You are on page 1of 12

2 < JUN 2009 semasa

BULETIN
PENGGUNA
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT
Y. Bhg. Datuk Mohd Zain bin Mohd Dom
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan

KETUA SIDANG PENGARANG


Dr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALAN
KETUA SIDANG PENGARANG
Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANG
Nor Azhar bin Manap
Effaizah binti Shahidan
Paul Selva Raj
Ratna Revi Nadarajan
Cheah Chee Ho
Pinggan Mesra Alam
Buletin Pengguna merupakan penerbitan usahasama
di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan dan FOMCA.
Ia diterbitkan pada setiap bulan.
Ubi Kayu
Sumbangan artikel amat dialu-alukan.
Sila hantarkan sumbangan kepada: Ubi kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia
Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain daripada
EDITOR
dijadikan kanji pemekat kuah masakan.
Buletin Pengguna
No. 1D-1, Bangunan SKPPK
Jalan SS9A/17 Dalam mempelopori potensi kegunaan ubi kayu, sebuah syarikat tempatan, Natures
47300 Petaling Jaya Harmony Industries Sdn Bhd (NHI), yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun,
Selangor Darul Ehsan
telah berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu yang juga boleh dimakan.
Kementerian Perdagangan Dalam Dengan menghasilkan produk daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai
No 13, Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran
buang yang berada di pasaran.
Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya Memang diakui kini terdapat pelbagai jenis pinggan pakai buang yang kebanyakannya
dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan
EMEL
buletinpengguna@gmail.com petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana
ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120
LAMAN WEB KPDNKK hingga 80 hari untuk diuraikan. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia
www.kpdnkk.gov.my lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.
LAMAN WEB FOMCA
www.fomca.org.my Pinggan ubi kayu juga memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu saiz
mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz
E-ADUAN sebenar.
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my

SMS E-ADUAN Menurut Encik Ramaness, pengurus syarikat NHI, syarikat itu menghasilkan pinggan
32255 ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang
dilakukannya.
HOTLINE KEMENTERIAN
1-800-886-800
“Dahulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi
pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan
DICETAK OLEH ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan
produk mesra alam,” katanya. Beliau menambah, polisi kebanyakan negara barat
Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd
yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polisterina membuka ruang
kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.
Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna ini
tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Sumber: Arkib Berita Harian
dan Kepenggunaan atau FOMCA.
Ia merupakan pendapat penulis sendiri.
isu pengguna JUN 09 > 3

Hari Alam Sekitar Sedunia 2009


Setiap tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari Alam Mexico merupakan tuan
Sekitar Sedunia pada 5 Jun. Tahun ini merupakan ulang tahun rumah untuk bagi
ke-38 bagi Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah dimulakan sambutan pada tahun ini.
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1972. Mexico juga merupakan
pendorong bagi ‘Program 1
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bertujuan untuk bilion Pokok’ yang
memupuk kesedaran masyarakat dunia tentang masalah dicadangkan oleh Program
persekitaran yang dihadapi masa kini dan masa yang akan Alam Sekitar Pertubuhan
datang. Secara amnya, Hari Alam Sekitar Sedunia ini diadakan Bangsa – Bangsa Bersatu
untuk: (U n i t e d N a t i o n s
• Menggalakkan pembangunan yang lestari dan Environment Programme,
seimbang UNEP). Mexico berhasrat
untuk menanam 25%
• Menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat
daripada jumlah pokok
untuk membawa perubahan di peringkat individu
yang dicadangkan dan ini
kerana ini merupakan titik permulaan bagi penyelesaian
akan menyumbangkan
masalah persekitaran
sebanyak 1.5% dalam usaha
• Memupuk persefahaman dan kesedaran akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.
kepentingan melindungi alam sekitar untuk menjamin
masa depan penduduk di seluruh dunia Mengikut Presiden Mexico, Felipe Calderon, sambutan Hari
Alam Sekitar Sedunia di Mexico akan selari dengan pengurusan
Tema tahun ini adalah: ‘Bumi Anda Memerlukan Anda. sumber semula jadi serta usaha setempat untuk mengurangkan
Bersatulah Untuk Menghadapi Perubahan Iklim’. Ia bertujuan perubahan iklim.
membawa kesedaran dan perhatian sedunia dalam
mempertimbangkan strategi baru untuk menangani masalah
perubahan iklim di mesyuarat antarabangsa yang akan
berlangsung di Copenhagen, Denmark. .. ke muka 3
4 < JUN 2009 isu pengguna

