You are on page 1of 1

MAL UNIFORM (M) SDN. BHD.

(799889-M)
(Formerly known as R&E CORPORATION (M) SON. BHO.)
No. 44, Lorong Bendahara 4/KS7, Off Jalan Raja Nong, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
UniQue Tel: +6 (03) 8211 2323 H/ P: 013-419 4349 Email: info@malaysiauniform.com I malaysiauniform1349@gmail.com

___________________________________________________________________
Tarikh : 30 MEI 2021

Kepada,
Pengurus
Maxis Broadband Sdn Bhd (234053-D)
Level 13, Menara Maxis,
Kuala Lumpur City Centre,
50088, Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENAMATAN PERKHIDMATAN MAXIS FIBRE AKAUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat kami yang ingin menamatkan


penggunaan Internet Maxis Fibre bermula pada hari ini. Di sini saya senaraikan
maklumat syarikat untuk kegunaan pihak Tuan/Puan.

i) Nama Syarikat : R&E CORPORATION (M) SDN BHD


ii) No Akaun : 2407585526

3. Ini kerana kami telah mempunyai masalah untuk mengakses internet sejak dari awal
bulan Mei 2021 dan kini kami sepenuhnya tidak langsung dapat menggunakan
perkhidmatan Internet yang disediakan

4. Pihak Maxis juga boleh merujuk beberapa kes yang kami laporkan pada pihak
Tuan/Puan sebelum ini berkaitan masalah yang kami hadapi. Ini membuatkan pihak
syarikat kami mengalami kesulitan melakukan pekerjaan seharian sedangkan syarikat
terpaksa membayar bil pada setiap bulan tetapi kesemua pekerja tidak dapat
menggunakan internet yang lancar setiap bulan.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan membuat
penamatan perkhidmatan ini dengan segera.

6. Segala kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang
maklum balas pihak tuan bolehlah menghubungi Puan Siti di talian 019-213 2133.

Sekian, terima kasih.

You might also like