You are on page 1of 18

MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

BAHAGIAN A

1. Jadual berikut berkaitan dengan kewujudan pelabuhan di negara kita.

Pelabuhan Pernyataan

X Pelabuhan awal yang dibuka di Pulau


Pinang.

Apakah pelabuhan X tersebut ?


A Batu Upih

B Batu Uban

C Pantai Batam

D Pantai Acheh

2. Lokasi berikut pernah berada di bawah pentadbiran Temenggung Abdul Rahman ?

Singapura

Apakah tanaman yang diusahakan ketika itu ?

A Padi

B Kelapa

C Gambir

D Lada hitam
MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

3. Apakah peranan Melaka semasa berada di bawah pentadbiran Belanda?

A Pusat pengumpulan hasil laut

B Pusat pengumpulan hasil hutan

C Pusat pengumpulan bijih timah

D Pusat pengumpulan rempah ratus

4. Mengapakah SHTI enggan membantu Sultan Abdullah apabila Kedah diancam Siam?

A Tiada perjanjian ditandatangani

B Tidak mahu menentang Siam

C Menyokong tindakan Francis Light

D Merancang untuk menghapuskan Kedah

5. Mengapakah British berminat untuk mendapatkan Seberang Perai ?

I Mengawal kuasa sultan

II Menjadi benteng pertahanan

III Memerlukan tanah pertanian

IV Menyebarkan agama Kristian

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6. Bagaimanakah British berjaya menduduki Pulau Pinang ?


MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

A Membuat pajakan

B Melalui tipu helah

C Pakatan dengan Bugis

D Perjanjian dengan pembesar Kedah

7. Jadual yang berikut berkaitan dengan perang di Eropah.

Tahun 1793 – 1814

Perang Perang Napoleon

Apakah kesan perang tersebut terhadap negara kita ?

I Pembentukan Negeri-negeri Selat

II Pendudukan British keatas Singapura

III Menyebabkan rakyat hidup senang dan mewah

IV Menyebabkan negara menjadi maju dan ekonomi berkembang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

8. Apakah peristiwa yang di manipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan


beliau menduduki Singapura ?

A Kedudukan Singapura

B Kemerosotan Johor

C Kelemahan Belanda

D Perwarisan takhta Johor


MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

9. Rajah yang berikut menunjukkan masalah yang wujud dalam Kesultanan Melayu ?

Kesultanan Melayu Masalah

Kesultanan Perak Perebutan takhta

Kesultanan Johor Riau Pewarisan takhta

Apakah kesan daripada masalah tersebut terhadap Kesultanan Melayu ?

A Penjajahan Siam

B Pembahagian kuasa

C Kebangkitan rakyat

D Kehilangan wilayah ditadbir

10. Pada abad ke-19 timbul pertikaian yang menyebabkan hubungan antara British
dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang.

Apakah sebab berlaku pertikaian tersebut ?

A Pendudukan British di Singapura

B Pemasalahan perairan Selat Sunda

C Krisis kewangan Belanda semakin sengit

D Kegagalan Belanda membanteras ancaman lanun

11. Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa berikut ?

 Berakhirnya Kesultanan Riau Lingga


 Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau
MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

A Perjanjian London 1824

B Perjanjian Surat-surat Kew

C Perjanjian Sultan Hussein dengan John Crawfurd

D Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles

12. Jadual yang berikut berkaitan dengan perjanjian antara Belanda dengan British ?

Tahun 1824

Perjanjian Perjanjian London

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut terhadap Alam Melayu ?

I Perak diisytiharkan negeri yang bebas

II Belanda menguasai kawasan Selat Melaka

III Perpecahan Empayar Kesultanan Johor - Riau

IV Barat membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu


Belanda dan British

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

13. Mengapakah Belanda menamatkan pertikaian dengan British meskipun membantah


pendudukan British di Singapura ?

A Tidak mendapat sokongan rakyat

B Berkongsi kekayaan dengan British

C Bersetuju memecahkan Empayar Johor

D Tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon


MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

14. Apakah jawatan awal yang disandang oleh Francis Light di Pulau Pinang ?

A Residen Jeneral

B Residen Konsular

C Pesuruhjaya British

D Penguasa pelabuhan

15. Apakah kepentingan Negeri-negeri Selat terhadap Negeri-negeri Melayu ?

A Menyediakan pelabuhan

B Membekalkan bijih timah

C Mempunyai hasil pertanian

D Menjamin kedaulatan negeri Melayu

16. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau
Pinang?

A Residen
B Gabenor
C Residen Jeneral
D Pesuruhjaya British
17. Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat
Tanah Jajahan British di London. Apakah status Negeri-negeri Selat berikutan
pemindahan tersebut?

