You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2,

KM 6.5, HANG TUAH JAYA, BATU BERENDAM,


75350 MELAKA
NO. TEL. : 06-3177589 NO. FAKS : 06-3177502

__________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKBB2 100-1/9/1JLD2( )
Tarikh : 7 Julai 2022

Ibu bapa/Penjaga,
Seperti lampiran.

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN KUTIPAN DUIT JERSI PASUKAN SEBANYAK RM50

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Bolasepak Sekolah SK Batu Berendam 2 akan


menyertai pertandingan bolasepak peringkat negeri pada 1 Ogos 2022 hingga 4 Ogos 2022.

3. Sehubungan itu, pasukan bola sepak SK Batu Berendam 2 bercadang ingin membuat kutipan
pembelian satu set jersi dan t-shirt latihan bagi tujuan keseragaman. Sehubungan itu, pihak sekolah
memohon kerjasama ibu bapa/penjaga memberi kebenaran anak-anak tuan/puan untuk membuat
pembelian tersebut.

4. Sila kembalikan surat kebenaran yang dilampirkan untuk makluman kami. Kerjasama dan
sokongan pihak tuan-puan amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
Saya yang menjalankan amanah

(MASTURA LIM BINTI A. GHANI)


Guru Besar,
SK Batu Berendam 2,
Melaka.
s.k :-
Fail berkenaan
“PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

You might also like