“Perubahan iklim
merupakan satu ancaman
kepada penduduk
sedunia sekarang. Setiap
warga di dunia ini perlu
bertindak sekarang
untuk mengurangkan
kesannya terhadap bumi
yang sudah uzur akibat
pencemaran. “

dari muka 2 ... Standard dan alam sekitar

Di Malaysia, kesedaran dan amalan kitar semula serta Sehubungan dengan itu, Agensi Tenaga Antarabangsa
penjagaan alam sekitar telah mula dipupuk kepada pelajar di (IEA), Organisasi Standard Antarabangsa (ISO) dan
peringkat awal persekolahan lagi. Konsep pemeliharaan alam Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC) telah mengadakan
sekitar diselitkan secara meluas dalam sukatan pelajaran perbincangan bersama dan mengambil inisiatif untuk
peringkat rendah dan menengah. Namun begitu pengetahuan mempromosikan standard antarabangsa yang berkaitan dengan
tentang impak gas rumah hijau dan cara-cara pengurangan kecekapan penggunaan tenaga dan standard berkaitan dengan
gas rumah hijau perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pengurangan pembebasan gas rumah hijau seperti karbon
generasi akan datang. Mereka berhak untuk mengetahui apa dioksida, metana dan nitrogen oksida.
yang berlaku di bumi sekarang dan perlu memikul
tanggungjawab ini untuk sama-sama bertindak memulihara Objektif utama mesyuarat ini adalah membincangkan
alam sekitar. penggunaan standard antarabangsa bagi meningkatkan
kecekapan penggunaan tenaga dan mengurangkan
Pemimpin-pemimpin negara sekarang dan pada masa pengeluaran karbon dioksida. Di samping itu, ia juga
hadapan perlu disedarkan tentang kepentingan isu alam bertujuan untuk menguatkan kerjasama di antara negara untuk
sekitar, masalah yang sedang dihadapi dan langkah-langkah menghadapi kesan rumah hijau.
yang perlu diambil. Bagi menjayakan tema Hari Alam Sekitar
Sedunia tahun ini, kita perlu bersatu untuk menghadapi Perubahan iklim merupakan satu ancaman kepada
perubahan iklim. Pelbagai aktiviti dan tindakan yang boleh penduduk sedunia sekarang. Setiap warga di dunia ini perlu
dilakukan oleh seseorang individu dalam kehidupan seharian bertindak sekarang untuk mengurangkan kesannya terhadap
seperti menutup suis televisyen jika tidak menonton atau bumi yang sudah uzur akibat pencemaran. Pendekatan jangka
memadam lampu sekiranya tidak digunakan. Tindakan ini boleh pendek seperti penguatkuasaan undang-undang terhadap
membawakan impak yang besar dalam usaha menangani isu mereka yang mencemar dan pelan jangka panjang seperti
perubahan iklim dunia. Mungkin kita tidak boleh membantu penggubalan dasar hijau serta pendidikan kesedaran awam
alam sekitar secara bersendirian, tetapi jika usaha ini turut tentang kepentingan alam sekitar perlu diusahakan dengan
dikongsi oleh masyarakat dunia, kesannya akan dapat dirasai lebih giat untuk bersama-sama melindungi dunia kita daripada
bersama. kerosakan yang disebabkan oleh diri kita sendiri.