A Tanah jajahan India


B Tanah jajahan British
C Negeri-negeri merdeka
D Negeri naungan British
MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

18. Tindakan berikut telah dilakukan oleh pentadbir British.

Menggabungkan wilayah X dengan Borneo


Utara pada tahun 1890

Apakah X ?

A Sulu

B Brunei

C Labuan

D Pulau Cocos

19. Pejabat India telah mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat.

Apakah kesan terhadap tindakan tersebut ?

A Meluaskan pasaran

B Menjejaskan kemakmuran

C Menghalang pertelingkahan

D Meningkatkan perdagangan

20. Apakah sumbangan Mohammad Eunos Abdullah ke atas Negeri-negeri Selat?

A Memilih Gabenor India

B Mengetuai Pejabat India

C Menjadi Residen Konsular

D Menganggotai Majlis Perundangan


MODUL SEJARAH TINGKATAN 3 JPN PERAK

CADANGAN JAWAPAN

1. B 11. A

2. C 12. D

3. C 13. D

4. A 14. C

5. C 15. A

6. B 16. B

7. A 17. B

8. D 18. C

9. D 19. B

10. A 20. D
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI – NEGERI SELAT

TINGKATAN 3
SP: 7.2.1
TAJUK : 7 Menjelaskan
SK : 7.2 –
TEMA : Kedatangan Campur Tangan Dan perluasan kuasa
Pentadbiran Negeri-
Kuasa Asing Penjajahan Kuasa British di Pulau
Negeri Selat
Barat Pinang,Singapura
dan Melaka

1 Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi
oleh pedagang-pedagang Arab
(Buku teks m.s 30)

(a) Senaraikan dua peranan Batu Uban .

(i) .……………………………………………………………………………………………….

(ii) .……………………………………………………………………………………………….
(2 markah )

(b) Mengapakah British memerlukan pelabuhan persinggahan di Pulau Pinang?

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

(c) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang diperoleh British apabila memilih
Batu Uban sebagai pelabuhan utama mereka?

……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

9
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

TINGKATAN 3
SP: 7.2.2 Menghubungkaitkan
TAJUK : 7 SK : 7.2 – Perjanjian London 1824
TEMA : Kedatangan Campur Tangan Dan Pentadbiran dengan kesannya terhadap
Kuasa Asing Penjajahan Kuasa Negeri-Negeri Alam Melayu.
Barat Selat K7.2.8 Memahaskan iktibar
yang diperolehi

2 Persaingan kuasa –kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada perancangan British dan
Belanda untuk membuat pembahagian kawasan pengaruh masing-masing. Akibatnya terhasil
Perjanjian London yang telah dtandatangani pada 1824.
(Buku teks m.s 42)

(a) Nyatakan syarat –syarat Perjanjian London bagi kuasa Barat berikut:

(i) British

……………………………………………………………………………………………….

.……………………………………………………………………………………………….

(2 markah )
(ii) Belanda

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

(b) Terangkan kesan Perjanjian London terhadap Alam Melayu

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(3 markah)

(c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa Perjanjian London

……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(3 markah)

10
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

TINGKATAN 3
SP: 7.2.3 Membincangkan
TAJUK : SK : 7.2 pembentukan Negeri-Negeri
Campur tangan dan Pentadbiran Selat
TEMA : Kedatangan
Penjajahan Kuasa Negeri- K7.2.5 Kepentingan sifat
Kuasa Asing
Barat Negeri Selat berwaspada dalam membuat
keputusan

3 Rajah berikut merupakan bendera Negeri-negeri Selat.

Bendera Negeri-negeri Selat

(Buku teks m.s 47)

(a) Senaraikan dua buah Negeri-negeri Selat

(i) .……………………………………………………………………………………………….

(ii) .……………………………………………………………………………………………….
(2 markah )

(b) Mengapakah British menubuhkan Negeri-negeri Selat?

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

(c) Jelaskan pengajaran yang anda peroleh kesan daripada strategi British
membentuk Negeri-negeri Selat.

