You are on page 1of 5

(TAJUK 2L) MTQSS 2019

KEANGKUHAN FIRAUN

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih Pengerusi Acara. Barisan yang hakim yang bijaksana.
Guru-guru dan rakan semua.

Keangkuhan Firaun.

Firaun merupakan seorang raja yang angkuh dan sombong, hidup pada zaman Nabi
Musa alaihissalam. Firaun dikurniakan dengan kekayaan, kekuatan dan kerajaan
yang besar.

Namun…
Firaun angkuh tidak beriman ( Pantun )
Bahkan mengaku dirinya Tuhan

Suatu malam Firaun bermimpi, mahkotanya hilang. Ahli nujum meramalkan akan
lahir bayi lelaki yang akan membunuh dan merampas kekuasaannya kelak. Lantas
dengan angkuh Firaun memerintahkan agar semua bayi lelaki ditangkap dan
dibunuh.

Surah al-Qasas, ayat 4 yang bermaksud :


Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas dan
menjadikan penduduknya berpuak-puak.

Ya rakan-rakan…

Jauhilah sifat angkuh dan sombong kerana ia dibenci manusia.


Contohilah Sultan Muhammad V yang tawaduk dan sederhana.

Kawan-kawan…

Kuasa Allah tiada terduga ( Nasyid )


1
Nabi dilahirkan dengan selamatnya
Bahkan dijadikan anak angkatnya
Membesarlah Musa di dalam istana

Setelah dewasa, Nabi Musa berdakwah kepada Firaun dengan dibantu oleh
saudaranya Nabi Harun alaihissalam.

“Wahai Musa.. Jika benar Tuhanmu berkuasa.


Tunjukkan padaku buktinya!”
Dengan angkuh Firaun mencabar kuasa Allah.

Dengan wahyu Ilahi, Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, lalu menjadi seekor
ular dan mengeluarkan cahaya yang putih dari tangannya.

Surah as-Syu’arak, ayat 33 yang bermaksud :


Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya. Maka ia menjadi cahaya putih yang
bersinar kepada orang-orang yang melihat.

Ya rakan-rakan…

Yakinlah Allah Maha Berkuasa.

Lihatlah tulisan kalimah Allah pada buah-buahan dan haiwan. Subhanallah…

Kawan-kawan…

Kerana keangkuhannya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa.


Bahkan menuduh baginda sebagai tukang sihir.

“Kumpulkan semua ahli sihir istana!!


Kalahkan Musa dan sihirnya!” Perintah Firaun dengan angkuh.
2
Namun…Allah membantu Nabi-Nya.
Tongkat yang dicampak oleh Nabi Musa menjadi ular yang besar, dan memakan
ular-ular tukang sihir Istana.

Ta’ajub melihat mukjizat Nabi ( Pantun )


Maka berimanlah tukang sihir istana
Firaun yang angkuh murka sekali
Lalu dibunuh semua tukang sihirnya

Surah as-Syu’arak, ayat49 yang bermaksud :


Firaun berkata,”Sesungguhnya aku akan memotong tangan-tangan dan kaki-kaki
kamu secara bersilang. Kemudian aku akan menyalib kamu kesemuanya.”

Ya rakan-rakan…

Membunuh orang lain, besar dosanya.

Kes pembunuhan bangsa Uyghur di China, perlu pembelaan sewajarnya.

Kawan-kawan…

Firaun yang angkuh, semakin murka.


Dia memerintahkan agar Nabi Musa ditangkap dan dibunuh.
Lalu Allah mengilhamkan Nabi Musa agar menyelamatkan diri.

Keluarlah Nabi dengan pengikutnya ( Nasyid )


Selamatkan diri daripada Firaun durjana
Firaun mengejar dengan tenteranya
Ingin membunuh Nabi yang mulia

Sampai di pinggir Laut Merah ( Sajak )


3
Allah mewahyukan agar Musa
Memukul tongkatnya
Lalu laut yang luas terbelah dua
Maka menyeberanglah Musa
Bersama pengikut-pengikutnya
Firaun terus mengejar dengan angkuhnya

Surah Toha, ayat 78 yang bermaksud :


Maka Firaun mengejar mereka dengan bala tenteranya.

Ya rakan-rakan…

Jika Allah berkata jadi, maka jadilah ia.

Lihat sahaja banjir Tsunami yang melanda Baten baru-baru ini.


Tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Kawan-kawan…

Allah mewahyukan agar Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut sekali lagi.

Lalu Laut Merah yang terbelah dua bercantum semula, menelan Firaun dan bala
tenteranya.

Surah al-Baqarah, ayat 50 yang bermaksud :


Dan Kami tenggelamkan Firaun dan tenteranya,
sedangkan kamu melihat.

4
Begitulah kawan-kawan…
Kisah Keangkuhan Firaun, akhirnya mati ditenggelamkan bersama bala tenteranya.
Semoga kita beroleh pengajaran berguna.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like