You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

MODUL PENDIDIKAN UMUM –


PENGAJIAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

KURSUS/ COURSE MODUL PENDIDIKAN UMUM – PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ 01 - SEJARAH DAN POLITIK


MODULE NO. AND TITLE 1.2 KEMERDEKAAN

Mengetahui bagaimana negara mendapat kemerdekaan melalui


KEBOLEHAN / ABILITIES usaha-usaha yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin dan
penduduk-penduduk tempatan.

PELAJAR AKAN MENDAPAT:


1.1 Kemerdekaan
1.2.1 Menyatakan sebab-sebab penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union 1946
1.2.2 Menceritakan tindakan penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union 1946
OBJEKTIF MODUL /
1.2.3 Menyenaraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan
MODULE OBJECTIVE
Tanah Melayu 1948
1.2.4 Menyatakan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948
1.2.5 Menjelaskan usaha-usaha ke arah kemerdekaan negara
N1.2.6 Menghuraikan tentang cara rakyat mengisi
kemerdekaan negara

NO. KOD/ CODE NO MPU 2162 Page : 1 of : 5


CODE NO MPU 2162

TAJUK : MALAYAN UNION.


PENGENALAN
 Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa
Seri Negara), Kuala Lumpur.
 Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
 Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British yang
dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.
 Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION.

 Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta 2 Negeri Selat
disatukan.
 Seorang gabenor British yang dilantik Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan
Union.
 Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
 Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
 Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan
Union.
 Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal
agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

1.2.1 FAKTOR-FAKTOR PENDUDUK TANAH MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION.

 Sir Harold Mac Michael mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan
tahta jika enggan menerima Malayan Union.
 Kebanyakan sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dgn Majlis Mesyuarat
Negeri.
 Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan
kepada British.
 Raja-raja Melayu akan hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
 Raja Melayu kehilangan tahta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
 Walaupun Raja Melayu masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah
dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union, maka, orang Melayu bimbang agama
Islam tercabar.
 Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang dilihat akan mengancam status
quo orang Melayu sebagai peribumi.
 Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan
Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.

1.2.2 TINDAKAN-TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION.

 Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan
bantahan secara berterusan.
 Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold
MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
 Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union.
CODE NO MPU 2162

 Persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di
London.
 Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’far menyeru orang Melayu berkongres dan
menubuhkan U.M.O sebagai benteng menentang Malayan Union.
 Kongres Melayu telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru dan dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
 Kongres Melayu bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union.
 Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 membantah pengisytiharan
Malayan Union.
 Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan
bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British.
 Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada April 1946 untuk menyatakan bantahan
mereka kepada ahli-ahli parlimen British.

1.2.3 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

 Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato’ Onn bin
Jaafar.
 Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada semua golongan raja dan rakyat, mengatasi
pihak lain yang menyokong Malayan Union.
 Sikap politik Melayu yang sederhana seperti hanya menulis dalam akhbar, berdemonstrasi,
berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu menentang Malayan Union mendorong British
menerima kehendak mereka. Mereka tidak mengangkat senjata seperti PKM.
 British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan
sebaliknya mereka hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
 Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya
meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk
tempatan.
 Sokongan bekas pegawai-pegawai Inggeris seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O
Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang menolak dasar menakluk Tanah
Melayu.
 Sokongan pegawai-pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent
dan L.D Gammans..

1.2.4 CIRI-CIRI PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.

 Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.


 Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
 Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.
 Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
 Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir
negeri.
 Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja
Melayu bagi Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-negeri Selat.
 Ketuanan Melayu diiktiraf semula / Kedudukan istimewa orang Melayu.
 Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam
pentadbiran.
CODE NO MPU 2162

 Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagan bertulis dengan British
yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.
 Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi
 Agama Islam dan adat Istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.

1.2.5 USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN NEGARA.

A. Perikatan dan Kemerdekaan 1957.

 Setelah memenangi 51 daripada 52 kerusi dlm Pilihan Raya MPP 1955, Tunku Abdul
Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet.
 Beliau telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada Februari
1956.
 Beliau disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel
H.S.Lee.
 4 wakil Sultan pula ialah Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil, Encik
Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth.
 Perundingan itu dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan
Britsh.
 Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
 Dlm rundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan telah
dibentuk.
 Pihak British setuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
 Tunku telah membuat pengisytIharan tarikh kemerdekaan itu di Bandar Hilir, Melaka.

B. Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

 Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.


 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan
dan Senarai Negeri.
 Institusi raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.
 Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan
dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
 Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
 Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
 Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan
Negeri dan EXCO.

C. Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

 Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dgn konsep Raja Berpelembagaan dibentuk.


CODE NO MPU 2162

 Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.


 Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.
 Memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan utk mentadbir sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.
 Setiap kaum melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
 Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.

D. Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan.

(a) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


 Merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri.
 Melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan
dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

(b) Tunku Abdul Razak


 Merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
 Menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956.
 Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem
pendidikan kebangsaan negara yang dikenali sebagai Penyata Razak 1957.
 Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

(c) Tun H.S. Lee.


 Merupakan tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga
mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.
 Parti ini bekerjasama dgn UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada
tahun 1957.

(c) Tun V.T. Sambathan.


 Merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan
kemerdekaan negara.
 Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
yang kukuh.
 Menyeru kaum India supaya berikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
ini.

KEPENTINGAN SEMANGAT SETIA KEPADA NEGARA.


 Kepentingan negara dapat dijaga.
 Maruah negara akan terpelihara.
 Sanggup berkorban untuk negara.
 Tidak membocorkan maklumat rahsia negara.
 Sama-sama menjaga negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa.

RUJUKAN / REFERENCE(S):

1. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin, PENGAJIAN MALAYSIA, Edisi kelima, Oxford
Fajar.

You might also like