You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
BIL 3 / TAHUN 2020

Tarikh : 18 OGOS 2020 / SELASA

Masa : 1.40 PETANG

Tempat : PUSAT SUMBER , SK TAMAN MEGAH

Hadir :

1. PN NORSILAWA
2. EN NORHISHAM BIN SHAMSUDIN
3. PN NURULHUDA BINTI HASSAN
4. PN ARNEY SALWANE BINTI OTHMAN
5. PN RUBAIAH BINTI MOHD ZAIN
6. EN JAGATHIS
7. PN NORHANIM

Tidak Hadir Bersebab : TIADA

Tidak Hadir Tanpa Sebab : TIADA

MINIT MESYUARAT

1.0 Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi (Ketua Panitia).

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Panitia


Sains kali ketiga bagi sesi 2020 dengan ucapan selamat bertugas dan
terima kasih.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1 Dibentang oleh En Norhisham Bin Shamsudin
Dicadang untuk disahkan oleh Pn Rubaiah
Disokong untuk pengesahan oleh En Jagathis

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 PELAKSANAAN PDPC MENGIKUT SOP


4.1.1 Guru Sains perlu menjalankan PDPC mengikut SOP yang ditetapkan
oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.1.2 Guru Sains perlu mengelakkan melaksanakan aktiviti berkumpulan
dalam
PDPC.
4.1.3 Guru Sains perlu mengubah kaedah pengajaran kepada kaedah
berpusatkan guru.
4.1.4 Guru Sains perlu mengajar mengikut DSKP Penjajaran yang diedarkan
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.2 PELAKSANAAN KBAT DALAM PDPC


4.2.1 Guru Sains perlu memanfaatkan sumber yang ada dalam usaha
meningkatkan kemahiran berfikir murid.

4.2.2 Guru Sains dan murid perlu memanfaatkan ruang di dalam kelas untuk
memaparkan bahan-bahan KBAT.
Tindakan: semua guru Sains

4.3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DAN PEMBINAAN SOALAN


4.3.1 Semua guru hendaklah menjalankan tugas mengikut ketetapan pada
Jadual Pelaksanaan PAT 2020. Sebarang kelewatan atau kesulitan atas
sebab kecuaian guru perlu dielakkan supaya tidak menyusahkan guru
lain.
4.3.2 Soalan yang telah disiapkan akan disimpan di dalam bilik peperiksaan
iaitu bilik kecil di ICT 1. Guru yang menyediakan soalan
bertanggungjawab untuk mengagihkan soalan ke kelas yang terlibat.

4.3.3 Pastikan persediaan soalan dijalankan dengan penuh berintegrati dan


mengikut prosedur yang betul. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta
Skema Markah hendaklah dihantar bersama-sama draf soalan untuk
pengesahan daripada PK. Pastikan topik yang diuji sudah diajar oleh
guru di dalam kelas. Perbincangan bersama perlu dijalankan di
kalangan guru-guru berkaitan untuk memastikan soalan-soalan
berkualiti dan menepati objektif pembelajaran disediakan.

Tindakan : semua guru Sains

5.0 HAL-HAL LAIN


Tiada

.
6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat Panitia Sains Bil 3/2020 ditangguhkan pada pukul 2.40 petang
6.2 Mesyuarat Panitia Sains Bil 4/2020 dijangka akan diadakan pada
Oktober 2020

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.........................................……… ……...............................………............
( ARNEY SALWANE ) ( NORHISHAM BIN SHAMSUDIN)
Setiausaha Pengerusi
Panitia Sains 2020 Panitia Sains 2020
SK Taman Megah SK Taman Megah

You might also like