You are on page 1of 2

Teknologi

Tarikh: 1 julai 2023


Hari: Sabtu
Tempat: Pasir Gudang, johor bahru
Nama: Nur Alisha Binti Nor Anan

Kebelakangan ini, keluarga saya, amat kerap menggunakan teknologi. Teknologi dan gajet
telah mengubah cara hidup kami serta masyarakat di luar. Kelahiran gajet-gajet dan
teknologi seperti komputer , telefon bimbit dan tablet telah menerima impak yang besar
daripada setiap golongan manusia sama ada untuk kegunaan peribadi,kegunaan di rumah
atau organisasi syarikat . Kami sekeluarga menggunakan teknologi untuk berkomunikasi,
menyimpan, melindung, melihat, dan menghantar maklumat tanpa batasan waktu dan
tempat antara sesama kami. Teknologi juga ada kesan-kesan yang positif dan negatif
terhadap penggunanya. Adanya kesan positif dan negatif, ayah kami perlu mengajar saya
cara-cara untuk menggunakan gadget dengan betul supaya saya tidak akan salah guna
teknologi-teknologi pada zaman kini

Baru-baru ini, kakak amat gemar untuk memberi barang secara talian. Kakak amat gemar
untuk membeli barang-barang yang tidak mempunyai faedah, ayah tidak suka akan sikap
membazir kakak kebelakangan ini. Ayah dan ibu menasihati kakak supaya tidak membeli
barang-barangan yang tidak mempunyai faedah untuk mengelakkan pembaziran duit.
Membeli secara talian amat berbahaya kerana orang ramai boleh menipu kita secara talian.
Selain itu, mereka juga akan menjual barangan yang palsu seperti pakaian, alat hias, dan
lain-lain. Barang -barang yang dijual juga akan mempunyai kualiti yang rendah kerana kita
tidak dapat menyentuh dan merasa kerana kita hanya dapat melihat produk melalui
computer atau telefon pintar sahaja, kebanyakan gambar telah diedit oleh si penjual untuk
dijadikan lebih menarik. Apabila barangnya sudah sampai ke tangan pembeli warna dan
kualiti barang itu adalah amat berbeza berbanding dengan apa yang ada di talian.

Abang dan rakannya pula suka meluangkan masa dengan aplikasi di telefon pintar mereka.
Abang mempunyai masa lapang yang banyak tetapi abang juga tidak tahu cara untuk
meluangkan masa dengan betul. Penggunaan aplikasi di telefon , tablet atau komputer
perlulah mempunyai had masa, kerana tanpa sedar kita sudah membazirkan masa dengan
teknologi-teknologi yang tidak mempunyai sebarang faedah. Pada waktu lapang, kita boleh
membuat pelbagai jenis aktiviti selain daripada menggunakan gadget dan membuang
masa. Antara aktiviti-aktiviti riadah yang kita boleh lakukan pada waktu lapang ialah
berkebun, bersenam, dan lain -lain.
Kita perlulah menjadi seorang yang aktif dan sihat tubuh badannya. Jika kita selalu bermain
dengan gadget, kita akan mendapat satu kesan yang buruk seperti kerosakan mata. Telefon
bimbit mengeluarkan suatu jenis cahaya iaitu cahaya biru.
Cahaya biru boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius.

Saya dan ibu pula menggunakan teknologi untuk menambah ilmu masakan. Pada waktu
petang ataupun pada waktu hujung minggu. Kami berdua menghabiskan waktu bersama
dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak, mengemas rumah dan juga berkebun
di belakang rumah. Apabila kami sudah siap dengan aktiviti-aktiviti tersebut, kami berdua
berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Televisyen juga merupakan satu
teknologi yang hebat, ia dapat memberikan pelbagai hiburan dan ilmu pengetahuan. Pada
waktu malam kakak dan abang sedang membuat kerja sekolahnya. Mereka berdua
menggunakan satu teknologi yang hebat iaitu kalkulator. Kalkulator merupakan satu gadget
yang dapat memudahkan orang ramai membuat kerja matematik.
Konklusinya, tanpa sedar kita telah menggunakan gadget-gadget dan teknologi di dalam
kehidupan seharian. Mesin basuh, pengering rambut, televisyen, kereta dan lain-lain juga
merupakan satu teknologi yang kita gunakan.Kita perlulah menjaga waktu apabila kita
memegang telefon pintar, komputer dan juga tablet kerana gadget-gadget seperti itu boleh
melalaikan kita dengan tanpa sedar. Apabila kita bercakap tentang waktu, kita boleh
mengisi waktu lapang kita dengan pelbagai aktiviti seperti bersenam, berkebun dan juga
membaca buku.

( 542 patah perkataan)

You might also like