You are on page 1of 4

CONTOH SOALAN SPONTAN

TAJUK 1L : PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 1L : PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil


daripada kisah Peristiwa Nuzul Al-Quran itu tadi.

Soalannya : Sila adik berikan satu pengajaran yang boleh


diambil daripada kisah Peristiwa Nuzul al-Quran.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 1L : PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Al-Quran diturunkan dari Baitul ‘Izzah kepada Nabi


junjungan pada malam lailatul qadar yang mulia.

Soalannya : Sila adik berikan satu sebab mengapa kita


perlu menjaga kesucian dan kemuliaan al-Quran.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 1L : PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan kepada


Nabi Muhammad SAW. Membacanya adalah ibadah.

Soalannya : Boleh adik berikan satu cara bagaimana kita


beradab dengan al-Quran.
CONTOH SOALAN SPONTAN
TAJUK 2L : KEANGKUHAN FIRAUN

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 2L : KEANGKUHAN FIRAUN

Firaun merupakan seorang raja yang angkuh dan


sombong.

Soalannya : Cuba adik berikan satu sebab mengapa kita


tidak boleh bersifat sombong?

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 2L : KEANGKUHAN FIRAUN

Membunuh itu besar dosanya. Firaun telah membunuh


semua ahli sihirnya yang beriman.

Soalannya : Sila adik berikan satu sebab mengapa kita


tidak boleh membunuh orang lain dengan sesuka hati.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 2L : KEANGKUHAN FIRAUN

Akibat bersifat angkuh, Firaun telah mati ditenggelamkan


di dalam Laut Merah bersama bala tenteranya.

Soalannya : Boleh adik berikan satu akibat jika kita bersifat


angkuh dalam kehidupan.
CONTOH SOALAN SPONTAN
TAJUK 3L : MUKJIZAT NABI SALEH ALAIHISSALAM

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 3L : MUKJIZAT NABI SALEH ALAIHISSALAM

Terdapat banyak nilai murni yang boleh diperolehi


daripada kisah itu tadi.

Soalannya : Cuba adik berikan satu nilai murni yang


boleh diperolehi daripada kisah Mukjizat Nabi Saleh.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 3L : MUKJIZAT NABI SALEH ALAIHISSALAM

Nabi Saleh berpesan agar membiarkan untanya hidup


bebas dan tidak mencederakannya.

Soalannya : Sila adik berikan satu sebab mengapa kita


perlu beradab dengan haiwan.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 3L : MUKJIZAT NABI SALEH ALAIHISSALAM

Kaum Tsamud membunuh unta mukjizat Nabi dan berani


mencabar kuasa Allah.

Soalannya : Boleh adik berikan satu akibat jika kita berani


mencabar kuasa Allah.
CONTOH SOALAN SPONTAN
TAJUK 4L : KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 4L : KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM

Terdapat banyak sifat terpuji Luqmanul Hakim yang boleh


dicontohi daripada kisah ini.

Soalannya : Cuba adik berikan satu sifat terpuji Luqmanul


Hakim yang boleh dicontohi dalam kehidupan seharian.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 4L : KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM

Luqmanul Hakim mendidik anaknya dengan ilmu, hikmah


dan kebijaksanaan.

Soalannya : Sila adik berikan satu sebab mengapa kita


perlu rajin dalam menuntut ilmu.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 4L : KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM

Dalam kisah itu tadi, Luqmanul Hakim ada menasihati


anaknya agar banyak bersabar ketika menghadapi ujian.

Soalannya : Boleh adik berikan satu akibat jika kita tidak


bersifat sabar dalam menghadapi ujian.

You might also like