You are on page 1of 13

Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Bahasa Melayu

dalam Kalangan Murid Tahun 2 SJKC Pei Min

Nama : Chong Char Yien

No Matrik : J45790

Kursus/Program : BABM

Nama Pensyarah : Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram

1
SENARAI KANDUNGAN

BAB MUKA SURAT

2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 1

2.2 Teori Yang Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan 1

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid

2.3 Kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan 6

Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Murid

2.4 Kesimpulan 11

2
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan teori dan model yang berkaitan dengan tahap penguasaan

kemahiran menulis Bahasa Melayu dan kajian lepas yang berkaitan dengan tahap penguasaan

kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah.

2.2 Teori Yang Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Bahasa

Melayu Dalam Kalangan Murid

2.2.1 Teori Perkembangan Piaget

Konstruktivisme pada asasnya adalah teori yang berdasarkan pemerhatian dan kajian saintifik

tentang bagaimana orang belajar. Ia mengatakan bahawa orang membina pemahaman dan

pengetahuan mereka sendiri tentang dunia, melalui pengalaman dan mencerminkan

pengalaman tersebut. Apabila kita menghadapi sesuatu yang baru, kita perlu menyesuaikannya

dengan idea dan pengalaman terdahulu, mungkin mengubah apa yang kita percayai, atau

mungkin membuang maklumat baru sebagai tidak relevan. kami adalah pencipta aktif bagi

pengetahuan kami sendiri.

Piaget menegaskan bahawa teori pembelajaran konstruktivisme adalah proses mencari

teori atau pengetahuan yang dibina dari realiti bidang (Dahar, 1989: 159). Pandangan

konstruktivis yang lebih terkini mengenai kanak-kanak yang dikembangkan dari teori

pembelajaran kognitif Piaget menyatakan bahawa penguasaan bahasa atau kemahiran dpaat

dibina dalam minda seorang kanak-kanak dengan asimilasi mengikut skema beliau.

1
Konsep Piaget dapat disokong oleh teori pembelajaran konstruktivisme Bruner yang

telah menyatakan pembelajaran adalah suatu proses yang aktif di mana pembelajaran tersebut

dapat membentuk idea-idea baru berdasarkan pengetahuan terkini mereka dan pengetahuan

masa lalu mereka. Ini membolehkan pelajar menerapkan maklumat yang diberikan untuk

membina konsep baru mereka. Pelajar akan mengambil menggunakan pengalaman masa lalu

mereka untuk membantu mereka memahami apa yang mereka sedang belajar dan

menyelesaikan masalah supaya dapat membentuk pengetahuan baharu.

Teori pembelajaran konstruktivisme juga dibangunkan oleh Vygotsky. Ratumanan

(2004: 45) mengemukakan bahawa Pembelajaran Konstruktivisme Vygotsky berfokuskan

kepada dua idea utama. Pertama, pembangunan intelektual hanya boleh difahami apabila

dilihat dari konteks sejarah dan budaya pengalaman kanak-kanak. Kedua, pembangunan

bergantung kepada sistem isyarat yang merujuk kepada simbol-simbol yang dihasilkan supaya

dapat membantu orang berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah, oleh itu

perkembangan kognitif kanak-kanak memerlukan sistem komunikasi kebudayaan dan

pembelajaran menggunakan sistem ini untuk menyesuaikan diri dengan proses pemikiran diri.

Terdapat dua implikasi utama teori Pembelajaran Konstruktivisme Vygotsky dalam pendidikan.

Pertama, adalah perlu untuk menjalankan pembelajaran di kelas antara pelajar yang berlainan

dengan kebolehan yang berlainan supaya pelajar dapat berinteraksi dalam tugas-tugas yang

sukar dan menghasilkan strategi penyelesaian masalah yang berkesan di dalam bahagian

masing-masing. Kedua, pendekatan Vygotsky untuk pembelajaran menekankan menekankan

perancahan (scaffolding). Dengan scaffolding, murid dapat mengambil tanggungjawab untuk

pembelajarannya sendiri.

Di dalam bilik darjah, pembelajaran konstruktivisme dapat menunjukkan beberapa

amalan pengajaran yang berbeza. Dalam erti yang umum, ia biasanya bermaksud

menggalakkan pelajar menggunakan teknik aktif (eksperimen, penyelesaian masalah dunia

2
sebenar) untuk menguasai lebih banyak pengetahuan dan kemudian untuk merenung dan

bercakap tentang apa yang mereka lakukan dan bagaimana pemahaman mereka berubah. Guru

perlu memastikan pelajar memahami konsep-konsep sedia ada yang ada dan membimbing

murid untuk membina pengetahunan atau kemahiran baru secara aktif melalui aktiviti

penerokaan.

