You are on page 1of 3

SJK(T) LORONG JAVA, 70000 SEREMBAN, NSDK

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN KALI KEDUA


TAHUN 2022/2023

Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)


Masa : 2.00 – 3.00 petang
Tempat : Kelas 3 Manikam
Kehadiran:

HADIR : TIDAK HADIR :


1. Pn.G.Santhy (GPK 1)
2. En.N.Thirumaran
3. Pn.A.Assotha
4. Pn.S.Subathra Devi
5. Cik.K.Nirainchanah
6. Pn.R.Malar
7. Pn.P.Dineswari
8. Pn.M.Panimalar
9. Pn.T.Chithra Devi
10. Pn.M.Khasturi
11. Pn.P.Vimalah
12. Pn.Clara Rani
13. Pn.K.Kalaiselvi
14. Pn.V.Sarasvathy
15. Pn.H.Sumathi
16. Pn.Parvathy
1. UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia
Pendidikan Jasmani kali kedua bagi sesi 2022/2023.
1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program
yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

2. UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM


2.1 Teguran dan nasihat kepada semua guru supaya menjalankan
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) mengikut tatacara yang betul.
2.2 Pendedahan mengenai keberkesanan pembelajaran berasaskan projek.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu telah dicadang oleh Pn.J.Clara
Rani dan disokong oleh Pn.M.Khasturi.

4. HALA TUJU PANITIA


4.1 Guru-guru perlu mengambil insiatif bagi memastikan murid-murid
mencapai hala tuju panitia yang ditetapkan.

5. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


5.1 Pembentangan keseluruhan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun
bagi subjek Pendidikan Jasmani oleh ketua panitia.
5.2 Memastikan semua murid mencapai tahap penguasaan 4 dan ke atas.
Penilaian ini perlu diberikan dengan merujuk DSKP.
5.3 Guru Pendidikan kesihatan sahaja yang akan masukkan markah PBD
dalam pentaksiran.
5.4 Pentaksiran transit telah dimuat dalam Whataspp Panitia PK.
5.5 Ujian segak akan bermula pada bulan ini.

6. AKTIVITI MINGGU PANITIA


6.1 Pameran aktiviti Pendidikan Jasmani akan dijalankan pada awal bulan
Disember 2022.
6.2 Hasil kerja murid Tahun 1 hingga Tahun 6 perlu dipamerkan sepanjang
minggu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
7. PENGGUNAAN BILIK PENDIDIKAN JASMANI (PJ)
7.1 Guru perlu sentiasa memastikan peralatan PJ disusun dengan kemas
dalam bilik tersebut.
7.2 Guru yang mengajar subjek PJ dibenarkan menyimpan, mengambil dan
memulangkan peralatan PJ di bilik PSV.

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Keselamatan murid harus diperhatikan setiap kali bermain PJ
8.2 Setiap murid harus memakai baju t-shirt,seluar dan kasut sekolah ketika
bermain di tapak perhimpunan.
8.3 Peralatan “carpet grass” bagi murid PJ amat dialukan.

9. PENANGGUHAN MESYUARAT
13.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3 petang dengan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh,

___________________________
(KAVITHA A/P MURUGESAU)
SETIAUSAHA
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
SJK(T) LORONG JAVA

You might also like