You are on page 1of 3

NORSHAFIQAH BINTI MOHD SAIDI

930216-08-5092
HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan
sesebuah negara. Selaras itu, pendidikan menjadi asas pembinaan negara bangsa
dan pengukuhan perpaduan. Dalam sistem pendidikan Malaysia, dasar yang
dilaksanakan perlu jelas, tersusun rapi serta mempunyai matlamat yang
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Hala tuju Pendidikan di Malaysia adalah berpaksikan kepada FPK kepada
pendidikan yang berterusan. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam sistem Pendidikan
di Malaysia antara perkara paling penting yang perlu direalisasikan untuk pelan
pembangunan Pendidikan Malaysia yang terancang dan bermatlamat menuju ke
Program Transformasi Sekolah tahun 2025. Hal ini amat penting kerana maju atau
mundurnya sesebuah negara bergantung kepada generasi mudanya pada ketika itu.
Dalam konteks ini, pendidikan merupakan wahana yang paling signifikasi dalam
melahirkan generasi yang aktif dan progresif. Persoalannya, apakah hala tuju
Pendidikan? Menurut Dewan Bahaa Edisi Keempat, hala tuju bermaksud mengarah
atau menghala untuk mencapai.
Seiring dengan peredaran masa menuju kemerdekaan, pemimpin dan rakyat
Malaysia menyedari pendidikan telah mengalami perubahan sejak zaman
pramerdeka hingga zaman pascamerdeka. Pada zaman pramerdeka, hala tuju
sistem pendidikan terbahagi kepada dua peringkat iaitu era masyarakat tradisional
dan era masyarakat penjajahan. Era masyarakat tradisional merupakan salah satu
bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang
diwariskan kepada generasi seterusnya. Bahkan, proses pembelajaran pada era
tersebut melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik
dan pratikal. Manakala, semasa era penjajahan, perubahan yang ketara berlaku
apabila Inggeris menguasai negeri-negeri Melayu di mana lima jenis pendidikan
yang berbeza diwujudkan dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti
kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok dan Sekolah
Vernakular bagi etnik Cina dan India.
Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris mengakibatkan
ketidakseimbangan sehingga beberapa laporan telah dirangka. Antaranya, Laporan
Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak
(1957). Berdasarkan laporan-laporan tersebut, perubahan yang besar dalam hala
tuju dan falsafah pendidikan di negara kita. Setelah mencapai kemerdekaan, sistem
pelajaran kebangsaan diwujudkan melalui penggubalan Ordinan Pelajaran (1957)
berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956). Selaras dengan Dasar
pendemokrasian pendidikan (1962), penekanan diberikan terhadap pendidikan
percuma untuk semua pelajar. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dan
Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua.
NORSHAFIQAH BINTI MOHD SAIDI
930216-08-5092
Dalam meniti sektor pendidikan yang kian bertumbuh pesat, penggunaan ICT
dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seiring dengan kemajuan
teknologi menuntut masyarakat dunia khasnya guru- guru peka dengan perubahan
teknologi ini. Selaras dengan itu, sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami
proses evolusi dan transformasi sebagai komponen utama pembangunan negara
khususnya dari segi kurikulum dan teknologi. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (PPPM) bagi menyeimbangkan pertumbuhan ICT dalam bidang pendidikan.
PPPM turut dilancarkan bertujuan untuk memperluaskan akses, keperluan dan
kemudahan ICT kepada semua murid di sekolah.
Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan
inisiatif Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang menggariskan pembelajaran yang
berasaskan teknologi maklumat dan memenuhi keperluan murid masa kini. Dalam
pada itu, penguasaan dan penggunaan ICT dalam pendidikan sememangnya perlu
diperkasakan terutama golongan guru-guru yang mempunyai penguasaan
sederhana dalam pedagogi di sekolah. Peranan guru bukan sahaja tertumpu kepada
penyampaian ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai agen perubahan untuk mendidik
dan melahirkan generasi masa depan menjadi warganegara berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan
negara.
Bahkan pula, hala tuju pendidikan juga secara tidak lansung mewujudkan
integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan
kaum. Hal ini boleh dibuktikan melalui tindakan kementerian bagi memastikan
semua etnik diwakili dengan baik dalam bahan pengajaran yang digunakan di
sekolah sehingga kepada pengurusan program sekolah yang jelas memberikan
tumpuan kepada usaha membina perpaduan. Ciri etnik dan budaya semua kaum
dimasukkan dalam kurikulum dan bahan pengajaran yang digunakan di sekolah.
Justeru, semua pihak perlu menyatukan tenaga untuk merealisasikan hala tuju
sistem pendidikan Malaysia. Akan tetapi, susulan berlakunya pandemik COVID-19
yang berlarutan lebih tiga tahun menjejaskan kelancaran pendidikan bukan sahaja di
Malaysia, malah di seluruh dunia. Kesan ini sangat ketara terutamanya dalam
kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dan keadaan ini membawa kepada
peningkatan ketaksamaan pendidikan dalam negara.
Kesimpulannya, hala tuju sistem pendidikan yang telah digariskan menjadi
asas kepada perkembangan pendidikan negara. Pendidikan semasa dan selepas
COVID-19 memerlukan pendekatan koheren yang bermula dengan mengambil kira
impak pandemik kepada pelajar, komuniti dan sistem pendidikan Malaysia.
Mengenal pasti strategi yang relevan akan menentukan apa dan bagaimana sistem
mengajar pada masa hadapan. Hal ini dapat dilakukan melalui pelbagai pendekatan
daripada pembangunan professional guru yang bertambah baik, pembangunan
rangkaian sekolah, sokongan perubahan sekolah sebagai organisasi pendidikan.
Dengan demikian juga, Kementerian Pendidikan boleh merancang dan menyemak
NORSHAFIQAH BINTI MOHD SAIDI
930216-08-5092
dasar dan polisi serta pembaharuan pendidikan bertujuan untuk memantapkan
proses dan pengendalian dalam sistem Pendidikan Malaysia.

You might also like