……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

11
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

Panduan penskoran – Struktur

No. Jawapan Markah


Soalan
BAHAGIAN B (STRUKTUR)

1 (a) Senaraikan dua peranan Batu Uban

F1 Menjadi tempat persinggahan pedagang dari Lingga yang berdagang 1


dengan Kedah
F1 Tempat yang sering dikunjungi pedagang –pedagang Arab 1
F2 Menjadi pelabuhan dagang bagi daerah serantau 1
F3 Dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera 1
Maks (2 Markah)

1 (b) Mengapakah British memerlukan pelabuhan persinggahan di Pulau


Pinang?
1
F1 Terletak di laluan perdagangan di antara India dan China 1
F2 Dijadikan tempat membaiki kapal 1
F3 Mendapatkan bekalan makanan dan minuman 1
F4 Berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun 1
F5 Memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik 1
(4 Markah)
Maks

1 (c) Apakah keistimewaan yang diperoleh British apabila memilih Batu Uban
sebagai pelabuhan utama mereka? 1
F1 Dapat menjadi pusat pengumpulan barang 1
H1 Terutamanya teh yang mendapat pasaran baik di Eropah 1
F2 Menjadi pusat pesinggahan antarabangsa 1
H2a Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan antarabangsa 1
H2b antara China dan India 1
F3 Menjadi pangkalan tentera British 1
H3 Menghadapi persaingan Belanda di Alam Melayu 1
F4 Menjadi pelabuhan entrepot 1
H4a Membekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa 1
F5 Dapat membeli barang dari pedagang antarabangsa 1
F6 Meningkatkan keuntungan dalam perdagangan 1
(Mana-mana munasabah) (4 Markah)
Maks
10 Markah
Jumlah

12
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

No. Jawapan Markah


Soalan
BAHAGIAN B (STRUKTUR)

2 (a) Nyatakan syarat-syarat Perjanjian London bagi kuasa barat berikut


(i) British 1
F1 Berundur dari Sumatera 1
F2 Menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda 1
F3 Tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau 1
F4 dan Kepulauan lain di selatan Singapura (2 Markah)
Maks
(i) Belanda 1
F1 Mengiktiraf petempatan British di Singapura 1
F2 Menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British 1
F3 Tidak membuka petempatan baharu di Tanah Melayu (2 Markah)
Maks

2 (b) Terangkan kesan Perjanjian London terhadap Alam Melayu


1
F1 Pembahagian Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh barat 1
F2 Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan 1
F3 yang memisahkan wilayah pengaruh British dan wilayah pengaruh
Belanda 1
F4 Mewujudkan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah 1
Melayu 1
F5 Wilayah pengaruh Belanda dikenali sebagai Hindia Timur Belanda
F6 Perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor,Riau
F7 Selat Melaka dibawah penguasaan British 1
(4 Markah)
Maks


2 (c) Iktibar yang diperoleh daripada Peristiwa Perjanjian London 1
F1 Kita mestilah menguasai ilmu pengetahuan 1
F2 Berwaspada terhadap anasir luar 1
F3 Memajukan diri,bangsa dan negara 1
F4 Mempertahankan kedaulatan negara 1
F5 Sanggup berkorban demi mempertahankan negara 1
F6 (tambah lagi jawapan sekiranya ada)
(Mana-mana munasabah)
Maks (4 Markah)

Jumlah 10 Markah

13
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

No. Jawapan Markah


Soalan
BAHAGIAN B (STRUKTUR)
3 (a) Senaraikan dua buah negeri Selat

F1 Melaka 1
F2 Pulau Pinang 1
F3 Singapura 1

Maks (2 Markah)

3 (b) Mengapakah British menubuhkan Negeri –Negeri Selat?

F1 Menjimatkan kos pentadbiran


F2 Menyeragamkan pentadbiran 1
F3 Mengusai perdagangan di Selat Melaka 1
F4 Menjadikan Negeri-Negeri Selat pusat pengumpulan hasil dari Alam 1
Melayu 1
F5 Menggalakkan pelaburan dari saudagar British 1

Maks (4 Markah)

3 (c) Pengajaran yang anda peroleh daripada strategi British membentuk


Negeri –Negeri Selat
F1 Mempertahankan keistimewaan yang ada di negara kita dari 1
dicerobohi oleh orang asing 1
F2 Membentuk pentadbiran yang sistematik bagi melindungi kepentingan 1
negara kita 1
F3 Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif 1
F4 Menguasai teknologi dan kemahiran yang baharu 1
F5 Menguasai ilmu sains yang membangunkan negara
F6 Membentuk jati diri yang positif
(Mana-mana munasabah) (4 Markah)
Maks
10 Markah
Jumlah

14
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

BAB 2 : PETADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3


TAJUK 7 : SK : 7.2
TEMA : SP:
Campur Tangan dan Pentadbiran Negeri-
Kedatangan Kuasa Asing 7.2.1
Penjajahan Kuasa Barat negeri Selat

1. (a) i. Jelaskan latar belakang Pulau Pinang sebelum peluasan kuasa British. (3 markah)

ii. Terangkan latar belakang Singapura sebelum peluasan kuasa British. (3 markah)

