Contoh Format Baru Kertas Kerja

You might also like

You are on page 1of 6

LAMPIRAN 7

Rujukan kami : SKB.100-11/1/2( )

KERTAS CADANGAN
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SK BERTAM 2023

YBRs. Guru Besar


SK Bertam

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK BERTAM 2023


__________________________________________________________________________

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM

Hari Guru disambut setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru
dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi,
maka lahirlah generasi yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
memajukan negara Malaysia. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun
ini iaitu, “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” yang menyentuh peranan guru
dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi
baharu yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif penganjuran Sambutan Hari Guru peringkat SK Bertam ialah :

a. Meraikan guru-guru sempena Hari Guru pada 16 Mei.


b. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
c. Menitikberatkan peranan guru dalam membina kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.
d. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
e. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid SK
Bertam.
4.0 KUMPULAN SASAR

Semua murid prasekolah


Semua murid tahun 1 hingga 6
Semua guru dan kakitangan SK Bertam

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Maklumat Program

Tarikh : 21 Mei 2023


Hari : Ahad
Masa : 7:45 pagi sehingga 1:15 petang
Tempat : Dewan SK Bertam

5.2 Tentatif Program

Masa Perkara
8.00 pagi Perarakan masuk barisan pentadbir dan guru
8.15 pagi Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan
8.20 pagi Bacaan doa
8.25 pagi Ucapan Wakil Murid
8.30 pagi Ucapan Guru Besar
8.45 pagi Bacaan Perutusan Hari Guru
Ikrar Hari Guru
9.00 pagi
Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia
9.10 pagi Acara sukaneka di dewan
10.15 pagi Rehat
10.45 pagi Murid masuk ke Dewan Bertam
11.00 pagi Persembahan murid
11.45 pagi Persembahan guru mengikut kumpulan
12.30 tgh hari Penyampaian Hadiah dan Anugerah Hari Guru
Bersurai
12.45 tgh hari
Sesi pertukaran hadiah guru dan kakitangan
1.00 tgh hari Jamuan
6.0 JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SK BERTAM 2023

Penasihat : En. Baizuri Bin Makhtar (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Azri Bin Mat Jusoh (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Rusli Bin Mat (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Narizah Binti Yaacob (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha Kokurikulum : En. Noor Badrul Bariqi Bin Ibrahim
Penyelaras : En. Muhammad Hanif Bin Mohammad Khair

Ahli jawatankuasa pelaksana :

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas Tindakkan


1. Siaraya & - Menyediakan PA system En. Nur Huzaimi bin
fotografi dan memastikan PA Zakaria (K)
system berfungsi En. Nur Badrul Bariqi
sepanjang majlis bin Ibrahim En.
berlangsung. Muhammad Haffeezul
- Mengambil gambar Azwa bin Mohd
semasa majlis berlangsung Zulkifli
dari awal hingga akhir
unutk pelaporan dan
dokumentasi.
2. Juruacara - Menyediakan teks Pn Faten Amanina bt
pengacaraan majlis Ab Aziz
- Memastikan kelancaran
majlis berjalan dengan baik
dari awal hingga akhir.
3. Bacaan doa - Memilih dan melatih murid En. Hafizi bin Mohd
yang sesuai untuk bacaan Nor
doa
- Menyediakan teks bacaan
doa bagi kelancaran majlis.
4. Persiapan - Memastikan dewan dan En. Ismail bin Yakub
tempat dan tempat duduk murid dalam (K)
pentas keadaan bersih sebelum En. Mohd Razali bin
majlis berlangsung. Yaacob
- Menyusun atur kerusi, En. Mohd Nayri bin
meja dan pentas sebelum Ismail
majlis berlangsung. Pn. Faiza Haryati bt
- Mengemas dewan setelah Abu Bakar
selesai majlis. Pn. Azizah bt Ibrahim
Pn Kasnita bt
Kamaludin

