You are on page 1of 13

PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI MURID TINGKATAN 4


TAHUN 2022/2023
___________________________________________________________________
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
[30 markah]
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Tema / Tugasan

 Karangan menepati tema bahan rangsangan / tugasan.

Idea

 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan / tugasan.


 Huraian jelas dan matang.

Bahasa

26 – 30 • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.


• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Cemerlang
(28 – 30) • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
• Penggunaan *ungkapan menarik yang sesuai dan tepat.
(26 – 27) • Ejaan yang betul mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
• Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

Pengolahan

• Pengolahan menarik dan berkesan.


• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
• Wacana lengkap.
• Pemerengganan sesuai.

*Ungkapan menarik: peribahasa, pantun, cogan kata,


frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan
hadis, maksud ayat al-Quran dan lain-lain

Tema / Tugasan
20 – 25
• Karangan menepati tema bahan rangsangan / tugasan.
Kepujian (23 – 25)
Idea
(20 – 22)
• Idea relevan dengan tema bahan rangsangan / tugasan.
• Huraian jelas.

2
Bahasa

• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.


• Penggunaan kosa kata luas.
• Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
• Ejaan yang betul mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
• Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

Pengolahan

• Pengolahan menarik.
• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
• Wacana lengkap.
• Pemerengganan sesuai.

Tema / Tugasan

• Karangan masih menepati tema bahan rangsangan /


tugasan.

Idea

• Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan /


tugasan.
• Huraian masih jelas.

Bahasa
15 – 19 • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
• Penggunaan kosa kata masih luas / terhad.
Memuaskan (17 – 19)
• Unsur bahasa yang digunakan masih bervariasi.
• Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi
(15 – 16)
terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
• Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.

Pengolahan

• Pengolahan masih menarik.


• Laras bahasa masih sesuai mengikut tugasan.
• Wacana masih lengkap.
• Pemerengganan masih sesuai.

3
Tema / Tugasan

• Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan /


tugasan.

Idea

• Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan /


tugasan.
• Huraian kurang jelas.
10 – 14
Penguasaan Bahasa
(12 – 14)
minimum • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.
(10 – 11)
• Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.
• Penggunaan kosa kata terhad.
• Unsur bahasa yang digunakan kurang bervariasi.
• Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi
terdapat kesalahan ejaan yang ketara.

Pengolahan

• Pengolahan kurang menarik.


• Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan.
• Wacana kurang lengkap.
Pemerengganan kurang sesuai.

Tidak 1–9
mencapai • Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
tahap (6 – 9) • Idea tidak menepati tema bahan rangsangan / tugasan
penguasaan • Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
minimum (1 – 5)
(TMT)

4
Bahagian B : Karangan Respons Terbuka
[70 markah]

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Tema / Tugasan

 Karangan menjawab tugasan.

Idea

 Idea relevan mengikut tugasan.


 Huraian jelas dan matang.
 Contoh yang sesuai.

64 – 70 Bahasa

Cemerlang • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis.


(68 – 70)
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
(64 – 67)
• Ejaan dan tanda baca yang betul.
• Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
• Gaya bahasa amat menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan kata atau frasa.

Pengolahan

• Pengolahan sangat menarik dan berkesan.


• Pemerengganan yang sesuai.
• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang jelas antara perenggan.
• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

Tema / Tugasan

55 – 63 • Karangan menjawab tugasan

Kepujian (59 – 63)


Idea
(55 – 58) • Idea relevan mengikut tugasan.
• Huraian jelas.
• Contoh yang sesuai.

5
Bahasa

• Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis tetapi


terdapat kesalahan yang minimum.
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
• Ejaan dan tanda baca yang betul.
• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan kata atau frasa.

Pengolahan

• Pengolahan menarik dan berkesan.


• Pemerengganan yang sesuai.
• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang jelas antara perenggan.
• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
Tema / Tugasan

• Karangan masih menjawab tugasan.


Idea

• Idea masih relevan mengikut tugasan.


• Huraian masih jelas.
• Contoh masih sesuai.
Bahasa
45 – 54 • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum.
Baik (50 – 54)
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
(45 – 49) • Penggunaan kosa kata umum.
• Ejaan dan tanda baca masih betul.
• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan kurang berkesan.
Pengolahan

• Pengolahan masih menarik dan berkesan


• Pemerengganan masih sesuai.
• Wacana masih lengkap.
• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

6
Tema / Tugasan

• Karangan masih / kurang menjawab tugasan.

