You are on page 1of 2

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai hasil kraf tangan

tempatan. Keunikan hasil kraf tangan Malaysia amat digemari oleh masyarakat
tempatan. Hal ini telah menyebabkan kraf tangan merupakan satu industri yang
berpotensi untuk dimajukan di Malaysia. Kemajuan dalam industri ini memberikan
pulangan yang lumayan kepada rakyat. Sebagai contoh, kraf tangan seperti
anyaman bakul, ukiran kayu, dan hasil tenunan boleh menjadi punca pendapatan.
Bukan itu sahaja, industri kraf tangan mampu menjana pendapatan pengusaḥa
produk kraf tangan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk memastikan
industri kraf tangan ini boleh dijalankan dan mendapat perhatian orang ramai.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak
untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia?

Antara usahanya ialah pihak kerajaan boleh mempromosikan kraf tangan


Malaysia ke luar negara. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat luar masih
belum mengenali kraf tangan negara kita. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh
mengadakan promosi secara besar-besaran melalui media massa dan bekerjasama
seperti aur dengan tebing dengan negara lain untuk menganjurkan pameran kraf
tangan di negara tersebut. Dengan itu, kraf tangan negara kita akan semakin
dikenali oleh pelancong asing. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
Ringkasnya, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan
industri kraf tangan negara kita.

Jika dilihat dari perspektif lain, hasilan kraf tangan yang kreatif dan unik
merupakan usaha yang penting. Hal ini demikian kerana pembeli tertarik untuk
membeli barangan yang terkini dan mengikut peredaran zaman. Oleh itu,
pengusaha harus sentiasa berfikir bagi menghasilkan kraf tangan yang menarik
dengan menggunakan bahan-bahan tempatan seperti cangkerang hidupan laut,
buluh dan buah kelapa. Contohnya, pengusaha barangan kraf tangan Sarawak
mempelbagaikan hasil kraf tangan dari rotan, anyaman dan peralatan hiasan
rumah. Tidak dapat dinafikan bahawa kreativiti pengusaha memberikan impak
yang besar dalam memajukan industri kraf tangan di Malaysia.

Seterusnya, sokongan masyarakat terhadap kraf tangan ciptaan oleh warga


tempatan juga tidak boleh diabaikan. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya
menghargai titik peluh dan kreativiti rakyat Malaysia dalam menghasilkan karya
semi yang unik. Contohnya, kita oleh menunjukkan perasaan kagum dan
menghargai barangan kraf tangan yang merupakan hasil karya terunik yang tidak
semua pihak dapat menghasilkannya. Dengan itu, masyarakat tidak memandang
enteng terhadap usaha memajukan industri kraf tangan serta memberikan sokongan
yang berterusan dapat menjadi industri kraf tangan negara kita semakin berjaya.
Konklusinya, masyarakat memainkan peranan yang amat penting dalam membantu
kemajuan industri kraf tangan di Malaysia.

Kesimpulannya, kraf tangan yang menjadi bimbang kebudayaan dan


kesenian masyarakat Malaysia perlu dipertahankan. Sehubungan dengan itu, semua
pihak perlu berganding bahu untuk memajukan industri kraf tangan negara.
Sokongan perlu daripada pelbagai pihak dapat memberi semangat kepada industri
kraf tangan negara dan seterusnya memajukan bidang kraf tangan negara. Bak kata
peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

You might also like