You are on page 1of 2

ITIK ALAM WARISAN

KG BUKIT CHEMPEDAK, 28100 CHENOR, PAHANG DARUL MAKMUR


TEL : +60182164260

TARIKH : 12 APRIL 2023

PENGURUS BESAR
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN CHENOR
(SIMPANG BUKIT LADA)
JALAN MARAN - TEMERLOH
28100 CHENOR
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

PERMOHONAN SEBUT HARGA BEKALAN MAKANAN HAIWAN TERNAKAN UNTUK BELIAN SECARA
PUKAL.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, sukacita kami ingin maklumkan bahawa kami adalah pasukan anak
anak muda yang berhasrat untuk menceburkan diri serta mengembangkan lagi perusahaan Itik
Penelur dalam kawasan Chenor. Hal ini adalah disebabkan bekalan Telur Itik semasa tidak dapat
memenuhi permintaan Telur Itik di seluruh Malaysia.

3. Pada masa sekarang kami mengusahakan sebanyak 500 ekor itik penelur dan telah
mengeluarkan hasil selama beberapa bulan. Kami berhasrat untuk mengembangkan lagi jumlah
ternakan kami kepada 3000 ekor menjelang Mei 2023 dan kami memerlukan bantuan daripada
pelbagai agensi kerajaan untuk menjayakan projek kami ini.

4. Untuk menjayakan projek ini kami memerlukan bantuan daripada Peladang untuk
membekalkan makanan haiwan ternakan kepada kami yang kami akan beli secara Pukal dari kilang.

5. Berikut adalah senarai jenis makanan haiwan yang kami perlukan.

PERKARA HARGA SEMASA


6.
1 DEDAK GOLD COIN 201C - PEMULA RM147/50KG
)
2 DEDAK GOLD COIN 202P - PENGGEMUK RM146/50KG
)
3 DEDAK CARGILL - PENELUR RM145/50KG
)
4 JAGUNG B - SEDERHANA RM66/35KG
)
5 JAGUNG C - KECIL RM66/35KG
)
6
) DEDAK KAMBING RM65/50KG
7
) BERAS HANCUR RM11/5KG
Kami berharap segala usaha kami ini mendapat sokongan daripada Peladang untuk menyahut saranan
kerajaan dalam mengembangkan lagi perusahaan bekalan makanan negara.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


MUHAMMAD PAIDILLAH BIN HASAN
Pengurus Projek Itik Alam Warisan

You might also like