You are on page 1of 16

UNIVERSITI

TERBUKA

MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


NAMA : NURIKAH BIN BAKA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


NO IC : 700110-12-5531 TUTOR: AIN APAINAH YUNI PUSAT PEMBELAJARAN: IPGM KAMPUS GAYA SEMESTER MEI 2011

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT 3-9 10-14 15 16

01

PENGENALAN

02 KEPENTINGAN KOMSAS 03 04 KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

PENDAHULUAN Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan ,memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 ( Abdul Shukur 2000).Namun perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi, jasmani . Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu bidang Interpersonal,Bidang Maklumat dan Bidang Estetika. ( Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian,bidang kerjaya,dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka.Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami ,menguasai ,dan menghasilkan penulisan kreatif.Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu ( Komsas ) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Pelaksanan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini.Walau bagaimana sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam artikalnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain menulis,bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,haruslah wujud
3

perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih.Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi ( Cohen 1991). Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Ini kerana dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah

Rendah(PMR),Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan.Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan pemahaman.Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata,memberikan pendapat,menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik.Oleh itu dapat dilihat bahawa bahan sastera sememangnya penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana banyak faedah diperoleh daripada bahan-bahan tersebut. Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap perkataan.Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan komsas di kalangan pelajar.Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah,membuat keputusan,membuat inferens,mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat misalnya,telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa.Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulis-penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986),Carter dan Long (1991), Sage(1989),Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris.Mereka bersependapat bahawa nilai kesusateraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmantik.
4

Dengan kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang dikemukan tersebut diharapkan lebih banyak lagi kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut.Kajian-kajian berkaitan boleh dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa khususnya Bahasa Melayu bagi tujuan melihat keberkesanannyabuat apabila hasil perlaksanaan Komsas diuji buat pertama kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001 yang lepas.

KOMSAS Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.

Berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa umumnya guru Bahasa Melayu kurang memahami falsafah pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu. Sememangnya, komsas yang juga lebih dikenali sebagai s kecil adalah amat berbeza dengan S besar yang mewakili konsep kesusasteraan sebagai mata pelajaran atau yang mewakili konsep pendidikan Kesusasteraan Melayu sebenar, khususnya daripada segi matlamat, objektif pengajaran dan pembelajaran serta penilaian atau peperiksaan yang menggunakan kaedah dan metodologi yang tersendiri. Ada beberapa perkara yang mengelirukan mereka sehingga kajian yang dijalankan mendapati bahawa ada antara guru yang mengajar komsas dalam subjek Bahasa Melayu mengajarnya sama seperti mereka mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tulen. Malah, penyelidikan yang dijalankan mendapati mereka juga kurang yakin dan cekap dalam usaha mereka menjalankan tanggungjawab pengajaran komsas di sekolah.

Pertimbangan
5

Guru

Guru Bahasa Melayu mestilah mempunyai pengetahuan tentang komsas, di samping bersedia dengan segala perancangan, mental dan fizikal untuk melaksanakan tanggungjawab pengajaran di kelas. Tanpa persediaan yang betul oleh guru, kemungkinan objektif pengajarannya tidak tercapai sepenuhnya, lebih-lebih lagi untuk diaplikasikan dalam konteks yang sebenar dan pelbagai. Oleh itu, peranan guru adalah sangat besar. Malah, guru Bahasa Melayu bukan sahaja perlu menguasai ilmu yang berkaitan dengan bidang s kecil dan S besar, persejarahan, variasi bahasa dan gaya, strategi guru dalam pengajaran bahasa, di samping aspek bahasa yang lain tetapi mesti senantiasa peka dan berusaha ke arah merancang pengajaran dan pembelajaran yang baik sebelum tampil ke dalam bilik darjah dan memastikan bahawa teks-teks komsas yang ditetapkan bagi setiap tingkatan itu dapat dikuasai oleh setiap orang murid.. Hal ini bermakna guru bahasa yang dedikasi dan prihatin tahu bahawa tiada sesiapapun yang dikecualikan daripada menguasai komsas, dan menjadi tanggungjawabnya untuk memainkan peranannya agar dirinya bukan sahaja dapat memahami, mengenal pasti dan mampu untuk menyerapkan komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu tetapi juga mampu dan memiliki keterampilan untuk mengajar komsas dengan yakin dalam pelbagai keadaan, masa dan konteks.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005: 104) antara faktor yang menjadi sebab mengapa perlunya untuk mencapai fungsi penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik-bilik darjah harus diberi pertimbangan adalah kerana adanya teks kesusasteraan Melayu yang memiliki sifat-sifat yang negatif. Antaranya ialah:

