You are on page 1of 4

Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Tamil Daerah Klang

Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor


KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM/
AKTIVITI:
KURSUS PERSEDIAAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL / LANS KOPERAL
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DAERAH KLANG
TAHUN 2023
ANJURAN
MAJLIS GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DAERAH KLANG
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

1 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah
serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja
kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di pelbagai peringkat sama ada peringkat
sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Aktiviti perkhemahan ujian kenaikan pangkat Koperal / Lans koperal merupakan program
tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat KRS/TKRS dengan kerjasama PPD Klang. Walau
bagaimanapun perkhemahan ini tidak dapat dijalankan sejak tahun 2020 kerana negara kita dilanda
musibah Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kali terakhir perkhemahan ini
diadakan secara bersemuka adalah pada tahun 2019. Selepas tiga tahun tidak dijalankan secara
bersemuka, program ini adalah dilaksanakan secara bersemuka pada tahun ini.
Kita sedia maklum bahawa penglibatan muird-murid dari sekolah-sekolah Tamil di daerah ini
masih lagi pada tahap yang rendah. Pada tahun 2023 pula, Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil
Daerah Klang sangat komited untuk meningkatkan penglibatan murid- murid dalam aktiviti
kokurikrikulum terutamanya dalam Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).
Kursus ini dianjurkan sebagai persediaan kepada murid-murid dari sekolah-sekolah Tamil
Daerah Klang untuk mengenali dan membiasakan diri dengan pelbagai bentuk pengujian yang akan
dilaksanakan dalam Perkhemahan UKP TKRS kerana murid-murid ini tidak biasa dengan situasi
perkhemahan dan pengujian sebegini. Mereka yang layak berpeluang untuk menyandang jawatan
Koperal / Lans Koperal seterusnya menyertai UKP Sarjan TKRS yang bakal berlangsung di Daerah
Hulu Langat pada tahun ini.
2 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid sekolah;
2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada guru dan
jurulatih;
2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat; dan
2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti KRS dan TKRS.
2.5 Menyiapkan diri untuk menyertai Perkhemahan UKP TKRS tahun 2023.

3 KUMPULAN SASARAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 1 sekolah: 4 murid 56 murid
14 sekolah x 4 murid
2 Guru Pengiring 14 guru
3 Pelibatan barisan jurulatih KRS 4 orang
Jumlah : 74 orang

3 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

3.1 Perancangan & perbincangan Jawatankuasa Pelaksana


Tarikh : 19 Julai 2023, Rabu
Masa : 2.00 petang - 3.30 petang
Tempat : Secara Dalam Talian
Sasaran : Guru Penasihat TKRS sekolah-sekolah Tamil Daerah Klang
Link : meet.google.com/fxx-ggqe-efu

3.2 Kursus Persediaan Ujian Kenaikan Pangkat KOP/LANS KOP TKRS

i. Tarikh : 5 Ogos 2023 - Sabtu


ii. Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
iii. Tempat : SJKT Taman Sentosa, Klang

4 JAWATANKUASA KERJA

4.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Maimunah binti Mustafa


Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

En Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Sektor Pembangunan Murid

.Pengerusi : En. Suhaimi bin Samsudin


Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Timbalan Pengerusi 1 : En. Khalifi bin Ahmad
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Timbalan Pengerusi 2 : En, Mohd Rizal bin M E Abdul Salam


Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

4.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi 1 : Encik Thamilarasu a/l Subramaniam


YDP MGBT Klang
Guru Besar SJKT Taman Sentosa

Naib Pengerusi : Puan Sivagami a/p Govindasamy


Guru Besar SJKT Ladang Brafferton

Penyelaras : En. Arasu a/l Sekar


Kapten KRS, SJKT Ladang Brafferton

Setiausaha : Puan Sumathi a/p


SJKT Taman Sentosa

AJK : Guru Penasihat TKRS sekolah-sekolah Tamil

6 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber kewangan

Bil Kumpulan Wang Peruntukan Akaun Subsiadiari Jumlah


1
Jumlah

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan

Bil Perihal Barangan Kuantiti Harga / unit Anggaran Harga


1 Banner
2 Sijil Peserta
3 Sijil Jurulatih
4 Nota dan Fotostat
5 Buku Atur cara
6 Lain-lain
Jumlah
7 TENTATIF

Masa Aktiviti Tindakan


7.30 - 8.00 am Pendaftaran / Pembahagian Kumpulan / Sarapan AJK Pendaftaran /
AJK Makanan
8.00 – 9.00 am Kursus kaedah stesen Jurulatih TKRS /
Guru Penasihat
9.00 – 10.00 am Kursus kaedah stesen Jurulatih TKRS /
Guru Penasihat
10.00 – 11.00 am Kursus kaedah stesen Jurulatih TKRS /
Guru Penasihat
11.00 – 1.00 pm Kursus kaedah stesen Jurulatih TKRS /
Guru Penasihat
1.00 – 1.30 pm Majlis Perasmian Penutupan AJK Istiadat /
AJK Sijil
1.30 – 2.00 pm Makan tengah hari / Bersurai AJK Makanan

Masa Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4


(Tali-temali) (Kerohanian) (Ujian Bertulis) (Kawad Kaki)
8.00 – 9.00 am Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
9.00 – 10.00 am Kumpulan 3 Kumpulan 1 Kumpulan 2 Semua
10.00 – 11.00 am Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 1 Kumpulan

8 PENUTUP

Pelaksanaan program ini diharapkan akan memberikan manfaat dan ilmu kepada bakal peserta
Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat TKRS Tahun 2023.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………….. ………………………………………………….
KAPTEN KRS ARASU A/L SEKAR TUAN THAMILARASU A/L
Jurulatih Sekretariat KRS PPD Klang. SUBRAMANIAM YDP MGBT KLANG
Guru Besar SJKT Taman Sentosa, Klang

KERTAS CADANGAN
PROGRAM KURSUS PERSEDIAAN PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT
KOPERAL / LANS KOPERAL TKRS SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL 2023/2024
KEPUTUSAN

Meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM KURSUS PERSEDIAAN PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT
KOPERAL / LANS KOPERAL TKRS SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL 2023/2024

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM KURSUS PERSEDIAAN PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT
KOPERAL / LANS KOPERAL TKRS SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL 2023/2024

Ulasan: _

NAMA :
TARIKH :
JAWATAN :

You might also like