You are on page 1of 2

RUJUKAN KAMI : UPM.K12.MTM18-19.

700-4/4/1/RT(03)
TARIKH : 15 APRIL 2019

Tuan Haji Mat Razi Abdulllah


Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia

Melalui dan Salinan;

Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas


Pengetua
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MELETAKKAN TABUNG DERMA DI MASJID UPM BAGI


PROGRAM RAMADAN TERAKHIR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas dengan
kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti
Putra Malaysia akan menganjurkan program Ramadan Terakhir. Butirannya adalah seperti
berikut :

Tarikh : 18 - 19 Mei 2019 (Sabtu - Ahad)


Tempat : Anjung Singgah, Kuala Lumpur & Masjid Baiti Mutaqin
Kariah, Sg. Timun, Negeri Sembilan
Aktiviti : a) Pengagihan juadah sahur kepada golongan
gelandangan di Anjung Singgah, Kuala Lumpur
b) Program gotong-royong menyediakan juadah berbuka
puasa dan memakmurkan persekitaran Masjid Baiti
Mutaqin, Sungai Timun, Negeri Sembilan
Target sumbangan : 200 Pek Iftar dan Moreh (RM10/pek)
50 Pek Barangan Dapur (RM 30/pek - Beras, susu,
gula dan tepung)[

3. Untuk makluman Tuan, tujuan program ini diadakan adalah untuk :

i. Memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti
kesukarelawan
ii. Mendedahkan para pelajar kepada perhubungan dan jalinan iaitu antara
pelajar dengan masyarakat kampung
iii. Mengasah kemahiran insaniah dalam diri pelajar
4. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati memohon pertimbangan
pihak Tuan bagi memberi kelulusan untuk pihak kami meletakkan tabung derma di Masjid
Universiti Putra Malaysia bermula 16 April 2019 hingga 15 Mei 2019 bagi tujuan
mendapatkan sumbangan pelaksanaan Program Ramadan Terakhir ini.

Keprihatinan dan pertimbangan pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERILMU BERBAKTI”

Yang menjalankan tugas,

(KHAIRUL AMIRIN KHAIRUDIN)


Pengarah
Ramadan Terakhir
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia
(013-4298675)

You might also like