You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BINUANG

D/A. PEJABAT LADANG BINUANG,


PETI SURAT 130,
91207 KUNAK.
Email :xba3215@gmail.com

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIl. 01 SESI 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BINUANG, KUNAK

Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Makmal Komputer

Agenda : 1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.04/2023
3. Maklum Balas Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.04/2023
4. Pengurusan Jawatankuasa Kurikulum 2023/2024
5. PdPc
7. Pengurusan Panitia
8. Hal-hal lain
Kehadiran :
1. Puan Saripa Binti Halid - Guru Besar
2. Encik Mohd Ali Masyhum bin Mohd Nor - GPK Pentadbiran & Kurikulum
3. Encik Ab Lazid Bin Abu Jahal - GPK HEM
4. Encik Mohammad Nasir Goran - GPK Kokurikulum
5. Encik Abdullah bin Jesney - Guru Akademik
6. Encik Adanan bin Herang - Guru Akademik
7. Encik Nor Azraf bin Idris - Guru Akademik
8. Encik Shalihin bin Bakhrul. - Guru Akademik
9. Encik Syed Mohd Ihsyam bin Syed Ibrahim - Guru Akademik
10. Puan Buasma Ambo Alang - Guru Akademik
11. Puan Sarah binti Mohamad Noor - Guru Akademik
12. Cik Melina A/P Sarangapany - Guru Akademik
13. Encik Ismail bin Muhtar - Guru Akademik
14. Cik Siti Aminah binti Amir - Guru Akademik
15. Ustaz Mohd Nashah bin Abdul Salin - Guru Akademik
16. Encik Mohammad Firdaus bin Mohamed Arshad - Guru Akademik
17. Encik Muzamir bin Mohamad - Guru Akademik
18. Ustaz Mohd Hafiz bin Saparullah - Guru Akademik

1
19. Cik Nurul Hamizah binti Mohamad Latip - Guru Pemulihan
20. Puan Valeria Padris - Guru Prasekolah
21. Cik Magdalena Anus - Guru Prasekolah

BACAAN DOA

Ustaz Mohammad Nashah memimpin bacaan doa sebelum mesyuarat dimulakan.

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru
dan AKP yang telah hadir bersama-sama pada hari tersebut.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas bacaan doa yang di ketuai oleh Ustazd
Mohamad Firdaus bin Mohd Arshad.
1.3 Pengerusi mengucapkan Tahniah buat Cikgu Ab Lazid bin Abu Jahal bakal Guru Besar
SK Madai, tahniah buat cikgu Nor Azrin yang berjaya pindah dan tahniah buat cikgu
Sarah atas perpindahan masuk ke SK Ladang Binuang.
1.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah buat semua pentadbir, guru-guru dan Akp di atas
pencapaian pada tahun lepas.
1.5 Pengerusi juga berharap semua guru-guru dapat berkerja bersama-sama bagi persiapan
pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024.
1.6 Pengerusi juga mengingatkan semua guru dan Akp agar sentiasa mengutamakan tugas
hakiki masing-masing.
1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa jadikan kelemahan pada tahun lepas untuk guru dan
Akp sama-sama perbaiki pada sesi kali ini.
1.8 Pengerusi memaklumkan agar guru-guru merujuk MySG dan pekeliling yang telah
dikongsikan oleh GPK Kurikulum dan meminta agar rakan-rakan guru dan Akp
menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.
1.9 Akhir sekali pengerusi berharap pada tahun ini semua warga sekolah diberikan
kesihatan yang baik, diberikan kelapangan dan juga kekuatan dalam apa jua cabaran
yang dihadapi pada tahun ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.04/2022


Minit mesyuarat pada 3 Januari 2023 disahkan tanpa pembetulan.
Pencadang : Encik Nor Azraf bin Idris
Penyokong : Encik Shalihin bin Bakhrul

3.0 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.04/2022


3.1 Ujian PBD penggal 1 telah selesai dilaksanakan dan data telah dikemaskini.

2
4.0 PENGURUSAN KURIKULUM 2023
4.1 Jawatankuasa Kurikulum bagi tahun 2023 hampir siap dibentuk.
4.2 Tapak pemberatan tugas-tugas guru juga dibuat untuk setiap unit iaitu pengurusan,
kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Makluman : Semua Guru

4.3 Takwim sekolah sedang dibuat oleh Cikgu Muzamir dan akan diisi oleh setiap setiausaha
unit bagi mengenal pasti bilangan minggu PdPc untuk tahun 2023.
Tindakan : S/U setiap unit
4.4 Cikgu Ali meminta agar RPS bagi kurikulum dapat disiapkan sebelum cuti sekolah
penggal 3.
4.5 Cikgu Ali akan berbincang dengan setiap ketua panitia mengenai program-program yang
akan dijalankan sepanjang tahun 2023.
Tindakan : Semua guru

5.0 PENGURUSAN PANITIA


5.1 Cikgu Ali mengingatkan agar semua panitia menyiapkan laporan OPPM dan PINTAS.
5.2 Setiap panitia juga perlu melengkapkan dokumen berkaitan mengikut tahun semasa.
Makluman : Semua Guru

6.0 PENGURUSAN SEGAK


6.1 Cikgu Ali menerangkan bahawa sekolah akan mengadakan karnival SEGAK.
6.2 Oleh yang demikian, semua guru diminta untuk menghadiri bengkel SEGAK peringkat
sekolah.Cikgu Ali melantik Cikgu Sted sebagai penyelaras bengkelv SEGAK.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Cikgu Ali memperingatkan guru-guru agar sentiasa mematuhi Memelihara Masa
Instruksional (MMI) agar setiap murid dapat menjalani suasana PdPc yang optimum.
Makluman : Semua Guru

7.2 Semua guru boleh memohon CRK berdasarkan sebab yang telah disenaraikan,
walaubagaimanapun CRK boleh diberi mengikut budi bicara Guru Besar sekiranya tiada
apa-apa perkara atau program penting yang berlaku di sekolah.
Makluman: Semua guru

8.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang

3
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SHALIHIN BIN BAKHRUL) (MOHD ALI MASYHUM BIN MOHD NOR)


Setiausaha Kurikulum, Penolong Kanan Kurikulum,
SK Ladang Binuang, Kunak. SK Ladang Binuang Kunak.

Tarikh : 20 MAC 2023 Tarikh: 20 MAC 2023

Disahkan oleh,

(SARIPA BINTI HALID)


Guru Besar,
SK Ladang Binuang Kunak.

Tarikh: 20 MAC 2023

You might also like