You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP

PROGRAM MENYEMAI SEMANGAT


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA SEMPENA BULAN
KEMERDEKAAN TAHUN 2023

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


(SEKOLAH MENENGAH)

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
PELAKSANAAN DIPERINGKAT DAERAH LMS
1. Dijalankan secara hantaran video sahaja. Sila muatnaik video tersebut
dalam youtube dahulu dan hantar link tersebut ke form pendaftaran.

2. Semua penyertaan di peringkat daerah akan diiktiraf sijil peringkat negeri.

3. Sebuah sekolah hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.

4. Tarikh akhir penghantaran peringkat daerah ialah pada 4 Julai 2023.

5. Link penghantaran ialah seperti berikut: https://forms.gle/YJvJcGDRCWzy2LjU7


6. Johan daerah akan bertanding secara bersemuka di peringkat negeri Perak
pada 11 Julai 2023.
1.0 PENGENALAN

1.1. Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua daripada
lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi
ideologi nasional yang wajib dihayati. Prinsip ini menekankan kepada
rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada dalam sanubari
rakyat terhadap Raja, begitu juga kesetiaan kepada negara.

1.2. Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau


persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan
akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat
atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk
suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau
kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai
intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar,
lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-
bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.
Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan
meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa yang indah dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah khasnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1. Memahami Institusi Diraja sebagai warisan negara


2.2. Memartabat dan memperkasakan Institusi Diraja di Malaysia
2.3. Meluaskan pengetahuan tentang Institusi Diraja terutamanya dari segi
kepentingan dan peranan Institusi Diraja dalam sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan di negara kita
2.4. Membina keyakinan diri dan memupuk semangat patriotisme
2.5. Menjana daya saing secara positif

2
3.0 PELAKSANAAN

3.1. Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat


Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (Johan) peringkat daerah
akan bertanding ke peringkat negeri.
3.2. Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Perak bersama-sama jawatankuasa pengelola
yang dilantik.
3.3. Tema pertandingan ialah “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”

4.0 KATEGORI

4.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah.


4.1.1. Sekolah Menengah : Tingkatan 1 hingga 5

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


negeri Perak. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.
5.2. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak
sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3. Jumlah murid yang terlibat dalam satu (1) pasukan mestilah terdiri
antara 15 hingga 21 orang sahaja (termasuk seorang konduktor).
Manakala dua (2) orang guru pembimbing atau jurulatih hendaklah
dilantik dalam kalangan guru. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi
tiga baris.
5.4. Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam. Penggunaan
aksesori dan solekan (yang bersesuaian) dibenarkan tetapi tiada
sebarang peruntukan markah diberikan. Hanya konduktor dibenarkan
memakai sarung tangan putih.

3
5.5. Pergerakan masuk ke pentas pertandingan tidak melibatkan sebarang
bentuk persembahan. Manakala pergerakan setempat sahaja
dibenarkan sepanjang persembahan. Hentakan kaki adalah dilarang.
5.6. Tempoh persembahan adalah 6 - 7 minit dikira berdasarkan ujaran
pertama sehingga ujuran terakhir atas pentas.
5.7. Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam. Penggunaan
aksesori dan solekan (yang bersesuaian) dibenarkan tetapi tiada
sebarang peruntukan markah diberikan. Hanya konduktor dibenarkan
memakai sarung tangan putih.
5.8. Skrip bicara berirama mestilah dilengkapi dengan tajuk. Format
penulisan skrip ditaip menggunakan font Arial , bersaiz 12 dan jarak
langkau 1.5 sahaja. Skrip yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam
bentuk portable document format (pdf) kepada kepada pihak penganjur
mengikut kaedah yang telah ditetapkan satu (1) minggu sebelum tarikh
pertandingan.
5.9. Skrip tidak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia seperti perkauman/
politik/ agama dan sensitiviti Institusi Diraja.
5.10. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku skrip dan
isi kandungannya. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai
sinopsis, kerangka cerita, segmen, dan nombor mengikut ujaran.
5.11. Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar
yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada
dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan.
5.12. Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi satu (1) minit sepanjang
persembahan.
5.13. Rakaman muzik dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup
persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.

4
6.0 ASPEK PEMARKAHAN
6.1. Penilaian adalah berdasarkan

6.1.1. Persembahan
6.1.1.1. Ujaran Persembahan 20 markah
6.1.1.2. Keseragaman Persembahan 20 markah
6.1.1.3. Tempo/ Rima/ Kesan Bunyi 20 markah
6.1.1.4. Bahasa 20 markah
6.1.1.5. Penghayatan 10 markah
6.1.1.6. Kreativiti 10 markah
Jumlah 100 markah

6.1.2. Skrip
6.1.2.1. Cerita 20 markah
6.1.2.2. Bahasa 20 markah
6.1.2.3. Tema/ Mesej 20 markah
6.1.2.4. Watak 20 markah
6.1.2.5. Kreativiti 10 markah
Jumlah 100 Markah

6.1.3. Konduktor
6.1.3.1. Keselarasan gerak tangan 20 markah
6.1.3.2. Mimik Muka 20 markah
6.1.3.3. Kawalan tempo 20 markah
6.1.3.4. Kepimpinan 20 markah
Jumlah 100 Markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1. Hakim dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.


7.2. Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
7.3. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5
8.0 HADIAH (peringkat negeri)

8.1. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan. Senarai pencapaian


yang diberikan adalah seperti berikut:
• Johan – Sijil Pencapaian dan piala iringan
• Naib Johan – Sijil Pencapaian dan piala iringan
• Tempat Ketiga – Sijil Pencapaian dan piala iringan
• Tempat Keempat – Sijil Pencapaian dan piala iringan
• Tempat kelima – Sijil Pencapaian dan piala iringan
• Skrip Terbaik – Sijil Pencapaian dan piala iringan
• Konduktor Terbaik – Sijil Pencapaian dan piala iringan

8.2. Johan, naib johan dan tempat ketiga juga akan menerima hadiah
wang tunai seperti berikut: (peringkat negeri)
8.2.1. Johan RM 1000
8.2.2. Naib Johan RM 800
8.2.3. Tempat Ketiga RM 600

9.0 TINDAKAN

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak berhak membatalkan penyertaan yang


melanggar perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

10.0 HAK MILIK RAKAMAN

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak berhak menyiarkan rakaman video


pertandingan dalam sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

6
11.0 HAL-HAL TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep atau sebarang
pengecualian kepada peraturan dan semua perkara lain yang tidak dijangka dan
isu-isu tentang penafsiran akan diputuskan oleh jawatankuasa penganjur
pertandingan.

You might also like