Menurut Rusmini (2012), teori konstruktivisme menekankan konsep pelajar menjadi

fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan

penemuan. Tahap penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah berkait rapat dengan

teori konstruktivisme kerana penggunaan teori Konstruktivisme dapat membantu murid untuk

menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Duffy

& Jonassen (2013), iaitu pelajar dapat belajar atau menerokai mencari maklumat yang

diperlukan, berbincang dengan rakan untuk membina pengetahuan atau kemahiran Bahasa

yang baharu dan mengolahkan sendiri untuk menjana pengetahuan serta menjadikannya lebih

bermakna dan kekal.

2.2.2 Teori Pembelajaran Fungsionalis

Teori fungsionalis berkembang dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan.

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi

strukturnya, malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Hal

ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

3
Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi :

i. Bahasa menyampaikan idea. kita berfikir dan mencuba berkongsi pandangan dan

pendapat dengan orang lain melalui bahasa atau penulisan. Secara umum ini

disebut sebagai fungsi kognitif.

ii. Bahasa menyampaikan maklumat. Bahasa mempunyai keupayaan untuk

menyampaikan maklumat mengenai penutur secara lisan atau bertulis. Apabila

seseorang itu bercakap atau menulis, sama ada dia suka atau tidak, secara tidak

disedarinya dia telahpun menyampaikan maklumat tentang dirinya.

iii. Bahasa menyampaikan penyertaaan kita dalam proses berkomunikasi. Hal ini

bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.

Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi perkara

yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan

untuk berkomunikasi. Dalam perkataan lain, kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada

perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu

berkomunikasi.

Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting, iaitu

a) Sistem bahasa yang digunakan pleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi

tidaklah merupakan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu

bertenaga dan terbuka.

b) Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan

hubungan-hubungan sintaksis.

c) Semasa bahasa itu dituturkan atau ditulis ada terdapat kepelbagaiaan di dalamnya.

Hal ini adalah kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu

keadaan dan sistem sosial.

4
d) Bahasa adalah sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan

menyatakan perasaan dan oleh sebab inilah ia bukan sahaja berfungsi sedemikian

tetapi juga dapat juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

Bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang

menghubungkan individu antara satu sama lain. Ia boleh menyampaikan maklumat yang dapat

memberi faedah kepada penuturnya. Dalam pembelajaran, bahasa dikatakan dapat memberi

pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan mahupun

dalam penulisan. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang betul agar

mereka dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.

Teori Pembelajaran Fungsionalis yang memberi penekanan kepada aspek fungsi bahasa

pula melahirkan pendekatan komunikatif (Awang Sariyan, 2004). Brown (2000) menjelaskan

bahawa pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek makna dalam konteks fungsi bahasa

yang melibatkan interaksi sosial antara penuturnya. Dell Hymes (disebut dalam Awang Sariyan,

2004) dan Richards (2001) menjelaskan bahawa pengajaran bahasa hendaklah menberi

penekanan kepada keupayaan komunikatif. Dalam hal ini, bagi mengajar bahasa, fungsi bahasa

dalam konteks dan situasi penggunaan yang sebenar hendaklah diberi keutamaan (Halliday,

1973; Littlewood, 1992).

Bagi menjadikan amalan pengajaran bahasa lebih bermakna, Brown (2001) mencirikan

pengajaran bahasa kepada enam ciri utama, iaitu (1) matlamat utama pengajaran bahasa ialah

penguasaan semua kecekapan komunikasi, (2) teknik pengajaran bahasa direka bentuk bagi

membolehkan pelajar belajar bahasa secara autentik dan menggunakannya berdasarkan fungsi

yang bermakna, (3) kelancaran dan ketepatan berbahasa saling melengkapi, namun kelancaran

lebih dipentingkan daripada ketetapan berbahasa, (4) tugasan yang diberikan kepada pelajar

hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan bahasa secara produktif dan

5
bebas, (5) pelajar diberi kebebasan untuk belajar bahasa mengikut gaya dan kemampuannya

sendiri, dan (6) guru berperanan sebagai fasilitator sahaja.

2.3 Kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Dalam

Kalangan Murid

Terdapat banyak kajian lepas yang telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan

kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Noor Zila Md. Yusuf (2015), masalah utama

kemahiran menulis terutama murid tahap 1 di SJK ialah responden didapati sukar untuk

membezakan huruf. Mereka tidak dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang hampir sama.