i. Wujudnya karya kesusasteraan Melayu yang diklasifikasikan seperti yang berikut: a). Sebagai karya pop, iaitu karya yang mengejar sensasi mahajana semata-mata; b). Sebagai karya eotis, iaitu yang apabila dibaca boleh menghairah pembaca dan darah muda); dan

mengkhayalkan

c). Sebagai karya picisan, iaitu rendah mutu seninya. Karya yang sedemikian tidak sesuai untuk bacaan pelajar sekolah.

ii. Teks deviasi, iaitu ada teks yang digelar sebagai teks kesusasteraan kerana keseluruhan atau sebahagiannya terkandung unsur keindahan, iaitu estetik dan artistik. Hal ini kerana ada antara pengarang yang berusaha dan terdorong untuk mendapatkan unsur-unsur estetik dan artistik itu, lalu diusahakan apa sahaja seperti mengeksploitasikan dan memanipulasikan bahasa. Pengarang
6

sebegitu sanggup untuk melanggari hukum bahasa atau menjadikan ayat-ayat yang dibinanya itu bersifat tidak gramatis serta menyimpang tatabahasa dan rumus-rumus bahasa. Sifat yang sedemikian dalam bidang stilistik dikenali sebagai deviasi.

iii. Ada teks yang digolongkan sebagai karya kreatif memiliki sifat antimoral, antisosial, antiagama, anticerita dan perbagai anti. Karya-karya yang dihasil itu bersifat avant-garde dan sukar difahami oleh pembaca. Malahan, ada pembaca akan mendapati karya yang sedemikian sukar untuk dihayati isinya.

iv. Ada teks yang bentuk dan gaya bahasanya tidak sesuai untuk teks kesusasteraan Melayu. Hal ini kerana dalam penelitian stilistik yang telah dilakukan untuk melihat gaya individualisme, dan indiosinkrasi pengarang, ada bahasa pengarang yang tidak sesuai untuk pengajaran kerana adanya pengarang yang ingin mencapai individualisme itu sanggup melakukan deviasi sama ada penyimpangan bahasa atau penyimpangan terhadap norma bahasa. Lantaran itu timbullah polemik bahawa tidak semua bahasa pengarang itu sesuai untuk menghasilkan karya atau teks kesusasteraan (Abd. Rahman Hanafiah, 1990).

Di samping itu, kesedaran akan pentingnya penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid sekolah dan pelajar IPT memang sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada sebelum atau selepas semakan kurikulum Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu, digunakan untuk:

i. Membangkitkan minat dan kesedaran murid tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat, ii. Membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan atau kebitaraan mutu dan gaya bahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur atau sebagainya, iii. Meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks
7

kesusasteraan Melayu klasik dan moden waima yang berbentuk prosa mahupun puisi, iv. Memupuk dan membangkitkan minat membaca karya-karya lain, v. Memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami, vi. Menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat, dan vii. Menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan selok-belok bahasa Melayu yang lain.

Selain itu, bahan kesusasteraan Melayu yang diketengahkan itu memiliki unsur-unsur:

i. Kemoralan, kemotivasian dan keaspirasian, ii. Keindahan dan kekreatifan, iii. Kerasionalan dan kesaintifikan, iv. Kebitaraan dan keunikan, v. Keintelektualan dan keterampilan, vi. Keimanan dan kerohanian, vii. Keharmonian dan realiti kehidupan, viii. Keikhlasan dan bertanggungjawab, dan ix. Kepotensian dan kesejahteraan diri.

Dengan demikian, segala unsur yang bersifat positif itu amat bersesuaian untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, untuk pembinaan sahsiah dan memperkembang potensi muridmurid secara menyeluruh dan bersepadu. Unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang cuba diserapkan dalam pendidikan Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam membentuk budi pekerti yang mulia, jati diri, bertanggungjawab, dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan dan citra diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Hal seumpama itu pernah dijelaskan oleh para sarjana tempatan dan luar negara.