Artikel sumbangan Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia


kewangan JUN 09 > 5

Takaful –
Pengenalan
Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman
sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk
caruman penyertaan (tabarru’). Anda dikehendaki untuk
memeterai kontrak (aqad) yang menjadikan anda salah seorang
peserta dan bersetuju untuk membantu antara satu sama lain
sekiranya mana-mana peserta mengalami sebarang musibah,
sama ada kematian, hilang upaya kekal, kerugian, kemalangan,
kerosakan atau lain-lain musibah yang dilindungi di bawah
pelan takaful anda.

Pelan perlindungan takaful adalah berdasarkan prinsip


Syariah yang menawarkan pelbagai ciri unik kepada pemegang
polisi. Secara amnya, pelan perlindungan terbahagi kepada
dua jenis, iaitu takaful keluarga dan takaful am.
mutlak (amanah) yang memerlukan anda mendedahkan semua
Produk utama takaful keluarga termasuklah: maklumat semula yang berkaitan.

• Pelan Keluarga
Anda hanya boleh memperolehi nilai kerugian kewangan
• Pelan Berkaitan Pelaburan
anda dan bukan mendapat keuntungan berikutan sesuatu
• Pelan Pendidikan Anak kerugian yang boleh ditentukan nilainya.
• Pelan Perubatan dan Kesihatan
• Pelan Anuiti Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan
mengenal pasti punca kerugian tersebut.

Produk utama takaful am termasuklah:


Setelah anda menerima pampasan bagi kerugian tersebut,
• Pelan Kebakaran/Empunya/Isi Rumah pengendali takaful berhak menuntut daripada pihak ketiga
• Pelan Motor yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut.
• Pelan Kemalangan Diri
Sekiranya sesuatu kerugian ditanggung oleh lebih
daripada satu pelan takaful atau polisi insurans, pengendali
Prinsip Asas Takaful takaful yang telah membuat pembayaran kepada anda boleh
meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang
Anda mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-
dalam subjek yang berkenaan untuk menyertai pelan takaful. masing.

Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya Sumber: InfoInsurans, Bank Negara Malaysia
6 < JUN 2009 pemakanan

Makanan
segar dan
mentah
Salah satu aspek penting dalam amalan pemakanan sihat yang
sering terlepas pandang oleh pengguna ialah memakan
makanan dalam keadaan segar dan mentah. Kebanyakan
makanan yang dibeli pengguna masa kini adalah makanan
proses yang telah mengalami denaturasi dan seringkali
ditambah dengan bahan kimia.

Secara idealnya, adalah lebih baik untuk memakan makanan


segar yang tidak diproses, terutamanya makanan organik
keluaran tempatan seperti hasil tanaman dari ladang-ladang
akreditasi Skim Organik Malaysia (SOM). Tetapi cabarannya
ialah walaupun anda memilih makanan yang terbaik, anda
boleh memusnahkan zatnya ketika memasak.

