You are on page 1of 4

MODUL PDPR TAHUN 4-5-6

SET SOALAN SINTAKSIS

DI LUAR TALIAN

Disediakan oleh
HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 2 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

KEMAHIRAN: BIJAK FIKIR


MEMBINA ITEM KBAT - ASPEK TATABAHASA

1 2 3 4

Soalan 1
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

dihiasi terletak dinaungi mendirikan berkeluarga


terbaik aktiviti bermalam kemerduan kesyahduan

Hutan Lipur Kuala Woh di Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan. Bandar
yang paling hampir ialah pekan Tapah. Hutan Lipur ini sangat sesuai sekali untuk
perkhemahan keluarga. Di samping beriadah sambil kehijauan hutan semula jadi
yang berusia ratusan tahun, kita juga dapat menikmati bunyi siulan unggas yang
amat mendamaikan. Untuk aktiviti perkhemahan di hutan lipur ini, sila berhubung
dengan Pejabat Hutan Daerah Batang Padang untuk tempahan tapak khemah.
[4 markah]

Soalan 2
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

Jawapan: Kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Langkawi selama empat hari tiga malam
pada minggu hadapan.
[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Sudah berapa hari encik mengalami selesema dan batuk-batuk ni?

[2 markah]

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) - Modul Bahasa Melayu (Set Soalan Subjektif), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Haji Sabran) - GC Bahasa Melayu :
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 3 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

c. Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang diberi.

orang harapan ayam api

penghasut cacing emas

gelisah batu tambatan

baik hati hati kepanasan


[2 markah]

Soalan 3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lalu, Damia sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Berikut merupakan
maklumat yang telah tercatat di dalam diarinya. Marilah kita berkongsi pengalaman dengannya.

11 September 2021 (Sabtu)


Bertolak dari Teluk Intan ke Pulau Langkawi pada pukul 7:30 pagi. Setelah tiga jam perjalanan,
melalui Lebuhraya Utara Selatan tiba di Hentian Rehat dan Rawat (RdR) Bukit Merah, Perak.
Bersarapan roti canai telur kuah banjir dan teh tarik. Setibanya di Hentian Rehat dan Rawat
Gurun, Kedah, segera menunaikan solat. Meninjau-ninjau gerai untuk mencari makanan yang
berkenan di hati. Setelah hajat tertunai, perjalanan diteruskan. Pukul 4:00 petang, tiba di Jeti
Kuala Perlis. Setengah jam kemudian, menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi. Kira-kira sejam
perjalanan, tiba di Jeti Kuah, Langkawi. Daftar masuk hotel dan menginap di Hotel Legenda.

12 September 2021 (Ahad)


Selepas bersarapan, kami dibawa ke Taman Legenda. Di sini terdapat pelbagai replika tentang
peristiwa bersejarah yang berlaku di pulau ini. Percutian bertambah menarik, kami seterusnya
dibawa menjelajahi tiga buah pulau terkemuka dengan menaiki bot. Penjelajahan hampir empat
jam di Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah. Destinasi yang turut
dilawati ialah Laman Padi, Taman Buaya dan kemuncaknya berada di “Underwater World”.

13 September 2021 (Isnin)


Setelah mengambil sarapan, melawat Telaga Tujuh, Makam Purba, Beras Terbakar dan Makam
Mahsuri. Di Makam Mahsuri, ada dijual pelbagai jenis cenderamata dan pakaian dengan harga
yang berpatutan. Beredar pula ke tanah tinggi menaiki Kereta Kabel Langkawi. Gayat, kagum
dan terpegun namun, amat menyeronokkan. Menyusur destinasi tumpuan pelancong, gerbang
beli-belah, gedung coklat terkemuka. Ratusan ringgit dibelanjakan untuk membeli coklat yang
beraneka jenis dan pelbagai rasa sebagai buah tangan untuk saudara mara, rakan dan taulan.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) - Modul Bahasa Melayu (Set Soalan Subjektif), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Haji Sabran) - GC Bahasa Melayu :
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 4 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

a. Pada cuti sekolah yang lalu, Damia dan keluarganya bercuti di .


[1 markah]

b. Namakan lebuh raya yang dilalui oleh penulis dan namakan dua RdR yang dia singgah?

[2 markah]

c. Apakah buah tangan yang dibeli oleh penulis untuk saudara mara, rakan dan taulannya?

[2 markah]

d. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Penulistelah
Damia dan menikmati
keluarganyasarapan
memulakan perjalanan
roti canai telur kuah
dari rumah
banjir ke Pulau
di Hentian RdR,Langkawi pada Perak.
Bukit Merah, pukul 7:30 BETUL

Pada pukul 4:00 petang, Damia menaiki feri di Jeti


Kuala Perlis untuk bertolak ke Pulau Langkawi.
SALAH

Pada hari ketiga, penulis telah berpeluang melawat [4 markah]


Telaga Tujuh, Beras Terbakar dan Makam Mahsuri.

Penulis dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi,


di sebuah hotel terkenal selama tiga hari tiga

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) - Modul Bahasa Melayu (Set Soalan Subjektif), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Haji Sabran) - GC Bahasa Melayu :

You might also like