You are on page 1of 2

‫سكوله اكام تامن بوكيت تيرم‬

SEKOLAH AGAMA TAMAN BUKIT TIRAM


JALAN LEDANG 13, TAMAN BUKIT TIRAM,
81800 ULU TIRAM, JOHOR.
TEL / FAX : 07-8636943
Ruj. Kami: SAKNJ.JB.01002/177/16-4
Tarikh: 2 Mac 2022

Kepada,
Ibu/Bapa/Penjaga
Murid-Murid Tahun 1 Sesi 2022
Sekolah Agama Taman Bukit Tiram

Tuan / Puan,

MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS) TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Sekolah Agama Taman Bukit Tiram akan menjalankan
Program Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) sebagaimana yang diarahkan oleh pihak Jabatan
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Mac 2022 (Ahad)


Masa : 08.30 - 11.30 Pagi
Tempat : Bilik Darjah
Pakaian : Pakaian Lengkap Sekolah Agama

3. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa hendaklah menghantar anak-anak bagi
memastikan mereka mendapat maklumat yang jelas berkaitan pembelajaran Darjah 1.

4. Kerjasama tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SITI MISNAH BINTI AMIN )


Guru Besar,
Sekolah Agama Taman Bukit Tiram
s.k. Fail Pendaftaran Darjah 1
‫سكوله اكام تامن بوكيت تيرم‬
SEKOLAH AGAMA TAMAN BUKIT TIRAM
JALAN LEDANG 13, TAMAN BUKIT TIRAM,
81800 ULU TIRAM, JOHOR.
TEL / FAX : 07-8636943
Ruj. Kami: SAKNJ.JB.01002/177/16-5
Tarikh: 2 Mac 2022

Kepada,
Ibu/Bapa/Penjaga
Murid-Murid Tahun 1 Sesi 2022
Sekolah Agama Taman Bukit Tiram

Tuan / Puan,

TAKLIMAT MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS) TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas dengan hormatnya mempersilakan tuan/puan hadir ke sesi


taklimat tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Mac 2022 (Ahad)


Masa : 08.30 – 9.30 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing (secara Google Meet)
( link akan diberikan 1 jam sebelum mula )

3. Agenda taklimat adalah seperti berikut:


3.1 Ucapan alu-aluan dan Doa
3.2 Ucapan Guru Besar
3.3 Taklimat GPK 1
3.4 Taklimat GPK HEM
3.5 Taklimat Al- Bayen

4. Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan/puan diwajibkan bagi memastikan semua ibu
bapa dapat maklumat yang jelas berkaitan pengajaran dan pembelajaran Darjah 1.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SITI MISNAH BINTI AMIN )


Guru Besar,
Sekolah Agama Taman Bukit Tiram
s.k. Fail Pendaftaran Darjah 1

You might also like