Apakah faedahnya memakan makanan segar Memasak memusnahkan enzim berharga


dan mentah?
• Enzim adalah protein; sebagai pemangkin untuk
Makanan segar dan mentah adalah ‘hidup’! mempercepat dan membantu reaksi kimia dalam tubuh
badan. Terdapat banyak tindakan biokimia yang tidak
• Terdapatnya elemen ’biofoton’ dalam makanan mentah. akan berlaku tanpa bantuan enzim. Aktiviti memasak,
Biofoton adalah unit fizikal terkecil cahaya yang terutamanya pada suhu yang tinggi, akan
disimpan dan diguna oleh semua organisma biologikal memusnahkan enzim semula jadi.
– termasuk badan anda. Tenaga cahaya matahari • Selain daripada mendapatkan enzim daripada makanan
memasuki sel badan melalui makanan dalam bentuk segar dan mentah, anda juga dapat merangsangkan
biofoton. Ia mempunyai maklumat bio penting yang pengeluaran enzim badan dengan mengunyah. Semasa
berfungsi mengawal proses-proses kompleks dalam anda mengunyah, isyarat akan dihantar dari otak ke
badan. Biofoton memainkan peranan dalam bahagian perut untuk menambahkan pengeluaran
meningkatkan vitaliti (tenaga) dalam organisma. enzim.
• Setiap organisma hidup memancarkan biofoton pada
kadar yang rendah (jarak gelombang cahaya antara Secara keseluruhannya, anda digalakkan untuk memilih
200 – 800 nanometer). Semakin tinggi kadar sel dan makan makanan yang segar dan mentah. Anda boleh
memancarkan tenaga cahaya ini, semakin berpotensi bermula dengan meningkatkan bilangan makanan segar dan
dan bertenaga pemindahan tenaga ini kepada individu mentah dalam diet anda secara beransur-ansur. Perlu diingat
yang memakannya. bahawa ia perlu dibersihkan dengan secukupnya sebelum
dimakan. Ia akan dapat membantu tubuh anda mengeluarkan
• Semakin banyak cahaya yang dapat disimpan dalam
lebih banyak enzim dan membekalkan zat-zat ’hidup’ yang
makanan, maka ia menjadi semakin berkhasiat. Sayur-
bertenaga dalam bentuk biofoton. Di samping itu, pastikan
sayuran dan buah-buahan segar yang ditanam secara
anda mengunyah makanan secukupnya dan mengambil masa
semulajadi adalah kaya dengan tenaga cahaya. Oleh
untuk menikmatinya!
itu, kapasiti untuk menyimpan biofoton merupakan
satu pengukuran untuk kualiti makanan.
Sumber: Dr. Mercola Natural Health newsletter, issue 1241
ruangan nccc JUN 09 > 7

Agensi
Pelancongan
Pelancongan merupakan salah satu daripada sektor industri
perkhidmatan yang pesat membangun dan merupakan sumber
pendapatan yang penting bagi kebanyakan negara. Di dalam
pasaran yang mencabar, terdapat pelbagai usaha oleh agensi-
agensi pelancongan untuk menarik minat bakal-bakal
pelancong dengan pelbagai bentuk promosi pakej
pelancongan dalam negara dan luar negara. Malangnya,
terdapat juga sebilangan mereka yang tidak beretika dan
menipu pengguna dengan tawaran-tawaran yang palsu
ataupun perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Secara umumnya, NCCC telah menerima empat jenis aduan mestilah sah, jujur, dan tidak mempunyai unsur penipuan.
yang berkaitan dengan agensi pelancongan, iaitu pembatalan Aduan mengenai pengiklanan juga boleh ditujukan kepada
pakej pada saat terakhir oleh agensi, caj tersembunyi (hidden Advertising Standards Authority Malaysia (ASAM) untuk
charges), pengendali pelancongan (tour operators) yang tidak menghentikan iklan tersebut.
profesional dan pengiklanan palsu. Seksyen 12(1) (a) & (b) dalam Akta Pelindungan Pengguna
1999 juga menyatakan bahawa seseorang itu bersalah jika
Pembatalan Pakej oleh agensi dia memberikan maklumat yang palsu dalam menjual sesuatu
produk atau perkhidmatan. Akta Perihal Perdagangan 1972
Terdapat kecenderungan yang kian meningkat dalam (Seksyen 15A) juga menegaskan peruntukan sama yang
kalangan agensi pelancongan untuk membatalkan pakej pada membolehkan seseorang itu disabit kesalahan jika dia sengaja
saat-saat terakhir sebelum bertolak. Alasan biasa yang diberi memberikan maklumat yang palsu dalam menjalankan urusan
oleh agensi adalah bilangan peserta pakej yang tidak perdagangan.
mencukupi. Walaupun wang dikembalikan, namun para
pengguna tetap berasa kecewa kerana kehilangan peluang Pengendali pelancongan yang tidak
bercuti yang telah dirancang dari awal lagi. profesional

