You are on page 1of 5

No Ruj : SKKJ2 600-5/1/1 ( )

KERTAS CADANGAN
PERMOHONAN SISTEM SIARAYA BAHARU
( PUBLIC ADDRESS SYSTEM )

Yang Berusaha

Guru Besar
SK Kampung Jawa 2

PERMOHONAN SISTEM SIARAYA BAHARU


( PUBLIC ADDRESS SYSTEM )

2.0 PENGENALAN

Sistem Siaraya sangat penting untuk sesebuah sekolah bagi


memudahkan pelbagai urusan komunikasi menyeluruh secara terus
kepada semua pelajar.

Sistem Siaraya merupakan keperluan kepada sesebuah sekolah


kerana ia adalah nadi pengurusan sekolah dalam menyampaikan
maklumat kepada semua warga sekolah. Selain itu juga, Sistem
Siaraya dapat melancarkan pelbagai urusan sekolah memandangkan
ianya sangat diperlukan dalam pelbagai program yang dilaksanakan di
sekolah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memudahkan kaedah penyampaian maklumat secara terus


kepada semua warga sekolah terutamanya maklumat penting
yang perlu disampaikan dengan kadar segera.
3.2 Melancarkan pelaksanaan program-program sekolah seperti
perhimpunan setiap pagi dan mingguan serta program-program
sekolah yang audion lebih besar dan ramai.
3.3 Memendekkan masa penyelenggaraan semasa peralatan hendak
digunakan.
3.4 Memudahkan penggunaan peralatan pembesar suara tanpa
banyak ‘adjustment’.
3.5 Mengelakkan gangguan bunyi yang lemah.

4.0 KUMPULAN SASAR

4.1 Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan PPKI.


4.2 Semua Guru & Staf ( 95 orang )

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN IALAH :

5.1 Menggantikan peralatan lama ( lebih 15 tahun penggunaan – sering


berlaku gangguan suara & putus-putus ) kepada yang baharu lebih berkuasa
dan terkini.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Norlaily bt Mohd Yusof ( Guru Besar SKKJ2 )


Pengerusi : Pn. Fairuz bt Zainuddin ( PK Pentadbiran )
Tim. Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Arsad ( PK HEM )
En. Syahrul Effendy Bin Ahmad Fuzi ( PK Kokurikulum )
Pn. Soraya Nita Binti Othman ( PK Petang )
Pn. Siti Incah Binti Alias ( PK PPKI )
Setiausaha : En. Muhammad Fahmi bin Hassim ( Setiausaha PIBG )
Bendahari : Cik Vijayalechumy a/p Sugumaran (Bendahari PIBG )
6.2 Ahli Jawatankuasa Kawal-Selia

Bagi menjamin peralatan yang diganti baharu tahan lama dan


terkawal penggunaannya, satu peraturan akan dibuat dan mesti
dipatuhi oleh semua. Peraturannya :

6.2.1 Melantik guru yang berkenaan sahaja mengawalselia peralatan


tersebut.

6.2.2 Melantik murid yang tertentu sahaja untuk menggunakan


peralatan tersebut.

6.2.3 Membuat buku log penggunaan peralatan bagi memudahkan


penggunaan dan langkah keselamatan.

6.2.4 Melarang mana-mana guru atau murid memindah atau meminda


peralatan tersebut kecuali guru yang berkenaan sahaja.

6.2.5 Menggunakan bilik khas berkunci bagi mengelakkan diganggu


atau diusik oleh murid atau orang yang tidak berkenaan.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan

7.7.1 - Sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta


7.7.2 - Sumbangan daripada PIBG SKKJ2
7.7.3 - Sumbangan daripada perseorangan

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci :


( Sila rujuk lampiran yang dikepilkan )
8.0 PENUTUP

Sistem Pembesar suara sekolah adalah satu asset sekolah yang


penting bagi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Andaikata sistem pembesar suara tidak berfungsi, sekolah akan
mengalami kesulitan semasa menyampaikan maklumat kepada warga
sekolah.

Sistem Pembesar suara yang baik, akan membantu pihak pengurusan,


guru dan warga sekolah menyampaikan maklumat dengan berkesan dan
terancang.

Semoga adanya kertas cadangan ini, satu sistem Pembesar suara yang
baharu dan berkesan dapat disediakan bagi menggantikan sistem yang ada.

Penggantian ini diharap dapat melonjakkan lagi sistem penyampaian


maklumat di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2.
Disediakan Oleh: Disemak oleh:

……………………………………………….. ……………………………………………..

Nama: MUHAMMAD FAHMI BIN HASSIM Nama: ANITA BINTI MD IDRIS


Jawatan: S/U PIBG Jawatan:YDP PIBG
Nama Sekolah:SK KAMPUNG JAWA 2 Nama Sekolah: SK KAMPUNG JAWA 2
Tarikh:22 JUN 2023 Tarikh:22 JUN 2023

KERTAS CADANGAN [ PERMOHONAN SISTEM SIARAYA BAHARU SKKJ2 ]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [ Permohonan Sistem Siaraya Baharu


SKKJ2 ]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [ Permohonan Sistem Siaraya


Baharu SKKJ2 ]

Ulasan:
………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

……………………………… Tarikh : 22 JUN 2023

You might also like