You are on page 1of 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit
 
Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5  
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5  
C 1 10  
D 1 20  
Jumlah 50  

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Imran menjerit kesakitan kerana badannya ____________ akibat disengat oleh sekawan
lebah.
A calar-balar
B cobak-cabik
 
C bongkar-bangkir
D bengkak-bengkil

2 Pihak polis membuat ______________ di kawasan perumahan itu pada setiap petang.
A dironda
B rondaan
 
C peronda
D meronda

Soalan 3
3 Pilih ayat yang betul.
A Buah nangka yang mengkal boleh dijadikan gulai lemak.
B Suara penyanyi wanita yang cantik itu sungguh licin didengar.
 
C Nasi yang ditanak ibu menjadi keras kerana terlebih air.
D Sungai Pahang semakin cetek kerana hujan lebat sejak semalam.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada minggu lepas, Sekolah Kebangsaan Seri Indah melancarkan Program Senam Sihat.
Program ini akan diadakan pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu. Program ini
melibatkan semua warga sekolah. Program ini akan dijalankan selama 30 minit di dewan
sekolah sebelum pembelajaran bermula.

            Cikgu Zaki yang memimpin program ini telah menunjuk cara pergerakan yang
menarik. Murid-murid bersemangat datang awal ke sekolah agar tidak ketinggalan untuk
menyertainya. Selepas bersenam, badan menjadi sihat dan cergas. Murid-murid menjadi
lebih fokus terhadap pelajaran.

4 Bilakah Program Senam Sihat ini dijalankan?


A hari Selasa yang lepas
B pada setiap hari minggu
 
C sebelum pembelajaran bermula 
D ketika murid keluar dari dewan sekolah

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Program Senam Sihat dipimpin oleh Cikgu Zaki.
B Program Senam Sihat melibatkan murid sahaja.
 
C Program Senam Sihat diadakan pada setiap hari.
D Program Senam Sihat dilancarkan selama 30 minit.

6 Berikut ialah kebaikan Program Senam Sihat berdasarkan petikan kecuali


A murid sihat dan cergas.
B murid bersemangat ke sekolah.
 
C pelajaran murid lebih berfokus.
D pergerakan murid menarik.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Faisal mengayuh basikalnya laju-laju. Dia ingin segera sampai ke sekolah


kerana ingin mematuhi peraturan sekolah. Malangnya brek basikalnya tidak
berfungsi lalu dia hilang kawalan. Faisal terjatuh di hadapan pintu pagar
sekolah.

          Cikgu Azmi segera membantunya. Selesai merawat luka Faisal, Cikgu


Azmi menyimpan gunting, kapas dan ubat-ubatan ke dalam peti kecemasan.
Sebelum masuk ke dalam kelas, Cikgu Azmi menasihati Faisal agar
mengutamakan keselamatan ketika berbasikal.

BAHAN 2

                              

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Faisal mengayuh basikalnya laju-laju kerana


A ingin membantu Cikgu Azmi.
B mahu Cikgu Azmi menasihatinya.
 
C ingin segera sampai ke sekolah.
D ingin segera masuk ke dalam kelas.

8
Selesai merawat luka Faisal, Cikgu Azmi menyimpan gunting, kapas
dan ubat-ubatan ke dalam peti kecemasan.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A batang.
B bilah.
 
C bentuk.
D pucuk.

9 Perkataan mematuhi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A menghayati.
B memahami.
 
C mengingati.
D mentaati.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Faisal memakai topi keledar ketika berbasikal ke sekolah.
B Gunakan laluan berbasikal untuk mengutamakan keselamatan.
 
C Faisal memastikan brek basikalnya berfungsi sebelum berbasikal.
D Beri isyarat tangan sebelum membelok boleh mengelakkan hilang kawalan.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terdapat sebuah taman permainan berhampiran kawasan perumahan Roslan. Pada


setiap petang , ramai kanak-kanak bermain di situ. Roslan selalu mengajak ibu
bapanya ke sana.. Di taman permaianan itu, terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan, antaranya papan gelongsor, buaian, jongkang-jongket dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan tersebut masih dalam keadaan baik. Mereka
menggunakan kemudahan itu dengan cermat.

1 (a) Terdapat sebuah taman permainan berhampiran kawasan perumahan ____________.


[1 markah]

(b) Apakah kemudahan yang disediakan di taman permainan itu?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat diberikan.

Pada setiap petang , ramai kanak-kanak bermain di situ.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Roslan selalu mengajak ibu bapanya ke sana.

Ibu bapanya selalu mengajak roslan ke sana.

Ibu bapanya selalu diajak oleh Roslan ke sana.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Iffat seorang olahragawan sekolah. Dia juga dilantik menjadi ketua pengawas.
Minggu depan, Kejohanan Olahraga Daerah dan Majlis Pelantikan Pengawas
berlangsung pada hari yang sama.

Sekiranya kamu berada dalam dalam situasi Iffat, apakah yang akan kamu lakukan?
 

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan suasana semasa aktiviti gotong-royong di sekolah.

Tuliskan pendapat kamu  tentang aktiviti semasa gotong-royong.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


AKTIVITI BERKEBUN

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

You might also like