Caj tersembunyi Masalah perkhidmatan agensi yang tidak profesional juga


merupakan antara rungutan dan aduan yang diterima daripada
Masalah caj tersembunyi timbul apabila agensi pengguna. Ramai pengguna mengadu bahawa agensi tidak
pelancongan tidak memaparkan syarat, terma dan kandungan memberikan maklumat yang lengkap. Begitu juga dengan
perjanjian pakej dengan jelas. Pengguna biasanya akan pengaturan pelan/pakej pelancongan yang tidak memuaskan.
mendapati terdapat penambahan dalam kos pakejnya pada Di bawah Seksyen 21 Akta Industri Pelancongan 1992,
saat terakhir. Ini menyebabkan mereka terpaksa membuat seseorang yang menyamar sebagai pemandu pelancong atau
pilihan sama ada untuk menambah wang atau membatalkan tidak mempunyai pengiktirafan yang sah boleh disabit
perjanjian. kesalahan denda sehingga RM7,000 atau penjara tidak
Bahagian 2 dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 jelas melebihi 2 tahun.
menyatakan bahawa tiada sebarang individu yang boleh NCCC menyarankan agar pengendali pelancongan yang
membuat perwakilan palsu mengenai sesuatu produk atau berlesen haruslah memberikan maklumat aktiviti perniagaan
perkhidmatan dengan hasrat menipu pengguna. mereka seperti harga pakej, jenis pakej dan syarat serta terma
pakej secara berkala kepada agensi kerajaan yang berkenaan
Pengiklanan palsu seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 15(2)(C) Akta Industri
Pelancongan 1992. Pengguna pula hendaklah berwaspada dan
Pengiklanan palsu tentang harga dan tawaran tidak mudah terpengaruh dengan tawaran harga pakej
perkhidmatan pakej merupakan salah satu kesalahan yang pelancongan yang murah dan menarik. Anda juga boleh
sering dilakukan oleh sesetengah agensi pelancongan. menyemak dengan Kementerian Pelancongan mengenai
Kebanyakan kes ini berlaku semasa pameran promosi perlesenan dan pendaftaran sah agensi-agensi pelancongan.
pelancongan besar-besaran seperti pameran MATTA. Dalam Kod
Artikel sumbangan Pusat Khidmat Aduan Nasional (NCCC)
Amalan Pengiklanan Malaysia (MCAP), semua jenis pengiklanan
8 < JUN 2009
kesihatan

Masalah
kelemumur

Kelemumur sebenarnya adalah masalah kulit kepala yang boleh dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar
dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar
dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada
memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa berlakunya masalah kelemumur.
minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak • Rambut dan kulit kepala yang berminyak
hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda
• Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan
mungkin perlu berjumpa pakar kulit.
sesetengah jenis lemak.
Ramai orang beranggapan bahawa kelemumur mempunyai • Masalah penyakit berkaitan neurologi.
kaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda
membasuh rambut. Sebenarnya anggapan ini tidak benar.
Kelemumur tetap akan berlaku walaupun anda bersyampu atau Punca
sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses • Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan
normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dan kulit berkeruping.
dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat
• Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit
berbanding masa yang sepatutnya.
bertanda kemerahan dan berminyak.

Punca sebenar kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara • Kurang bersyampu


umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan kulat (fungus) • Masalah kulit seperti psoriasis
dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Kulat itu menyebabkan • Ekzema pada kulit kepala
seseorang mengalami kelemumur. Kulat ini tinggal pada kulit • Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam
kepala. Bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan syampu rambut
sebarang masalah. Adakalanya apabila jumlahnya terlalu banyak
• Perubahan hormon
ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.
• Tekanan
• Masalah neurologi
Golongan berisiko alami kelemumur
Secara umumnya, kelemumur boleh ditangani dengan
syampu berubat dan kekerapan bersyampu. Namun, jika syampu
• Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan
tidak banyak membantu, anda mungkin perlu mendapatkan
sehingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka
khidmat nasihat daripada pakar kulit.
yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.
• Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur.
Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama Sumber: Arkib Berita Harian, Mayo Clinic
pengguna lestari JUN 09 > 9

