You are on page 1of 4

Ini adalah notifikasi rasmi daripada MTA.

Sila baca sepenuhnya dengan


teliti.

Salam sejahtera kepada semua calon Peperiksaan Asas Takaful (TBE).

Hubungi Admin TBE:


Mohon teks WhatsApp 03-22761294 atau email ke
tbeadmin@malaysiantakaful.com.my.
Panggilan telefon tidak digalakkan dan mungkin tidak dijawap
kerana jumlah panggilan yang diterima.

A. Semasa peperiksaan, sila pastikan perkara berikut ada: 


1. NRIC Asal
2. Slip Peperiksaan (Examination Slip)
3. Kalkulator yang tidak boleh diprogramkan – dilarang menggunakan kalkulator
telefon bimbit.
4. Telefon bimbit DAN komputer riba/desktop – pastikan bateri kedua-duanya dicas
sepenuhnya. Tablet (iPad, Surface, Galaxy Tab, etc.) tidak dibenarkan.
5. Browser mestilah GOOGLE Chrome atau MOZILLA Fox sahaja.
6. Sambungan internet yang kuat. Jangan guna hotspot kerana tidak stabil.

B. Panduan dan Peraturan untuk peperiksaan

1. Keperluan asas bagi memasuki peperiksaan online adalah:

a) Aplikasi peperiksaan hanya dapat diakses melalui komputer (desktop atau komputer
riba), tidak melalui Tablet (iPad, Surface, Galaxy Tab, etc.). Penggunaan komputer
pejabat berisiko terdapat halangan (firewalls) yang akan menggantung anda
daripada aplikasi peperiksaan.

b) Access boleh dicapai melalui browser (Firefox & Google Chrome sahaja).

c) Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi
yang mempunyai kemudahan capaian internet yang stabil dan persekitaran yang
tidak bising.

d) Muat turun aplikasi Zoom Cloud Meetings di Smartphone anda untuk video
conferencing ketika sesi peperiksaan online dijalankan.

e) Pastikan bateri smartphone dan komputer dalam keadaan penuh atau dicas ketika
peperiksaan berlangsung.

2. Peraturan ketika menjawab peperiksaan.

a) Calon dilarang berkomunikasi dengan individu lain ketika peperiksaan dijalankan.

b) Calon dilarang berbincang soalan atau meniru jawapan/soalan semasa peperiksaan.


c) Jika calon didapati melanggar peraturan peperiksaan, Admin TBE berhak untuk
membatalkan keputusan dan tindakan disiplin akan dikenakan terhadap calon
termasuk digantung daripada menduduki TBE selama 5 tahun.

d) Pengawas berhak untuk meminta calon menunjukkan pandangan 360° dari lokasi
peperiksaan dengan memusingkan kamera smartphone.

e) Sesi peperiksaan online ini akan dirakam sepanjang tempoh peperiksaan, sebagai
rujukan & bahan bukti apabila terdapat calon yang melanggar peraturan
peperiksaan.

AMARAN : Pengawas peperiksaan berhak untuk memberhentikan calon daripada


meneruskan sesi peperiksaan pada bila-bila masa sahaja sekiranya calon tidak
mengikut arahan pengawas peperiksaan yang diberikan.

3. Langkah-langkah memasuki peperiksaan online.

a) Klik link ZOOM meeting yang diberikan melalui smartphone. Link telah diberikan
dalam e-mel dan SMS. Host akan memulakan video conferencing 30 minit sebelum
waktu peperiksaan.

AMARAN : Pengawas peperiksaan berhak menghalang calon daripada mengambil


peperiksaan jika mereka lewat ke peperiksaan.

b) Mulakan video dan sambungkan audio/ Hubungi melalui audio peranti/ Hubungi
melalui internet. (Mute dan unmute apabila perlu)

c) Pengawas akan memanggil nama calon satu per satu untuk mengesahkan kehadiran
calon.

d) Melalui komputer, layari pautan peperiksaan dengan memasukkan no. IC dan no


pendaftran seperti yang dinyatakan di dalam slip peperiksaan TBE. Hanya calon yang
telah disahkan sahaja dapat memasuki aplikasi peperiksaan.

e) Tunggu arahan pengawas sebelum mula menjawab peperiksaan.

Link Sistem Peperiksaan Online TBE :

Pengawas di ruangan zoom akan memberitahu anda

(Masukkan IC dan registration ID seperti yang tertera di slip peperiksaan TBE)


PERTANYAAN UMUM

1. Peperiksaan online (secara atas talian) ini boleh diambil dimana-mana lokasi.

2. Calon boleh log masuk ke www.takafuleexam.com untuk mencetak/memuat turun Slip


Keputusan (Results Slip) mereka 48 jam selepas tarikh peperiksaan. Calon boleh
merujuk kepada panduan pengguna (user guide) untuk cara memuat turun Slip Keputusan.
Slip keputusan ini mencukupi untuk mendaftar sebagai ejen di mana-mana pengendali
takaful atau bank.

3. Segala rayuan perlu dihantar tidak lebih dari satu (1) bulan selepas tarikh peperiksaan.
TBE Admin tidak akan melayan sebarang pertikaian selepas satu (1) bulan dari tarikh
peperiksaan.

PERINGATAN PENTING

1. Hantar gambar sijil SPM dan Slip Peperiksaan anda kepada contact TBE seperti di atas

2. Link Zoom
a) Peperiksaan akan dijalankan di ruangan Zoom meeting.

b) E-mel mengandungi link zoom akan dihantar kepada anda 2 hari sebelum tarikh peperiksaan. E-mel
akan dihantar ke alamat e-mel yang anda gunakan semasa pendaftaran. Periksa email spam juga.

c) Sms akan dihantar kepada anda PADA WAKU PAGI TARIKH PEPERIKSAAN. Sms akan dihantar
dari nombor 66300. Sms akan dihantar ke nombor hp yang anda gunakan semasa pendaftaran..

d) TIADA LINK PEPERIKSAAN akan dihantar kepada anda. Link peperiksaan akan diberikan kepada
anda oleh pengawas di ruangan zoom. Link peperiksaan berubah setiap hari.

Penting :

a) Sila berada di ruangan zoom meeting 30 minit SEBELUM peperiksaan yang dijadualkan bermula.
Calon yang lewat TIDAK akan dibenarkan masuk ke ruangan zoom meeting.

b) Tidak ada id pengguna atau kata laluan yang diperlukan untuk memasuki ruangan zoom.
Sekiranya anda melihat permintaan untuk id pengguna, sila keluar dari zoom sepenuhnya dan klik
pautan sekali lagi.

c) Pengesahan calon akan dilakukan oleh pengawas SEBELUM calon dibenarkan untuk mengakses pautan
peperiksaan.

3. Menjadualkan semula peperiksaan


Sila rujuk "RESCHEDULE OF EXAM DATE" di halaman depan (sebelah kiri) laman web
www.takafuleexam.com

4. Buku Teks
Buku teks terdapat dalam BM, Inggeris dan Mandarin. Ia boleh dimuat turun dari laman web
www.takafuleexam.com. Sila rujuk panduan pengguna mengenai cara memuat turun buku teks.

5. Bahasa Peperiksaan
Peperiksaan dijalankan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Bahasa boleh ditukar ganti semasa
peperiksaan.

You might also like