruacara : Guru Bertugas Mingguan
AJK Buku Program : Pn Siti Zubaidah Binti Mustapha
AJK PA Sistem / Siaraya : Guru Bertugas Mingguan
Pengawas Sekolah
AJK Disiplin/ Kawalan Muri : Guru Bertugas
Pengawas Sekolah
           AJK Juru gambar Guru Bertugas Mingguan

8.         Senarai Nama Mentor


(Rujuk Lampiran A)

9  Anggaran Perbelanjaan

Perkara Jumlah (RM)

1.  Banner Pelancaran                               1 X RM 30.00  30.00


3.    Fail Poket                                                13 X RM  1.50  19.50

4.  Photostat Bahan RM 22.00

                             Jumlah Keseluruhan                                               RM 62.50

           Keseluruhan peruntukan dari PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling.

10.         Aturcara Program (17.10.2022)


07.30 pagi :  Semua guru dan murid berkumpul di Tapak Perhimpunan.
07.40 pagi :  Membaca Asma Husna,
: Nyanyian Lagu NegaraKu, Lagu Negeri Melaka, Lagu Sekolah dan Lagu
Sejahtera
07:50 pagi : Ucapan Guru Bertugas minggu Lepas
:  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis
07.55 pagi :  Bacaan doa oleh Ustaz Safri Bin Abu\ Pengawas
08.00 pagi  :  Ucapan Penyeiaras Program oleh En Ahmad Nadri B Mohamad tentang
Program Mentor-Mentee Program Sekolah Penyayang
08.10 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Pn Iza Suriana Binti Suhaimi (Guru Besar SK
Tehel)
08.15 pagi  :  Gimik Pelancaran
08.20 pagi :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor
08.30 pagi :  Majlis Bersurai 

11.  Penutup

Program ini diharapkan dapat meningkatkan psikososial dan kesejahteraan mentel


murid, pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan
hubungan guru dan murid, serta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat
dan sejahtera dalam kalangan murid.

Disediakan oleh :                                                              Disemak oleh :

 
………………………………………. ………                                     ……………………………………….
(Ahmad Nadri B Mohamad)                           ( Faizul Ruzi B Mohd Fadzir)
Guru B & K Guru Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh :

 ……………………………………………..
(Iza Suriana Binti Suhaimi)
  Guru Besar

You might also like