Mengitar semula
barangan harian

Terdapat banyak barang kegunaan harian yang memberikan sewajarnya. Tiada


ancaman kepada alam sekitar jikalau terbiar di tapak p e r u n d a n g a n
pelupusan sampah (landfill). Kebanyakan barangan ini tidak sedemikian di
dikutip untuk dikitar semula oleh isi rumah. Ini menyebabkan Malaysia, dan oleh itu,
sampah kian bertimbunan di pusat pelupusan sampah tersebut bateri-bateri buangan
setiap hari. kita bertaburan di
Antara barangan yang terdapat di pusat pelupusan sampah tempat-tempat
yang sebenarnya boleh dikitar semula ialah: pembuangan sampah.
Walaupun terdapat
Mentol lampu segelintir barangan
Kebanyakan mentol lampu, sama ada jenis pijar kegunaan seharian yang susah untuk dikitar semula, terdapat
(incandescent), berpendafluor (fluorescent) ataupun juga sebilangan besar yang boleh diproses dan diguna semula
berpendafluor kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan oleh pengeluar. Antaranya adalah:
bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah
dan air bawah tanah. Sesetengah pengeluar menjalankan CD dan DVD
kempen mengambil semula daripada orang awam untuk Mengapa: CD dan DVD diperbuat
menukar mentol lama mereka kepada yang baru. Namun daripada plastik polikarbonat dan
aktiviti-aktiviti ini tidak dilaksanakan secara giat. Kilang- satu lapisan alumimium yang nipis
kilang yang mengkitar semula mentol lampu biasanya hanya yang boleh dikitar semula dan
menerima penghantaran dalam jumlah yang besar. diguna balik.
Di mana: Pusat pengambilan
Pen balik (buyback centres) Alam Flora
Pen sememangnya adalah barang yang banyak terdapat (www.alamflor a.com.my) d an
dalam setiap rumah. Pen biasanya diperbuat daripada Pertubuhan Amal Seri Sinar
campuran pelbagai jenis plastik. Oleh itu ini menyebabkan ia (www.recyclecharity.org)
sukar untuk dikitar semula. Saiznya yang kecil juga
menjadikannya tidak wajar dari segi ekonomi kecuali terdapat Alat-alat elektronik (komputer, TV, radio, dan
bekalan yang besar dan sentiasa ada. sebagainya)
Mengapa: Kebanyakan alat elektronik mengandungi logam
Bateri biasa dan plastik tidak boleh dibiodegradasi, malah sesetengahnya
Sesetengah bateri mengandungi logam berat seperti mempunyai bahan kimia berbahaya dan logam berat.
merkuri, plumbum, kadmium, dan nikel, yang boleh Di mana: Amanat Networking di Kota Kemuning, Selangor,
mencemarkan alam sekitar. Di sesetengah negara, pengeluar pusat pengambilan balik Alam Flora, dan Pertubuhan Amal
diwajibkan untuk mengambil balik bateri yang telah Seri Sinar.
digunakan untuk dikitar semula dan dibuang dengan
.. ke muka 12
10 < JUN 2009 standard

Keselamatan
di taman
permainan
kanak kanak
Bermain di taman permainan dan membuat aktiviti luar dan selamat. Mereka juga harus memastikan sama ada peralatan
sememangnya suatu perkara yang menyeronokkan dan boleh tersebut adalah sesuai mengikut umur kanak- kanak tersebut.
dikatakan sebagai aktiviti bersenam tidak formal untuk kanak-
kanak. Walaubagaimanapun, taman permainan kanak- kanak Ibu bapa dan orang dewasa harus menasihatkan kanak-
boleh menyebabkan bahaya dan risiko kecederaan sekiranya kanak tersebut supaya bermain dengan cara yang betul dan
keselamatan tidak dijaga. tidak menyalahgunakan atau bermain dengan cara yang
berbahaya. Mereka harus sedar bahawa kanak-kanak tidak
Peralatan di taman permainan yang rosak, tidak berkualiti, dapat mengagak jarak dengan betul kerana penglihatan
permukaan lantai yang tidak rata atau tidak bersesuaian, atau mereka tidak sebaik penglihatan orang dewasa. Kanak-kanak
sebarang perbuatan atau kelakuan yang menyalahi peraturan tidak dapat melihat bahaya yang disebabkan oleh sesuatu
yang ditetapkan boleh mengundang kecederaan atau aktiviti yang mereka lakukan. Oleh itu, menjadi
kemalangan kepada kanak-kanak. Kebanyakan kecederaan ini tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-
boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memberikan perhatian anak mereka.
dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka bermain. Berikut
merupakan beberapa ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan
kecederaan dan kemalangan di taman permainan. 2. Rekabentuk yang selamat di taman
permainan
1. Pengawasan ibu bapa
Faktor paling penting dalam menilai keselamatan di taman
Ibu bapa atau orang dewasa yang menemani kanak-kanak ke permainan adalah permukaan lantai yang selamat dan sesuai
taman permainan harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk jenis aktiviti, luas tempat bermain, pemeriksaan
dengan memastikan alat permainan yang ingin dimain oleh peralatan dan penyelenggaraan yang berterusan oleh pihak
kanak-kanak tersebut berada dalam keadaaan yang sempurna berkuasa.

