You are on page 1of 2

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita
suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia,aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang


bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Kepentingan alam sekitar
kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang
segar.Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan.

Kawasan yang segar dan bersih selalunya dipenuhi dengan tumbuhan hijau.Tumbuh-
tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati
keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu, dapat dielakkan dan
membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik.

Penjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar
akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan
manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa memusnahkan hutan, ia dapat berfungsi
sebagai kawasan tadahan hujan.

Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi
dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air
hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan
tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air,ini dapat menjamin
bekalan air yang mencukupi.
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada
pada hari ini. Usaha-usaha memupuk bagi kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar
terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini.

( 293 patah perkataan )

You might also like