You are on page 1of 2

Majlis Perwakilan Bangunan Persatuan Mahasiswa

Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia


81300 Johor Darul
Malaysia

Tel:+(6)07-5530505 Faks: +(6)07-5579385 http://www.utm.my/group/studentreps Emel: mpmutm@gmail.com

Rujukan Kami : UTM.07.08.10/24.10/MPMUTM/SUK/FESKO57/P(215) 8 OGOS 2016

Rujukan Tuan :

Pulai Spring Resort


20km,
Jalan Pontian Lama,
81110 Pulai, Johor
(u/p : Mr. Sunny Soo)

Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera,


Tuan/Puan/Encik/Cik,

MEMOHON JALINAN KERJASAMA DAN PENAJAAN/SUMBANGAN BAGI


MENJAYAKAN ‘FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KALI KE-57’(FESKO57) ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA

Dengan segala hormat dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti


Teknologi Malaysia Sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal
Mahasiswa dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan “Festival
Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-57” berlangsung pada 20
hingga 26 Oktober 2016 bertempat di Tapak Dataran Universiti Teknologi
Malaysia.

3. Untuk makluman pihak Tuan/Puan/Encik/Cik, program berimpak tinggi ini


diadakan bertujuan untuk menyahut cabaran dan saranan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
agar golongan mahasiswa dapat diberi pendedahan berkenaan dengan dunia
pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta memupuk semangat perpaduan dan
harmoni dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia selari dengan tema Fesko57 iaitu
Kesepaduan Budaya. Selaras dengan matlamat dan tujuan utama program ini
diadakan ialah untuk memupuk daya saing dan semangat bekerjasama yang lebih
kritikal dalam pelaksanaan program dan aktiviti di samping untuk menjadi
medium terbaik bagi mempamerkan budaya mahasiswa universiti kepada
komuniti setempat dan di peringkat nasional.

4. Sehubungan dengan itu, saya Nik Mohd Faris Bin Nezam selaku Pengarah
Program, dengan rasa rendah diri mewakili kesemua pihak sekretariat ingin
mewujudkan jalinan kerjasama serta memohon penajaan atau sumbangan
kewangan atau barangan dari pihak Tuan/Puan/Encik/Cik dalam menjayakan lagi
program berimpak tinggi ini.
..2/..

www.utm.my/group/studentreps Exemplary, Energetic, Action-Oriented


-2-

5. Turut disertakan bersama surat ini ialah Ringkasan Eksekutif Program,


Prospektus Program, Surat Kelulusan Program dan Surat Kelulusan Penajaan Luar
& Dalam Program untuk rujukan dan semakan pihak Tuan/Puan/Encik/Cik.

6. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak
sekretariat program seperti yang tertera dibawah.

UNIT PENAJAAN
“Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-57”
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Bangunan Persatuan Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor.
(U/P: TAN BOON SIANG ; +(6017-6540832)
AKAUN CIMB BANK (PESTA KONVOKESYEN MPP [86-0151689-8] )

7. Segala sokongan dan jasa baik daripada pihak Tuan/Puan/Encik/Cik, amat


dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian. Wasalam.

“ KESEPADUAN BUDAYA ”

Yang benar,

NIK MOHD FARIS BIN NEZAM


Pengarah Program “Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-57”
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia.
010-7108272

s.k - Nur Umairah Binti Muhamad


Setiausaha Program
“Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-57”
017-7838414

You might also like