You are on page 1of 2

Pengasas Melaka

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal
dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit.
Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah
gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum
keluarga dan pengikutnya.

Ada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh
Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi
Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya
sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur
rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana
merasakan dirinya tidak selamat.

Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam.
Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan
mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Keistimewaan Melaka
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama
Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya
ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin
monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk
mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan
dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan

You might also like