Selain itu, responden tidak memahami struktur bahasa Melayu. Oleh itu, mereka menyusun

ayat mereka tanpa mengira subjek atau predikat. Kajian tersebut juga mendapati dalam situasi

sebenar, masalah yang lebih kurang sama telah berlaku pada murid SJKC, iaitu tidak dapat

mengaplikasikan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Kajian tesebut dapat disokong

olehKajian Noor Zila Md Yusuf (2015) di mana merumuskan bahawa kebanyakan murid bukan

Melayu hanya menghafal rumus-rumus tatabahasa, karangan contoh dan tidak dapat menguasai

kemahiran menulis dan menghadapi masalah dalam mengaplikasikan kemahiran penulisan

mereka.

Hasil kajian Noor Zila Md. Yusuf (2015) dapat disokong oleh sebuah kajian yang

dijalankan oleh Chew Fong Peng (2016). Kajian Chew Fong Peng mendapati murid etnik

Cina lemah dalam kemahiran membaca dan juga menulis. Kajian ini jujga menyatakan

bahawa faktor-faktor yang mnyebabkan kelemahan murid dalam menguasai Bahasa Melayu

6
adalah kurang membaca buku atau bahan bacaan bahasa Melayu, faktor kebudayaan, pengaruh

rakan dan keluarga.

Terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh Nora’Azian Nahar(2020) untuk

mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu

dalam kalangan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK). Sebanyak 414 sampel kajian

yang dipilih dari lima sekolah SJK telah dipilih sebagai responden kajian. Keputusan Ujian

Kemahiran UPBM_SR telah menunjukkan bahawa 65.2% responden tidak menguasai

kemahiran menulis walaupun kemahiran membaca dan kemahiran menulis dilihat sebagai

mekanisme yang dapat meningkatkan asas linguistik murid.

Hasil kajian Nora’Azian Nahar(2020) dapat disokong oleh sebuah kajian yang

dijalankan oleh Zamri Mahamod (2021). Seramai 16 murid, iaitu 7 orang murid kaum Cina, 4

orang murid kaum India dan 5 orang murid kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Data

temu bual telah menunjukkan bahawa semua responden kajian ini mempunyai tahap

penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad.

Pada tahun 2021, Abdul Rasid Jamian telah menjalankan satu kajian yang melibatkan

161 murid sekolah rendah di luar bandar di Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak dapat

mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kajian ini adalah

berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi

maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiran membaca

dan menulis. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam

diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, antaranya

pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dankaedah pengajaran guru.

7
Terdapat juga satu kajian yang telah dijalankan oleh Siti Iwana Sharizah Abu Samah,

Rohaty Mohd Majzub dan Zamri Mahamod pada tahun 2016. Kajian ini dijalankan untuk

meneroka masalah penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid

prasekolah dan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru prasekolah pengajaran

penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan

teknik pengumpulan data melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan. Dapatan kajian

menunjukkan guru prasekolah kerap menggunakan aktiviti menyalin, latih tubi dan soal jawab

sebagai aktiviti utama dalam strategi pengajaran penulisan. Hal ini membuktikan guru-guru

prasekolah mempunyai masalah dalam pengajaran penulisan manakala murid terlalu terikat

dengan keperluan belajar membaca. Situasi ini boleh mewujudkan ketidakseimbangan dalam

literasi bahasa di peringkat prasekolah.

Pada tahun 2014, Suzanawaty telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti

tahap penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid di sekolah rendah. Kajian ini

dijalankan secara deskriptif berasaskan pendekatan kuantitatif. Hasil kajian telah menunjukkan

bahawa terdapat guru yang kurang yakin terhadap kebolehan murid untuk memperoleh isi

karangan dengan cara meneroka pengetahuan secara sendiri. Sikap guru yang sedemikian

menyebabkan kebanyakan isi karangan disediakan oleh guru sendiri. Dalam hal ini, guru lebih

berperanan sebagai pemberi maklumat berbanding usaha murid dalam menyenaraikan isi-isi

karangan. Oleh yang demikian, murid kurang mempunyai inisiatif untuk mencari jawapan atau

maklumat kerana semuanya telah diberikan oleh guru. Murid sudah terbiasa dengan pengajaran

guru yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan hal ini mengakibatkan murid sentiasa

bergantung kepada guru dalam kebanyakan proses pembelajaran. Akibatnya, murid-murid

tidak didedahkan kepada aktiviti berfikir yang sepatutnya dilalui semasa proses penulisan.

8
Pada tahun 2011, kajian Hong dan Zhuang telah menunjukkan tahap penulisan dalam

kalangan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina semakin menurun. Hasil kajian

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peratus murid yang mendapat skor A dalam

penulisan Bahasa Cina dalam ujian. Hong Li Fen dan Zhuang Hui Shan berpendapat bahawa

punca utama tahap penulisan menurun disebabkan oleh kekurangan isi kandungan, isi kurang

menarik, penggunaan kosa kata yang tidak tepat dan isi yang mengelirukan.