Selain itu, antara pandangan yang menarik tentang kepentingan kesusasteraan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah murid-murid berpeluang untuk membina nilai-nilai
8

murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Di samping itu, murid-murid yang gemar dan rajin membaca karya kesusasteraan Melayu atau yang selalu terdedah dengannya didapati lebih memahami maksud karya kesusasteraan Melayu yang dibacanya, khususnya tentang realiti kehidupan. Malahan, dengan membaca karya kesusasteraan Melayu mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu, lebih-lebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Bahkan, jika mereka selalu terdedah dengannya, mereka akan memperoleh wadah pemikiran, dan erti sebenar sesuatu karya kesusasteraan Melayu. Dengan demikian, individu yang membacanya akan timbul perasaan seronok akan sesuatu karya itu. Kesukaan dan kecintaan yang mendalam terhadap karya kesusasteraan Melayu menjadi punca utama baginya untuk membaca karya-karya kesusasteraan Melayu lain seterusnya.

KEPENTINGAN KOMSAS BAGI MEMBENTUK JATI DIRI BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA. Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen Diari Seorang Pengawas memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu role model yang wajar bagi seorang murid yang menjadi pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50). Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan.

Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Di
10

Ruang Gemanya yang dinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Kerusi, 2002: 13). Di bawah ini dipetik rangkap-rangkap sajak tersebut.

Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang ke hujung kenang. Sesudah itu tidak kukenal lagi hampa dan derita di guruh pagi.

Gerimis senja guru pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya. (Kerusi, 2002: 22) Sebagai contoh, yang kedua ini ialah sajak Negeri Cinta yang mengemukakan tema patriotik yang berjaya mengungkapkan aspirasi dan cita-cita murni penyair untuk mewujudkan perpaduan negara. Dengan nada yang puitis, penyair menyatakan:

11

Malaysia negeri alam dunia sebelah sini negeri impian, negeri gemerlapan lindungilah dari keganasan-keganasan modenisasi negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan.

(Sehijau Warna Daun, 2002: 11)

Oleh itu, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid, sekiranya murid dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malah, dengan demikian akan meningkatlah rasa cinta mereka kepada tanah air.

Satu perkara lagi yang penting dan menariknya tentang kesusasteraan Melayu dalam pendidikan Bahasa Melayu yang dikenali sebagai s kecil yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah kerana kesusasteraan Melayu dapat membantu melahirkan manusia yang mempunyai sifat-sifat yang mulia. Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.

Pertimbangan utama dalam kehidupan bermasyarakat ialah soal sejauh manakah


12

seseorang itu dapat mengutamakan nilai-nilai murni dalam tindak-tanduk, perancangan, dan keputusan-keputusannya dalam kehidupan. Sebagai contoh seorang individu Muslim sentiasa dipandu oleh nilai-nilai yang sesuai dengan kepercayaan akidah dan akhlak Islam. Demikianlah halnya dengan yang lain yang sebahagian besar daripada mereka, terutama yang berpegang kepada agama akan melihat nilai-nilai yang positif, seperti menghormati hak-hak manusia lain dan menghargai sebarang hal yang secara universalnya diterima sebagai baik dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. Malahan, Islam memaparkan nilai-nilai murni yang diterima sebagai bersesuaian dengan semua agama di dunia.

Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang-kadang, proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya kepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku-buku bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanya kurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang berminat dengan karya-karya yang bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.

13

Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karyakarya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan ketinggalan zaman. Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerima perubahan. Dengan memahami situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya. Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni, falsafah, sejarah, peradaban, atau agama, bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

14

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah mahupun sekolah rendah bukan sahaja mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untuk melahirkan murid yang memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Di samping itu, perkara yang tidak kurang pentingnya ialah peranan kesusasteraan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan dan akhirnya menjurus kepada pembentukan jati diri sebagai bangsa Malaysia yang Berjaya. Selain itu, bahasa Melayu yang mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi itu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan kebitaraan, kerasionalan, keintelektualan, kekreatifan, kesaintifikan, dan kerohanian rakyat.

3,173 patah perkataan

15

BIBLIOGRAFI

Mohd Rasdi bin Samah (Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah) Jabatan Pengajian Melayu ,Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir ( Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu) Fakulti Bahasa,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr. Nadzeri Isa ( Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu ) Open University Malaysia.

16

You might also like