You are on page 1of 5

1.

PENDAHULUAN

Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar
cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus
dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah
merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar
yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan
sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul
(1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if
you aren’t there”. Maka, pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering
terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial seperti melepak, mencuri,
merokok, berpeleseran dan sebagainya.

2. RASIONAL
Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam
peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan
ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban
tahun. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut
menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana
walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik
pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan
mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan
dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu
kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.
3. MATLAMAT
Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan
kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang
kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana
remaja mudah terdedah dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke
sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar
yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam
bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.
4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
4.2 Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam
mengawal prestasi kehadiran pelajar.
4.3 Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka
ponteng.
4.4 Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu
kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
4.5 Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan
kokurikulum.

5. LAPORAN
Pada pagi Selasa , 20 March 2023, telah diadakan pelancaran program 'Jom Ke
Sekolah' bagi memupuk pelajar-pelajar datang ke sekolah dan mengurangkan
budaya ponteng sekolah.
6. PENUTUP Program ini berjaya mendapat sepenuh kerjasama daripada semua
pihak, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang.
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu
pelajar kita hari ini ke arah insan yang lebih berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam usaha menjayakan program ini.
-Lampiran -

You might also like