You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MENAIKTARAF PRASARANA DAN KECERIAAN BILIK GERAKAN


SMK JENGKA PUSAT
2023

PROGRAM MENAIKTARAF PRASARANA DAN KECERIAAN BILIK GERAKAN SMK


JENGKA PUSAT 2023
________________________________________________________________________________

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

SMK Jengka Pusat merupakan sebuah sekolah Gred A dan dikategorikan sebagai sekolah
bandar. SMK Jengka Pusat mempunyai sejumlah 79 orang guru dan 23 orang pekerja sokongan dan
bercadang untuk menaiktaraf kemudahan prasarana dan keceriaan bilik gerakan. Bilik gerakan SMK
Jengka Pusat adalah bilik yang digunakan oleh murid, guru-guru, pekerja sokongan dan juga individu
luar yang datang ke sekolah untuk menjalankan aktiviti perbincangan dalam kelompok yang besar
atau kecil. Bilik ini merupakan bilik utama di mana penggunaannya adalah maksimum dan sangat
penting.

3. RASIONAL

Tujuan menaiktaraf keperluan fizikal dan keceriaan bilik gerakan adalah untuk menyediakan
keperluan yang lengkap dan selesa kepada semua guru, pekerja sokongan, pelajar dan individu luar
yang menggunakan bilik ini. Keceriaan di bilik gerakan adalah kurang memuaskan berikutan papan-
papan kenyataan yang terdapat di sekitar bilik gerakan ini tidak bermaklumat serta langsir dan alas
meja yang kurang menarik.

Disamping itu,penghawa dingin yang terdapat dalam bilik guru juga tidak berfungsi dengan baik,
kerana tidak diselenggara mengikut waktu yang ditetapkan. Hal ni disebabkan oleh kos
penyelenggaraan yang agak tinggi. Oleh yang demikian, penambahbaikan prasarana dan keceriaan
bilik gerakan ini sangat penting bagi sekolah. Ini kerana, ia akan membantu memberikan semangat
kepada guru-guru, pekerja sokongan, pelajar dan individu luar yang menggunakan bilik ini untuk
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam persekitaran yang selesa dan kondusif.
4. OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk kegunaan guru, pekerja
sokongan, murid dan individu luar yang datang ke sekolah.
4.2 Menaiktaraf keceriaan bilik gerakan supaya lebih ceria dan bermaklumat.
4.3 Meningkatkan motivasi guru-guru, pekerja sokongan dan murid untuk melakukan
perbincangan dalam keadaan yang lebih seronok dengan adanya infrastruktur yang selesa.

5. KUMPULAN SASAR
5.1 Guru dan pekerja sokongan SMK Jengka Pusat.
5.2 Pelajar SMK Jengka Pusat

6. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

BIL PERKARA KUANTITI MASALAH / CADANGAN ANGGARAN


PENYELESAIAN
1. Penyelenggaraan Sedia ada : Penghawa dingin tidak RM
penghawa dingin Diperlukan : - berfungsi dengan baik
Cadangan: Menyelenggara
penghawa dingin/
menggantikan penghawa
dingin yang baharu.
2. Langsir Cadangan: Menggantikan RM
langsir menggunakan
warna yang lebih ceria.
3. Alas meja Cadangan : Menggantikan RM
alas meja yang sepadan
dengan langsir.
4. Banner Diperlukan : 6 keping Papan kenyataan kosong. RM
Cadangan : Meletakkan
banner yang direka bentuk
oleh unit masing-masing
JUMLAH RM
7. JAWATANKUASA KERJA

Penaung (pengetua) Tuan Hj. Darussalam bin Taib


Timbalan Pengerusi Tuan Hj. Hasmizol bin Hassan
Penyelaras En. Salleh bin Abu Bakar
Ahli Jawatankuasa 1. Pn. Rozana binti Mohd Yusuf
2. Pn. Zuainie binti Zulkifli
3. Pn. Hjh Fazilah binti Junait
4. Pn. Nur Nadia binti Shamsul Bahri
5. Pn. Azizah binti Mohamad
6. Pn. Roslaily binti Alias

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan – Sumbangan


Sumbangan
Sumbangan PIBG

8.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

HARGA
BIL ITEM KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
Kos penyelenggaraan
1. RM RM
penghawa dingin
2. Langsir RM RM
3. Alas meja RM RM
4. Banner RM RM
JUMLAH RM

9. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)


Tiada
10. PENUTUP

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( ) ( )
AJK Bilik Gerakan, Pengetua,
SMK Jengka Pusat, Maran Pahang SMK Jengka Pusat, Maran Pahang
Tarikh : Tarikh:
KERTAS CADANGAN PROGRAM MENAIKTARAF PRASARANA BILIK GURU DAN KELAS
SMK TEMERLOH JAYA
2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Menaiktaraf Prasarana Bilik Guru Dan Kelas
SMK Temerloh Jaya 2022

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Menaiktaraf Prasarana Bilik Guru Dan
Kelas SMK Temerloh Jaya 2022

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

(PUAN HAJAH ANIZA BINTI BAHARUDDIN)


Pengetua,
SMK Temerloh Jaya, Temerloh Pahang.
Tarikh:

You might also like