You are on page 1of 10

Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI GURU 2023

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

ATURCARA TEKS MC
PENGUMUMAN AWAL Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada hadirin sekalian ke Kong


Kong Chalet Terapung bersempena Majlis Sambutan Hari
Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru Sekolah
Kebangsaan Taman Scientex bagi tahun 2023.

Hadirin yang dimuliakan,

Untuk melicinkan perjalanan majlis ini, izinkan saya


membacakan beberapa pengumuman penting:

1. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin untuk


mematikan atau menukarkan deringan telefon bimbit
masing-masing kepada mode senyap sebagai
menghormati majlis.
2. Hadirin juga diminta berada di tempat duduk masing-
masing sehingga majlis tamat.
3. Hadirin juga dijemput berdiri semasa perarakan masuk
dan keluar tetamu kehormat.

Segala Kerjasama hadirin sekalian, saya dahulukan dengan


ucapan terima kasih.

PERARAKAN Mengumumkan perarakan masuk,


MASUK GURU KE

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

DEWAN Yang berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman


Scientex, Encik Mohd Jaafar Bin Abdul Rahim, barisan
pentadbir, dengan diiringi Yang Dipertua PIBG, Puan
Masazlyza Binti Razli serta barisan jawatankuasa PIBG
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex masuk ke dewan.

SESI FOTOGRAFI Sebelum memulakan majlis, semua guru-guru diminta untuk


hadir ke pentas bagi sesi fotografi.

SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

1. Yang Berusaha Encik Mohd Jaafar Bin Abdul Rahim


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

2. Yang Dihormati Puan Masazlyza Binti Razli


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

3. Yang Dihormati Puan Amnah Binti Hj Md Noh


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

4. Yang Dihormati Encik Saimon Bin Haron


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

5. Yang Dihormati Encik Mohd Samsudin Bin Melan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

6. Yang Dihormati Puan Maizatul Azean Binti Zainal Abidin


Guru Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

7. Barisan Jawatankuasa PIBG


Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

8. Barisan guru Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

9. serta barisan anggota kumpulan pelaksana Sekolah


Kebangsaan Taman Scientex.

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh, salam


sejahtera.

UCAPAN ALU-
Terima kasih Yang Berusaha Tuan Guru Besar
ALUAN
PENGERUSI Terima kasih pentadbir-pentadbir cemerlang

MAJLIS Terima kasih guru-guru gemilang

Terima kasih rakan-rakan terbilang

Terima kasih kepada semua kerana sama-sama mewarnai

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

majlis gilang gemilang Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan


Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Taman Scientex
bagi tahun 2023.

Untuk makluman hadirin, tema sambutan Hari Guru pada


tahun ini ialah, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Al Fadhil
Ustaz Mohd Khaizir Bin Md Noh untuk memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan.
(Bacaan doa)

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN GB Hadirin yang dikasihi,

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Raya


Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru, majlis dengan

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohd


Jaaafar Bin Abdul Rahim untuk menyampaikan ucapan.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

(Ucapan GB)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan


Daripada guru besar insan budiman
Sekalung penghargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,


YDP PIBG
Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Taman Scientex, Puan Masazlyza Binti Razli. Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

.
Majlis mengucapkan terima kasih.

CABUTAN Hadirin sekalian,


BERTUAH 1
Bacaan doa telah dimulakan
Disusuli pula dengan ucapan

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

Sekarang, tibalah masa untuk cabutan


Siapakah yang bertuah, membawa hadiah untuk dibawa
pulang.

Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah.


Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan
_______________ diiringi __________________ untuk
membuat cabutan.
PENYAMPAIAN
Hadirin yang dimuliakan,
HADIAH DAN
Sebagai tanda ingatan kita
CENDERAHATI
Untuk guru yang tercinta
Anugerah dan penghargaan terus dicipta
Mengangkat memartabat insan mulia.

Sekarang, tibalah masa ke acara yang dituggu-tunggu, iaitu


sesi penyampaian hadiah kepada penerima anugerah khas
guru.

Bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput dan


mempersilakan,

Yang Berusaha Encik Mohd Jaaafar Bin Abdul Rahim,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Scientex untuk
menyampaikan anugerah khas guru.

Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin sekalian, terdapat 2 kategori


anugerah yang telah dipertandingkan di peringkat guru, iaitu
anugerah Guru Dedikasi dan Anugerah Guru Teamwork.
2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

Penerima anugerah ini dipilih berdasarkan undian tertinggi


daripada rakan-rakan guru sendiri.

Manakala terdapat 3 lagi kategori anugerah guru iaitu, Guru


Penyayang, Guru Sporting dan Guru Popular. Ketiga-tiga
anugerah ini dipilih berdasarkan undian yang telah dibuat
oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Scientex.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS GURU

(Pengumuman Anugerah Khas 1)


 Cikgu
 Cikgu

(Pengumuman Anugerah Khas 2)

 Cikgu
 Cikgu

(Pengumuman Anugerah Khas 3)

 Cikgu
 Cikgu

(Pengumuman Anugerah Khas 4)

 Cikgu
 Cikgu

(Pengumuman Anugerah Khas 5)

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

 Cikgu
 Cikgu

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan Guru


Besar, Encik Mohd Jaafar Bin Abdul Rahim menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dikasihi,


KUMPULAN
Awan bersua citra berkisah
GURU
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan guru menyusul pula

Majlis diteruskan dengan persembahan guru. Ayuh, sama-


sama kita saksikan persembahan yang akan disampaikan
oleh
Kumpulan _____________________________ .

Untuk itu, dipersilakan.

(Persembahan Guru)

Majlis mengucapkan terima kasih

CABUTAN Hadirin sekalian, sebelum majlis melabuhkan tirai, majlis


BERTUAH 2 diteruskan dengan acara cabutan bertuah.

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan


______________________ diiringi _________________
Untuk membuat cabutan.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


___________________________ atas penyampaian hadiah
cabutan bertuah itu tadi.
PENUTUP Sidang warga dewan yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka


berakhirlah sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan
Hari Guru Sekolah Kebangsaan Taman Scientex bagi tahun
2023.

Tiada kata secantik bahasa


Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang


terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada kali ini.

JAMUAN MAKAN
Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk
menikmati hidangan tengah hari yang telah disediakan,
Selamat menjamu selera

2023
Hari Guru 2023 | Siti Nabilah Binti Abdullah

1. Pn Ain binti Izhar - SIP + PPD Pasir Gudang


2. Pn Zaiton binti Ngah- SISC+ PPD Pasir Gudang
3. En Mohd Fauzi bin Saem - Penolong PPD Rendah dan Prasekolah PPD Pasir Gudang
4. En Mohd Haszam bin Mohd Husin - Pengerusi Persatuan Guru Besar Daerah Pasir Gudang. Guru Besar SK
Taman Cendana.
5. En Mohd Senin bin Kassim. GB SK Taman Bukit Dahlia.
6. En Abd Rashid bin Amat. GB SK Tamn Pasir Putih
7. En Yusri bin Zakariah. GB SK Bandar Seri Alam
8. En Asrol Faezal bin Ahmad. GB SK Kota Masai 3.
9. En Ahmad Jais bin Omar. GB SK Kota Masai 2.
10. En Mohd Suhaimi bin Suleiman. GB SK Pasir Gudang 4.

2023

You might also like