Idea

• Idea masih relevan mengikut tugasan.


• Huraian kurang jelas.
• Contoh kurang sesuai.

Bahasa

35 – 44 • Ayat kurang gramatis.


• Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad.
Memuaskan (40 – 44) • Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
(35 – 39) • Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan
yang minimum.
• Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
• Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

Pengolahan

• Pengolahan kurang menarik.


• Pemerengganan kurang sesuai.
• Wacana masih / kurang lengkap.
• Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan.

Tema / Tugasan

• Karangan kurang menjawab tugasan.

Idea

• Idea masih relevan mengikut tugasan / bercampur


21 – 34 aduk.
• Huraian tidak jelas / tidak berkembang.
Penguasaan (28 – 34) • Contoh yang tidak sesuai.
minimum
(21 – 27) Bahasa

• Ayat yang tidak gramatis tetapi masih difahami.


• Penggunaan kata kurang tepat.
• Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
• Penggunaan unsur bahasa tidak bervariasi.
• Gaya bahasa lemah dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan.

7
Pengolahan

• Pengolahan tidak menarik.


• Pemerengganan tidak sesuai / tidak seimbang.
• Wacana tidak lengkap.

 Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.


 Idea tidak relevan / bercampur aduk dan huraian tidak
jelas / tidak berkembang serta contoh tidak sesuai.
Tidak 1 – 20  Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan
mencapai ayat yang tidak gramatis.
tahap (11 – 20)
 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
penguasaan  Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
minimum (1 – 10)
penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.
 Pengolahan tidak menarik.
 Pemerengganan tidak sesuai dan tidak seimbang.
 Wacana tidak lengkap.

Pemeriksa hendaklah memberi komen pada karangan yang diperiksa.


Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi
____________ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)
// = Kesalahan ejaan yang berulang
= Kesalahan tanda baca

8
SOALAN BAHAGIAN A (30 markah)

BAHAGIAN A : Produk kraf tangan.

Maklumat di bawah berkaitan dengan produk kraf tangan.

Huraikan pendapat anda tentang usaha – usaha mempopularkan produk kraf tangan.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Kehendak tugasan soalan

i. Calon perlu menghuraikan usaha – usaha mempopularkan produk kraf tangan.


ii. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan seperti di
bawah:
- Hari Kraf Kebangsaan
- Lawatan ke Muzium Kraf
- Martabat seni warisan, kraf tangan

iii. Calon perlu menyentuh semua bahan sama ada sebagai idea utama, idea
sampingan atau contoh.
iv. Sekiranya calon menyentuh semua bahan dan menambah idea lain berkaitan
sambutan perayaan di Malaysia – diterima dan diperiksa seperti biasa.
v. Jika calon tidak menyentuh semua bahan – maksimum peringkat kepujian.
vi. Calon yang menulis melebihi 210 patah perkataan atau hingga ayat terakhir -
maksimum peringkat kepujian.
vii. Sekiranya calon menulis kurang daripada 140 patah perkataan - maksimum
peringkat memuaskan.
viii. Format : Tiada format

9
SOALAN BAHAGIAN B : 70 MARKAH

Soalan 1
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama
golongan belia dalam mempersiapkan diri mereka untuk masa depan. TVET telah terbukti
mampu melahirkan individu berkemahiran, lebih berdikari dan dapat menyesuaikan diri
dalam suasana kerjaya yang mencabar.

Sumber : Utusan Malaysia , 15 Julai 2021

Berdasarkan penyataan di atas, huraikan kebaikan-kebaikan bidang ini kepada golongan


belia.

Kehendak tugasan soalan

1. FORMAT- tiada
2. Calon dikehendaki menghuraikan kebaikan-kebaikan bidang Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti yang terdapat dalam petikan iaitu:
i. Melahirkan individu berkemahiran
ii. Melahirkan individu yang lebih berdikari
iii. Melahirkan individu yang dapat menyesuaikan diri dalam suasana kerjaya yang
mencabar.
iv. Cara belajar TVET tidak membosankan. Malah mendedahkan penggunaan teknologi
dengan meluas sewaktu kuliah.
v. Mereka yang tergolong dalam bidang TVET kebiasaannya gemar mencuba sesuatu
yang baharu.

