You are on page 1of 4

Sekolah Menengah Kebangsaan [F] Lui Barat

72120 Bandar Seri Jempol, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Telefon: 06-4676300; Faksimili: 06-4676296

KERTAS CADANGAN

LAMAN BTV TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) SIRI 1


MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1
SMK [F] LUI BARAT TAHUN 2021

1.0 PENDAHULUAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui
TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;


 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu

Pada tahun 2020, SMK Lui Barat telah terpilih sebagai sekolah yang terlibat dalam Program
Transformasi Sekolah (TS25) bagi kohort kelima. Justeru, pihak Panitia Reka Bentuk Teknologi
[RBT] merancang pembinaan Laman BTV Transformasi Sekolah (TTS25) sebagai bahan bantu
mengajar (BBM) maujud selaras dengan rasionalnya ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
2.0 MATLAMAT

SMK [F] Lui Barat merupakan sekolah luar bandar yang sedang meningkat pencapaian di dalam
peperiksaan PT3 dan SPM. Merujuk kepada pencapaian semasa murid dalam peperiksaan PT3 dan
SPM, didapati ramai murid berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang; dan murid yang
lemah masih ada harapan untuk dipertingkatkan pencapaian mereka. Bagaimanapun pencapaian
mereka banyak terhalang disebabkan oleh faktor status sosio ekonomi dan kelemahan murid untuk
menguasai pembelajaran. Lanjutan dari itu, program ini dirancang dan akan dilaksanakan untuk
memastikan murid mampu mencapai kecemerlangan. Aktiviti secara amali merupakan nadi utama
bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) secara berkesan. Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang sebenar adalah penting untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Dengan pembinaan contoh sebenar sistem fertigasi reka bentuk baru serta dapat
memberikan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermaklumat kepada murid.
Laman BTV Transformasi Sekolah (TS25) ini terbahagi kepada dua iaitu taman sumber alam
seperti menanam pokok sayur-sayuran secara fertigasi. Taman yang kedua ialah Kolam Akuaponik
yang menjadi tempat ternakan ikan keli/talapia/puyu serta menanam pokok sayur-sayuran seperti
sawi, kangkung dan bayam.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Laman BTV Transformasi Sekolah (TS25) antara lain ialah;
 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik kepada murid – murid dan guru-guru semasa
khususnya bagi tajuk Fertigasi dalam mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi dan mata
pelajaran yang lain secara amnya.
 Membangunkan taman pertanian rekabentuk baharu yang menjadi persekitaran
pembelajaran yang bermakna dengan mengutamakan kemenjadian murid.
 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur dalam aktiviti kelestarian alam dengan lebih baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid dan guru SMK [Felda] Lui Barat.
5.0  JAWATANKUASA

Pengerusi : Nor Kamar bin Nordin


(Pengetua SMK (F) Lui Barat)
Naib Pengerusi : Mohd Tahir bin Abd. Hamid
(GPK Akademik dan Pentadbiran)
: Faizah binti Muhammad
(GPK HEM)
Penyelaras : Abdul Halim bin Ab Bakar
(Ketua Bidang Teknik dan Vokasional)
Setiausaha : Mastura binti Muhamad Mukhtar
(Setiausaha TS25)
Penolong Setiausaha : Norhazila binti Mohd Nor
(Ketua Panitia Rekabentuk dan Teknologi)
AJK : 1. Mohd Norisman bin Husin
2. Mohd Asyraf bin Mohd Arif
3. Nurul Izati binti Mohd Yusuf

6.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah unit Harga RM Jumlah RM


1. Mini Set Hidroponik 31 29.00 900.00
Jumlah keseluruhan 900.00

7.0 SUMBER

Bil Sumber daripada Jumlah RM


1. Data TS25 900.00
Jumlah keseluruhan 900.00
8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................................... ................................................
NORHAZILA BINTI MOHD NOR ABDUL HALIM BIN ABU BAKAR
Ketua Panitia RBT Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
SMK (F) Lui Barat SMK (F) Lui Barat

Disahkan oleh,

................................................
NOR KAMAR BIN NORDIN
Pengetua,
SMK (F) Lui Barat

You might also like