You are on page 1of 1

Pengenalan

Pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi memberi impak perubahan dalam
sebuah proses pemebelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, teknologi merujuk kepada
aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri,
pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain. Salah satu cabang teknologi
pendidikan ialah E-pembelajaran. Penggunaan teknologi bertujuan menambaik penyampaian
Pendidikan yang merangkumi reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan
dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran. Teknologi maklumat dan multimedia dalam
pendidikan abad ke-21 telah meluas digunakan dikalangan pendidik kerana mampu memberi
kesan dalam meningkatkan kualiti PdP (Mohid et al., 2018). Tahap kompetensi guru yang tinggi
diperlukan bagi menghasilkan pengajaran yang berkualiti dan memberi implikasi yang positif
terhadap perkembangan pembelajaran murid di sekolah (Said et al., 2023).

Mohid, S. Z., Ramli, R., Rahman, K. A., & Shahabudin, N. N. (2018, August). Teknologi
multimedia dalam pendidikan abad 21. In 5th International Research Management & Innovation
Conference, Putrajaya, Malaysia.

Said, A. R. M., Omar, M. C., Omar, N., & Ghazali, M. A. (2023). Meningkatkan Pembangunan
Profesional dan Kompetensi Guru Kementerian Pendidikan Malaysia: Satu Analisis
Kritis. Global Journal of Educational Research and Management, 3(1), 62-70.

You might also like