You are on page 1of 1

1.

Pada sekitar 20 Mei 2022 saya berhasrat membeli sebuah rumah di Jalan Kebun Sek 30
Shah Alam dari En. Harun Mohd. Lasim dengan persetujuan harga sebanyak RM500.000.
2. Pada awal Jun 2022 saya melantik Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners sebagai
peguamcara untuk mewakili saya didalam urusan jual beli ini.
3. Saya telah membuat bayaran sebanyak RM2000.00 sebagai fi guaman permulaan dan
RM50.000 sebagai deposit pembelian rumah tersebut pada 29 dan 30 Jun 2022.
4. Perjanjian jual beli di tandatangani pada 30 Jun 2022 di pejabat Tetuan Haida Mohd.
Fikah & Partners di Sek 23 Shah Alam dan di matikan setem pada 6 Julai 2022.
5. Berikutan dengan banyaknya masalah yang timbul dan keputusan Tetuan Haida Mohd.
Fikah & Partners menarik diri sebagai peguamcara urusan ini pada 16 Disember 2022,
saya pun menghantar surat kepada Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners untuk
menuntut kembali wang deposit sebanyak RM50.000 dan baki fi guaman sebanyak RM500
pada 28 Disember 2022.
6. Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners melalui peguam mereka Tetuan Rosenida,
Azlina, Hafidz and Co membalas surat saya pada 30 Disember 2022 menyatakan
keengganan mereka memulangkan wang tersebut dengan alasan yang tidak langsung
berkaitan dengan saya. Masalah yang timbul adalah di antara Tetuan Haida Mohd. Fikah
& Partners dengan penjual rumah tersebut.
7. Saya menghantar lagi surat kepada Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners melalui
peguam mereka pada 22 Febuari 2023 untuk MEMBATALKAN urusan jual beli ini dan
menuntut wang saya dikembalikan sebanyak RM50.500 seperti surat saya sebelum ini.
8. Selepas tempoh 7 hari yang saya berikan untuk dikembalikan wang tersebut tamat saya
terus membuat laporan polis ini sebelum membuat aduan ke Majlis Peguam Malaysia.
9. Sekian laporan saya ini.

You might also like