You are on page 1of 4

Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)

Sinopsis Keseluruhan
       Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal
oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung
Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran
datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh
dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan.
Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus
berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib
Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan
kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan
sedar serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung
Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk.
Jarak perjalanan  tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa
letih. Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai
nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri,
Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang
perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal.
Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi
keletihan Firdaus.  Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai
Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.

Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun
sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang
yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin meneruskan
perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa
memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar
semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu
menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar
Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran.
Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi
seorang  yang lasak, berdikari dan berani.
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang
memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji 
pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci
akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga
bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan  mengayuh
basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai
Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal
sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai
ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah
disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan
Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan
kejayaan Firdaus mengayuh basikal.
Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan
kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan
Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan
Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya
sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan
berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan
Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya
bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.
Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari
dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan
berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan
Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh
Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan
dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi
itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu,
dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya
Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan
cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan
tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia  mengaku bahawa dia telah
berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit
meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam
daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah
sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang
sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa
bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan
bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas
pengalaman yang dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia
mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu
digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di
pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba
menyelamatkan  Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah
diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang.
Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak
bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.

Bab 12
Firdaus tersedar daripada pengsan dan  mendapati  Azlinadan Johari
berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk menziarahinya.
Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan oleh Johari.

You might also like