Contoh kemalangan yang


boleh berlaku di taman
permainan sekiranya
taman permainan
tersebut dibina tidak
mengikut standard
keselamatan yang
ditetapkan. Pengawasan
ibu bapa juga adalah
perlu
standard JUN 09 > 11

3. Permukaan lantai 4. Kawasan dan keluasan tempat bermain


Permukaan lantai di bawah alat permainan seperti gelongsor Kawasan permainan untuk kanak-kanak haruslah tidak padat
di taman haruslah lembut dan tebal supaya apabila kanak- dan mempunyai keluasan yang sesuai. Sebagai contoh, tempat
kanak tersebut terjatuh, permukaan tersebut dapat menahan bermain seperti buaian haruslah diletakkan di tempat yang
impak tersebut dan mengurangkan kecederaan pada kanak- berasingan dan mempunyai keluasan yang cukup supaya buaian
kanak. tersebut tidak melanggar kanak-kanak lain yang sedang
bermain. Peralatan bermain seperti jongkang-jongket
mempunyai kawasan kecil dan sempit dan boleh menyebabkan
kecederaan sekiranya kanak-kanak meletakkan tangan atau
kaki di celah-celah terbuka.

Permukaan lantai seperti konkrit dan tar yang dicampur


dengan pasir adalah tidak sesuai. Permukaan lantai untuk
bermain haruslah bebas daripada takungan air, batu atau akar
pokok kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut
terpijak dan terjatuh.

Ibu bapa dan orang dewasa juga perlu memastikan bahawa


permukaan tersebut bebas daripada serpihan-serpihan
Contoh illustrasi yang diambil dari Malaysian Standard
berbahaya seperti kaca atau cebisan aluminum yang boleh
MS 966: PART 2: 2001 yang menetapkan ukuran dan berat
mencederakan kulit kanak-kanak. Kepingan getah atau tikar
yang sesuai untuk buaian di taman permainan.
yang dibuat daripada getah lebih sesuai dijadikan sebagai
permukaan lantai kerana ia adalah selamat dan amat sesuai
digunakan oleh orang yang berkerusi roda. Permukaan pasir
juga amat sesuai untuk kanak-kanak bermain kerana ia tidak
5. Pemeriksaan dan penyelenggaraan oleh
akan menyebabkan kecederaan dan tahan impak. pihak berkuasa dan pengilang

Pihak pembuat/pengilang perlu memberikan maklumat yang


lengkap mengenai cara penyelenggaraan kepada pihak
berkuasa. Menurut Standard Malaysia MS 966: PART 2: 2001,
pihak tersebut hendaklah menyatakan setiap langkah yang
Contoh gambar jelas menggunakan gambar sekiranya perlu untuk memudahkan
menunjukkan proses penyelenggaraan.
kecederaan yang
mungkin akan Setiap jenis permainan mempunyai tempoh
berlaku sekiranya penyelenggaraan yang berbeza. Pihak berkuasa yang
kanak-kanak bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan
bermain tanpa memainkan peranan penting dalam memastikan alat permainan
pengawasan ibu- di taman permainan adalah selamat dan berkualiti. Peralatan
bapa yang longgar, patah atau rosak hendakah dikeluarkan dengan
serta merta dari taman permainan. Bahagian yang diperbuat
daripada kayu haruslah dipastikan teguh dan tidak reput.