Pada tahun 2011, Haris Fadzilah Kassim telah menjalankan kajian di sebuah sekolah

pinggir kota raya Kuala Lumpur. Kajian tersebut mendapati masalah keputusan peperiksaan

penulisan dan lisan timbul disebabkan oleh cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas.

Kajian ini juga menyarankan bahawa faktor teknik guru menyumbang kepada kelemahan

penguasaan kemahiran menulis dan membaca.

Pada tahun 2015, Jumiya Binti Ahmad telah menjalankan satu kajian untuk mengkaji

tahap penguasaan bahasa Melayu murid Kensiu dan faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian mereka. Kajian ini telah melibatkan 36 murid Kensiu. Temu bual, pemerhatian dan

ujian telah digunakan sebagai instrumen pengumpulan data untuk memungut data daripada 10

orang murid Kensiu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu

murid Kensiu sangat lemah dan murid didapati sukar memahami sebutan guru dan masih tidak

mengenal huruf. Antara faktor yang dikenal pasti mempengaruhi pencapaian mereka ini ialah

pengaruh bahasa ibunda, sikap murid dan ibu bapa, identiti diri, perbezaan budaya,ekonomi,

gaya pembelajaran dan pengajaran, dan hubungan guru-murid.

Di samping itu, Indhumathy A/P Munusamy (2013) telah menjalankan satu kajian

bertujuan mengenal pasti faktor–faktor yang menyebabkan penguasaan bahasa Melayu yang

lemah di kalangan pelajar peralihan. Soal selidik dan ujian bertulis yang merangkumi ujian

penulisan, pembacaan dan pertuturan telah melibatkan 10 orang responden kajian. Hasil kajian

9
telah menunjukkan terdapat lima faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan penguasaan

kemahiran menulis, iaitu sikap pelajar, gangguan–gangguan yang dialami dan jenis kesilapan

yang dilakukan oleh pelajar peralihan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan

pelajar peralihan memang di tahap yang sederhana sahaja dan mereka memerlukan kaedah–

kaedah pengajaran yang baik dan sokongan dari pelbagai pihak

Menurut kajian Rohaida et al. (2020), faktor utama yang dapat mempengaruhi tahap

penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu adalah faktor ekonomi. Ini

merupakan faktor yang menyumbang kepada tahap pendidikan seseorang. Semua pendapatan

ibu bapa lebih kepada untuk menyara isi keluarga dan pembayaran pelbagai bil

demi,kelangsungan kehidupan. Akibatnya, ibu bapa B40 tidak memberi perhatian kepada

anak-anak mereka, termasuk dalam soal pendidikan.

Walaubagaimanapun, sebuah kajian yang dijalankan oleh Nur Shakirah Binti Azizan

pada tahun 2017 telah menunjukkan hasil yang berbentuk positif dari aspek tahap penguasaan

kemahiran literasi Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kajian ini adalah digunakan untuk

menganalisis tahap pencapaian membaca murid-murid dalam Saringan 1 dan Saringan 2

Literasi.. Seramai 103 murid telah menjadi sampel dalam kajian ini Hasil analisis data ujian

literasi telah menunjukkan tahap pemahaman bacaan murid-murid linus berada dalam kategori

baik.

Selepas meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tahap kemahiran menulis

dalam kalangan murid, instrumen kajian yang sering digunakna ialah ujian bertulis, temu bual,

soal selidik dan pemerhatian untuk menjalankan pengumpulan data, manakala kaedah ujian

bertulis, temu bual dan soal selidik paling banyak digunakan oleh pengkaji untuk mendapatr

data daripada responden kajian. Ini telah membuktikan bahawa ujian bertulis, temu bual dan

soal selidik adalah instrumen yang sesuai untuk digunakan untuk menjalankan proses

10
pemungutan data dalam penyelidikan yang berkaitan dengan tahap penguasaan kemahiran

menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah.

Bagi hasil kajian lepas yang berkaitan dengan penggunaan tahap penguasaan kemahiran

menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid, semua hasil kajian yang ditinjau adalah dalam

bentuk negatif, iaitu tahap penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan

murid berada pada tahap yang sederhana atau rendah.

2.4 Kesimpulan

Bab ini telah menyatakan secara terperinci tentang teori-teori yang berkaitan dengan tahap

penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid dan kajian-kajian lepas

yang berkait rapat dengan tajuk kajian. Kedua-dua bahagian ini adalah mustahak untuk

membolehkan pengkaji mendapat pengetahuan dan pengalaman dengan meninjau teori dan

kajian lepas. Tinjauan kajian lepas juga dapat memberi idea kepada pengkaji untuk

mengubahuai cara menjalankan kajian supaya mendapat hasil kajian dan mempunyai kesahan

dan kebolehpercayaan yang tinggi. .

11

You might also like