You are on page 1of 4

Kertas Kerja Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)


SJK (T) Ladang Holyrood,34100 Selama, Perak.

NAMA PROGRAM
- Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI)

ANJURAN
- Gabungan Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Malaysia, SJK
(T) Ladang Holyrood.

PENGENALAN
Dasar MBMMBI merupakan dasar yang menggantikan dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan utama
memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan utama
memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah Bahasa Ingeeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan
pelbagai ilmu untuk untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

RASIONAL
Program MBMMBI yang dirancang adalah untuk membantu murid bagi
meningkatkan penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa ini dengan baik. Program ini
secara langsung dan tidak langsung dapat mempraktikkan kedua-dua bahasa ini dalam
kehidupan seharian mereka.
OBJEKTIF
i. Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran seperti membaca,
menulis, dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.
ii. Meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.
iii. Menanamkan kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di samping tidak menolak
kepentingan Bahasa Inggeris.

TARIKH
- 16 Feb hingga 18 Feb 2015 (3 hari)
TEMPAT
- Bilik Pemulihan
KUMPULAN SASARAN
- Murid tahun 2
SUMBER
- Tenaga : Guru-guru SJK (T) Ladang Holyrood
- Kewangan : Pihak Sekolah

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MBMMBI

Pengerusi : PN.A.Kalai Arasi (Guru Besar)


Setiausaha : Cik.T.Moganavalli (Guru Bahasa Inggeris)
Bendahari : Pn.V.Kalai Vaani (Guru Bahasa Malaysia)
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn.Rohayu Binti Jamaluddin
2. Cik. Mala A/P Perumal
3. En.Mohd Zaini Bin Halim
4. En.Rajan

PROJEK UTAMA DAN PELAN TINDAKAN

Tarikh Masa Aktiviti


16 Feb 2015 (Isnin) 1.05 – 1.35 tengah hari Shahiba (BM)
Shahiba (BI)
17 Feb 2015 (Selasa) 1.05 – 1.35 tengah hari Bacalah Saya (BM)
Spell-It-Right (BI)
18 Feb 2015 (Rabu) 12.35 – 1.05 tengah hari Padankan aku (BM)
Fill It (BI)

STRATEGI PELAN TINDAKAN

Aktiviti Cara Pelaksanaan


1. Shahiba 1. Guru membekalkan dua set shahiba kepada murid-murid.
2. Murid-murid perlu membentuk perkataan-perkataan yang
mereka tahu atau dibelajari sebelum ini.
3. Masa yang diperuntukkan bagi aktiviti ini adalah selama 15
minit sahaja.
4. Guru akan memilih pemenang dengan menggira jumlah
perkataan yang banyak dibentuk oleh murid.
 Cara pelaksanaan bagi aktiviti Shahiba BM dan BI adalah
sama sahaja.
2. Bacalah Saya 1. Guru menyediakan teks bacaan dengan mengikut keupayaan
murid-murid.
2. Murid-murid mengeja dan membaca teks bacaan tersebut.
3. Sekiranya murid tidak dapat membaca teks bacaan tersebut,
guru akan membantu murid tersebut.
3. Spell-It-Right 1. Guru menyediakan beberapa gambar dan word cards.
2. Murid-murid padankan word card tersebut dengan gambar
yang betul.
3. Setelah itu, murid-murid perlu menyebut phoneme bagi
setiap abjad dan membaca perkataan itu.
4. Sekiranya murid tidak dapat menyebut phoneme, guru akan
membantu murid tersebut.
4. Padankan aku 1. Guru menyediakan beberapa gambar dan kad perkataan.
2. Murid-murid perlu memadankan gambar tersebut dengan kad
perkataan yang betul.
3. Selepas itu, murid-murid membaca perkataan tersebut dengan
kuat.
4. Guru memeriksa hasil kerja murid.
5. Fill it 1. Guru menyediakan satu lembaran kerja yang dipenuhi
dengan gambar-gambar dan perkataan.
2. Murid-murid perlu lengkapkan huruf-huruf yang tertinggal
dalam lembaran kerja tersebut.
3. Guru memeriksa lembaran kerja tersebut.
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Wang Jumlah (RM)


1 Kertas A4 8 X RM 0.20 2.60
2 Alat Tulis 2 X RM 1.00 2.00
3 Hadiah 2 X RM 5.00 10.00
Jumlah 14.60

PENILAIAN & TINDAKAN SUSULAN :


1. Pemerhatian
2. Pemeriksaan Latihan
3. Peperiksaan Pertengahan Tahun & Akhir Tahun

PENUTUP
Di harap Program MBMMBI ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………………… …..…………………
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (PN.A.KALAI ARASI)
Setiausaha Program MBMMBI, Guru Besar,
SJK (T) Ladang Holyrood. SJK (T) Ladang Holyrood.

You might also like