Pekebun Sayur

You might also like

You are on page 1of 4

Pekebun Sayur

Selamat pagi, semua. Tajuk cerita saya ialah pekebun


sayur.

Pak Wong ialah seorang pekebun sayur. Tiap-tiap


pagi, Pak Wong pergi ke kebun sayur.

Dia menanam berjenis-jenis sayur seperti sawi,


kubis, bayam dan lain-lain. Tiap-tiap hari dia menyiram
sayur.

Dia juga membubuh baja pada pokok-pokok sayurnya


supaya cepat membesar.

Apabila sayurnya sudah cukup besar, Pak Wong pun


memetiknya. Dia menjual sayur-sayurnya di pasar tani.

Sekian terima kasih.


Aku seekor kucing

Selamat pagi, semua. Tajuk cerita saya ialah aku


seekor kucing.

Pada suatu hari, aku dijumpai oleh seorang budak.


Aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku diberi nama “Mimi”.
Aku juga diberi minum susu.

Sejak itu aku tinggal di rumah tuan. Tuan aku selalu


bermain dengan aku. Apabila badan aku kotor, tuan akan
memandikan aku.

Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan


yang baik hati dan sayangi aku.

Sekian terima kasih.


Aku sebuah buku cerita

Selamat pagi, semua. Tajuk cerita saya ialah aku


sebuah buku cerita.

Aku diperbuat daripada kertas. Badan ku berwarna


merah dan putih.

Aku dibuat di sebuah kilang . Tuan aku membeli aku


dari sebuah kedai buku.

Tuan aku ialah seorang murid. Tuan aku suka


membaca aku dan meminjamkan aku kepada kawan.

Ibu tuan aku membalut kulitku dengan plastik. Aku


berasa bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang
baik.

Sekian terima kasih.


Melawat ke zoo

Selamat pagi, semua. Tajuk cerita saya ialah


melawat ke zoo.

Pada minggu lepas, Cikgu Lee membawa kami


melawat ke Zoo. Kami ke sana dengan menaiki bas.

Di dalam zoo itu terdapat banyak haiwan. Antaranya


ialah harimau, rusa, monyet, gajah, burung dan kura-
kura.

Kami dapat melihat cara haiwan bergerak, makan


dan tidur. Kami mengambil banyak gambar.

Pada pukul tiga petang, kami pun pulang ke sekolah.

Sekian terima kasih.

You might also like