You are on page 1of 1

Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak


faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara
beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan


hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan
bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah
kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan


badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti
membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang
sihat juga dapat mengelakkan seseorang itu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang


seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

You might also like