5. Kawalan disiplin - Menyusun kedudukan murid- Pn. Wan Khairun


murid murid dengan baik semasa Nisa’ bt Wan Mohd
berada di dalam dewan. Aminuddin (K)
- Mengawal disiplin murid En. Wan Ahmad Razi
sepanjang majlis berlangsung. bin Wan Harun
- Mengawal pergerakan Pn. Nik Zuria binti
keluar masuk murid Ibrahim
supaya majlis berjalan Pn. Nur Fadzilah bt
dengan lancar. Abd Ghafar

6. Hadiah dan Sijil - Menyediakan hadiah dan sijil Pn. Rose Azrani bt
mengikut kuantiti yang Zaini (K)
diperlukan. Pn. Siti Azizah binti
- Mengurus pembahagian Ibrahim
hadiah semasa majlis Pn. Kartini bt Mohd
berlangsung dengan teratur Azman
Pn. Muhardiana bt
dan lancar.
Che Mat

7. Sukaneka / - Menyediakan peralatan dan En. Abdul Halim bin


Permainan bahan yang mencukupi bagi Mat Hanipi (K)
aktiviti sukaneka/ permainan En. Mohd Saidi bin
Hari Guru. Yasok
- Mengemas dan menyimpan En. Zuladi bin Mat
kembali alatan dan bahan Salleh
yang telah digunakan.
8. Persegaran - Menyediakan dan menyusun Pn. Noriah bt
atur tempat yang sesuai untuk Ismail(K)
jamuan. Cik Tuty Hidayati bt
- Mengurus jamuan makan Abdullah
kepada semua warga SK Pn. Mariam bt
Bertam. Yaacob
Pn. Suriani bt Mohd
Zawawi

9. Kebersihan - Menyediakan plastik sampah Pekerja swasta


dan tong sampah yang Pn. Noor Fadzilah bt
bertutup dengan cukup. Zainal Abidin
- Memastikan kebersihan Pn. Siti Aida binti
persekitaran dewan dan kantin Abdul Kadir
dalam keadaan baik sebelum, Pn. Hanisah bt Daud
Pn. Halimah bt Musa
semasa dan selepas majlis.
- Memastikan dewan dalam
keadaan bersih sebelum majlis
dilaksanakan.
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Anggaran perbelanjaan

Bil. Perkara Sumber kewangan Jumlah (RM)


1. Jamuan Sumbangan guru dan 450
(45 x RM10) kakitangan
2, Hadiah Hari Guru Sumbangan AJK PIBG 450
(9 x RM50)

Anugerah guru Rajin


Anugerah guru Penyayang
Anugerah guru Tegas
Anugerah guru Cantik
Anugerah guru Tampan
Anugerah guru Kelakar
Anugerah guru Ceria

Anugerah pakaian menepati


tema
- Lelaki
- perempuan
Jumlah keseluruhan (RM) 900

8.0 PENUTUP

Diharapkan program Sambutan Hari Guru yang dirancang ini dapat dijalankan dengan
lancar hasil muafakat semua warga Sekolah Kebangsaan Bertam demi menghargai
jasa, keringat dan pengorbanan warga guru. Semoga semangat kerjasama,
kebersamaan dan kekitaan akan membuahkan hasil yang baik kepada kecemerlangan
sekolah dan hubungan silaturahim antara satu sama lain terus terjalin dengan erat.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………. …………………………………………..
( MUHAMMAD HANIF B MOHAMMAD KHAIR) (MOHD AZRI B MAT JUSOH)
Penyelaras Sambutan Hari Guru, GPK Kokurikulum,
SK Bertam. SK Bertam.

LAMPIRAN 7
Rujukan kami : SKB.100-11/1/2( )

KERTAS CADANGAN
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SK BERTAM 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SK BERTAM 2023

ATAU

TIDAK MELULUSKAN KERTAS


CADANGAN SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SK BERTAM 2023

Ulasan : ……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….

Disahkan oleh :

…………………………………….
(BAIZURI BIN MAKHTAR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bertam,
Tarikh :

You might also like