Kemungkinan jawapan calon

1. Calon menghuraikan idea dalam petikan dan idea-idea lain – terima seperti biasa.
2. Calon menghuraikan idea lain tanpa menyentuh idea dalam petikan – Maksimum
peringkat kepujian.

10
Soalan 2
Untuk memantapkan keluaran produk makanan tradisional, kebanyakan syarikat tempatan
perlu mempelbagaikan jenis produk makanan sedia ada. Pelbagai produk makanan
tradisional boleh didapati pada hari ini seperti dodol, karipap dan muruku. Produk yang
dihasilkan juga perlulah mengikut cita rasa masyarakat masa ini di samping mengekalkan
kualitinya.
Dipetik dan diubah suai daripada Internet (Usahawan.com)

Petikan di atas menerangkan maklumat berkaitan produk makanan tradisional.


Huraikan usaha-usaha memajukan produk makanan tersebut.

Kehendak tugasan soalan

1. FORMAT- tiada

2. Calon dikehendaki menghuraikan usaha-usaha memajukan produk makanan tradisional

i. Mempelbagaikan jenis produk makanan sedia ada.


ii. Produk yang dihasilkan juga perlulah mengikut cita rasa masyarakat masa ini.
iii. Mengekalkan kualiti produk makanan tradisional.

3. Cadangan isi lain.

i. Penawaran pembiayaan, geran dan pinjaman.


ii. Pengalihan teknologi pembuatan daripada tradisional kepada moden.
iii. Menyertai ekspo makanan dalam dan luar negari.

11
Soalan 3

Rumah boleh menjadi tempat yang selamat tetapi pelbagai kecederaan boleh berlaku jika
langkah keselamatan tidak diambil. Golongan kanak-kanak lebih terdedah kepada
kemalangan di rumah kerana struktur badan yang kecil dan sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh
itu, ibu bapa perlu mengambil pelbagai langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko ini.

Sumber : iProperty.com.my, Nur Sabihah, 26 Ogos 2021

Sebagai respons terhadap maklumat di atas, kemalangan yang melibatkan kanak-kanak


memerlukan langkah pencegahan yang sewajarnya daripada ibu bapa.

Bincangkan.

Kehendak tugasan soalan

1. FORMAT- tiada

2. Calon dikehendaki menghuraikan langkah pencegahan yang sewajarnya daripada ibu


bapa untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan kanak-kanak.

i. Ibu bapa memastikan peralatan elektrik dan benda tajam disimpan di tempat yang
tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
ii. Ibu bapa memastikan ruang yang berbahaya seperti bilik air sentiasa ditutup
pintunya demi keselamatan kanak-kanak.
iii. Ibu bapa memastikan persekitaran rumah bersih dan tersusun.
iv. Ibu bapa tidak meninggalkan kanak-kanak berseorangan di rumah tanpa
pengawasan orang dewasa.

12
Soalan 4

Sektor pertanian sering dikaitkan dengan golongan yang telah berumur dan kurang
berkemahiran. Generasi muda sewajarnya menjadi pelapis untuk memajukan sektor ini.
Namun kini golongan muda tidak begitu berminat untuk menceburi sektor ini kerana
pelbagai pandangan yang negatif.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian Online 8 November 2017

Berdasarkan petikan akhbar di atas, huraikan punca-punca generasi muda tidak


berminat untuk menceburi sektor pertanian.

Kehendak tugasan soalan

1. FORMAT- tiada

2. Calon dikehendaki menghuraikan punca-punca generasi muda tidak berminat untuk


menceburi sektor pertanian.

3. Cadangan isi :

i. Sektor pertanian dikatakan hanya sesuai oleh golongan yang berumur dan kurang
kemahiran.
ii. Golongan muda menganggap suasana kerja dalam sektor ini kotor, tidak selesa dan
memerlukan tenaga yang banyak.
iii. Golongan muda menganggap sektor ini sebagai pilihan terakhir.
iv. Golongan muda tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang
bidang pertanian.
v. Golongan muda berpendapat sektor ini tidak begitu sesuai dengan perkembangan
dunia hari.

13

You might also like