You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI

JALAN BURUNG KASAWARI


TAMAN BUKIT MALURI
52100 KEPONG
KUALA LUMPUR
TEL: 03-62742666 FAX : 03-62745489 EMAIL : wba0014@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKTBM 700-7/1/2/2023


Tarikh : 10 FEBRUARI 2023

Kepada,
Ibubapa/penjaga,
_____________________________
Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2023/2024

Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas sekolah ini


bersetuju menawarkan anak tuan/puan
bernama_____________________________.
Murid Tahun_____________ sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi 2023/2024.

3. Dengan ini, tuan/puan dipertanggungjawabkan untuk memastikan prestasi


anak tuan/puan tidak merosot dan tiada masalah disiplin agar lantikan tersebut
dapat diteruskan pada tahun berikutnya. Sekiranya tuan/puan bersetuju dengan
tawaran ini, pihak tuan/puan diminta menyediakan pakaian seragam pengawas
seperti ketetapan yang dilampirkan.

4. Bersama-sama ini disertakan akuan persetujuan ibu bapa/ penjaga yang


perlu diisi dan dikembalikan kepada pihak sekolah.

5. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas tawaran pelantikan tersebut.


Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NORHAYATI BT ABD. KADIR)


Guru Besar,
SK Taman Bukit Maluri,
52100 Kepong, Kuala Lumpur
AKUAN PERSETUJUAN IBU BAPA/ PENJAGA

Dengan ini saya No K/P

Ibu bapa / Penjaga kepada

murid Tahun *bersetuju / tidak bersetuju dengan tawaran pelantikan anak /

anak jagaan saya sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi 2023/2024.

Yang benar,

………………………......................
( )
No hp (utk whatsapp group Pengawas Sekolah) :..........................................................................

 Potong yang tidak berkenaan.

LAMPIRAN

PAKAIAN PENGAWAS (TAHUN 3 SAHAJA)

1. Kemeja lengan panjang berwarna putih.


2. Seluar panjang berwarna biru gelap (Lelaki).
3. Skirt berwarna biru gelap labuh (Perempuan).
4. Vest berwarna merah dengan tag nama pengawas dan lencana sekolah.
5. Tali leher pengawas berwarna merah (boleh dibeli di kedai buku sekolah)
6. Kasut kanvas bewarna hitam dan stoking berwarna hitam.

**** Pengawas Percubaan (perempuan) juga dibenarkan memakai pakaian baju kurung
berwarna putih dan kain biru gelap beserta tag nama pengawas.
**** Tempahan tag lencana pengawas akan dibuka selepas menerima persetujuan lantikan ini.

PAKAIAN PENGAWAS (TAHUN 4,5 DAN 6)

1. Kemeja lengan panjang berwarna biru.


2. Seluar panjang berwarna biru gelap (Lelaki).
3. Skirt berwarna biru gelap labuh (Perempuan).
4. Vest berwarna merah dengan tag nama pengawas dan lencana sekolah.
5. Tali leher pengawas berwarna merah (boleh dibeli di kedai buku sekolah)
6. Kasut kanvas bewarna hitam dan stoking berwarna hitam.

**** Pengawas perempuan juga dibenarkan memakai pakaian baju kurung berwarna biru dan
kain biru gelap beserta tag nama pengawas.
**** Tempahan tag lencana pengawas akan dibuka selepas menerima persetujuan lantikan ini.

You might also like