.. ke muka 12
12 < JUN 2009 standard
dari muka 11 ... dari muka 9 ...

Peralatan yang diperbuat daripada besi tidak berada dalam Perabot


keadaan yang berkarat. Pagar atau tembok harus dibina di Mengapa: Perabot yang
sekeliling taman permainan untuk mengelakkan kanak-kanak besar mengambil banyak
daripada berlari ke jalan raya. Permukaan lantai haruslah
tempat di tapak
sentiasa dipastikan tidak pecah atau retak. Taman permainan
pembuangan sampah, dan
juga haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tidak
jenis yang diperbuat
dicemari oleh sampah sarap.
daripada plastik tidak
boleh dibiodegredasikan.
6. Pelabelan
Di mana: Perubuhan Amal Seri Sinar boleh mengambil
perabot lama dari rumah anda untuk dijual semula
ataupun dikitar semula.

Karton minuman jenis Tetra Pak


Mengapa: Karton minuman jenis ini boleh diproses
menjadi kotak kadbod dan karton telur.
Di mana: Pusat pengambilan balik Alam Flora.

Beg plastik
M e n g a p a :
Penggunaan semula
dan kitar semula
beg plastik akan
mengurangkannya
dari bertimbun di
tapak pembuangan
sampah. Beg-beg
plastik juga boleh
tersebar ke lautan di
mana ianya mengancam kehidupan laut seperti penyu
yang menyangka ianya adalah makanan (seperti obor-
Pembuat/pengilang alat permainan di taman permainan perlu
obor).
melabel alat-alat tersebut dengan butiran – butiran berikut:
Di mana: Kebanyakan mereka yang mengkitar semula
• Nama dan alamat pengilang/pembuat yang berdaftar plastik hanya menerima beg plasik dalam bentuk pukal.
• Label atau tanda pengilang/pembuat Anda boleh menghubungi Malaysian Plastic
• Had untuk berat Manufacturers Associations (www.mpma.org.my) untuk
• Tahun permainan dihasilkan mengetahui bagaimana untuk menjalankan kempen
• Nombor dan tarikh MS 966: PART 2 : 2001 pengumpulan beg plastik di kawasan anda.

Keselamatan dan kebersihan taman permainan merupakan Telefon bimbit


tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan kanak- Mengapa: telefon bimbit dan aksesorinya
kanak itu sendiri. Ibu bapa harus menasihati anak-anak mereka mengandungi plastik dan logam seperti emas, perak,
supaya menjaga keselamatan, cara bermain yang selamat dan tembaga, besi, kromium, plublum dan nikel.
mengajar mereka supaya menjaga kebersihan taman permainan, Di mana: Integrated Nokia Kiosk di kedai Nokia di
Kanak-kanak yang diajar dari kecil juga akan menjadi The Gardens MidValley City, The Curve, Suria KLCC, dan
pengguna yang lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan
Giant Hypermarket Batu Caves. (www.nokia.com.my/
perbuatan negatif seperti vandalisma di taman permainan dan
nokia-care-kiosk). Kiosk tersebut menerima sebarang
kawasan lain.
jenis telefon bimbit dan aksesori seperti bateri, pengecas
Artikel sumbangan Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia bateri, headset, kabel, dan sebagainya.

Sumber: Arkib suratkhabar The Star

T ALIAN ADUAN PENGGUN


ADUAN PENGGUNAA BEB AS T OL : 1-800-886-800 SMS: 32255 E-ADU
BEBAS AN: http://e-aduan.kpdnkk.g
E-ADUAN: http://e-aduan.kpdnkk.goo v .m
.myy

You might also like