You are on page 1of 2

Kepentingan Gaya Hidup Sihat Terhadap Kesihatan Individu, Agensi Dan Negara.

Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Pada era serba moden ini,
amalan gaya hidup sihat ini tidak dianggap begitu penting oleh masyarakat Malaysia malah
tidak dipedulikan langsung. Masyarakat kita sekarang hanya menumpukan kerjaya mereka
untuk hidup lebih selesa. Mereka lupa bahawa kesihatan mereka lebih penting untuk hidup
selesa dan wang yang mereka mengejar sekarang untuk hidup selesa tidak dapat membeli
nyawa mereka apabila diserang penyakit. Amalan gaya hidup sihat memang banyak
kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian kerana dengan mengamalkan gaya hidup
sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang
hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu.

Antara kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat ialah dapat menyihatkan tubuh
badan seseorang. Hal ini kerana melakukan aktiviti bersukan atau beriadah akan
melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Mengamalkan
kehidupan bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal,
berjoging, atau berenang dapat menyediakan tubuh badan kita ke arah lebih sihat dan
cergas untuk melakukan aktiviti harian. Aktiviti bersukan dapat mengekalkan gaya hidup
sihat kerana peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman menyebabkan semua toksin
badan keluar bersama-sama. Stres yang dialami juga dapat dihilangkan jua. Kesannya,
individu tersebut mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.
Selain menyihatkan badan, aktiviti sukan juga dapat mencergaskan minda kita. Hal ini
disebabkan ketika bersukan, oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat
dan akan mengaktifkan sel-sel badan untuk menjalankan proses respirasi, di samping
mempercepat aliran oksigen ke otak. Tambahan lagi, jika badan seseorang itu sihat dan
cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya
daripada tubuh yang cergas.

Di samping itu, kepentingan amalan gaya hidup sihat ialah seseorang dapat
memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini demikian
kerana, badan seseorang memerluan khasiat yang cukup untuk menjalankan kehidupan
sehariannya tanpa menghadapi masalah kesihatan. Misalnya seseorang mengambil
makanan seimbang dalam kehidupan seharian seperti daging, buah buahan dan sayur-
sayuran. Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat seiring dengan kecerdasan minda
dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, otak yang cerdas dapat membantu
pekembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang mampu
memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukup bagi setiap individu.

Kepentingan kepada negara pula ialah penularan penyakit atau kes wabak yang
berjangkit dalam dielakkan. Ini kerana mengamalkan kebersihan persekitaran di setiap
kawasan sama ada di bandar mahupun luar bandar perlu dititikberatkan selain bersukan.
Hal ini diperkatakan sedemikian kerana persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan
gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka
sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa
penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di
dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah
kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

Tuntasnya, setiap lapisan masyarakat di Malaysia haruslah mengamalkan gaya


hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka. Setiap individu perlulah mengambil
langkah yang proaktif untuk kekal hidup dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan bebas
penyakit kerana kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekiranya langkah tersebut tidak
diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan
menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan
menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul,yang
ringan sama dijinjing

You might also like