(b) Huraikan faktor-faktor peluasan kuasa British di Pulau Pinang (6 Markah)

(c) Beri cadangan anda bagi memajukan sektor ekonomi negara? (8 Markah)

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3


TAJUK 7: SK : 7.2 -
TEMA : SP:
Campur Tangan dan pentadbiran Negeri-
Kedatangan Kuasa Asing 7.2.1 & 7.2.2
Penjajahan Kuasa Barat negeri Selat

2. “Stamford Raffle dan William Farquhar telah menduduki Singapura. (ms. 38)

(a) i. Nyatakan kepentingan Singapura kepada British. (3 markah)


ii. Jelaskan strategi Stamford Raffles untuk menguasai Singapura (3 markah)

(b) Bincangkan kesan perjanjian London terhadap Alam Melayu. (6 Markah)

(c) Huraikan iktibar yang dipelajari daripada strategi peluasan kuasa barat ke (8 Markah)
negara kita.

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3


TAJUK : SK : 7.2 -
TEMA : SP:
Campur Tangan dan Pentadbiran Negeri-
Kedatangan Kuasa Asing 7.2.3 & 7.2.4
Penjajahan Kuasa Barat negeri Selat

3. “Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 terdiri daripada gabungan negeri Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka” (ms 47-49)

(a) Jelaskan kepentingan negeri-negeri Selat kepada pihak British. (6 Markah)

(b) “Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke pejabat (6 Markah)
Tanah Jajahan London’

Mengapakah pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dilaksanakan?

(c) Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada penubuhan negeri-negeri Selat. (8 Markah)

5
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

PANDUAN PENSKORAN – BAB 2 : PETADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

No.
Jawapan Markah
Soalan
1 a)i) Latar belakang Pulau Pinang

F1- Pulau Pinang Wilayah Kesultanan Kedah


F2- Tempat persinggahan pedagang dari Linga dan Kedah
F3- Pulau Pinang pelabuhan dagang daerah serantau dan Acheh
F4- Batu Uban Pelabuhan paling awal
F5- Sering dikunjungi pedagang-pedagang Arab
F6- Petempatan Batu Uban dibuka orang Melayu dan Sumatera
F7- Sultan Kedah anugerahkan kawasan tersebut sebagai membalas jasa
orang Sumatera membantu kesultanan Kedah menentang Siam
(mana-mana 3 x1) (3 markah)

1 a)ii) Latar belakang Singapura sebelum peluasan kuasa British

F1- wilayah Kesultanan Johor Riau meliputi Pahang, Johor dan gugusan
kepulauan Riau Lingga
F2- ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman
F3- ladang-ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina
F4- pemerintah kesultanan Johor Riau ialah Sultan Abdul Rahman
F5- mengadakan hubungan baik dengan Belanda
(mana-mana 3 x1) (3 markah)

1 b) Faktor peluasan kuasa British di Pulau Pinang

F1 pusat pengumpulan barang


H1 British memerlukan barangan dari China
H2 China memerlukan emas, perak, bijih timah dan rempah ratus sebagai
tukaran
H3 British memerlukan pusat mengumpul barangan

F2 pelabuhan persinggahan
H1 terletak di laluan perdagangan antara India dan China
H2 tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan dan minuman
H3 tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
H4 memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik

F3 pangkalan tentera
H1 British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik
H2 mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentera Perancis
H3 menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu
(mana-mana 6 x1) (6 markah)

1(c) Cadangan memajukan sektor ekonomi negara


F1-menguasai pelbagai kemahiran
H1-melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
F2-meningkatkan eksport dan import negara
H2- meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa
F3-menggalakkan pelaburan asing
(mana-mana jawapan yang munasabah) (8 markah)

6
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

No.
Jawapan Markah
Soalan

2 a)i) Kepentingan Singapura kepada British

F1 British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik


F2 kedudukan Singapura dapat mengawal perdagangan Selat Melaka dan
selat Sunda
F3 sebagai pusat pengumpulan hasil ekonomi Alam Melayu
F4 kebanyakan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Batawi, Riau, Lingga
berada di bawah pengaruh Belanda
(mana-mana 3 x1) (3 markah)

2 a)ii) Strategi Stamford Raffles untuk menguasai Singapura

F1 perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman untuk membuka


petempatan
F2 memanipulasi isu perwarisan takhta kesultanan Johor-Riau
F3 mengisytiharkan Tengku Hussein sebagai Sultan Johor-Riau bersemayam
di Singapura
(mana-mana 3 x1) (3 markah)

2 (b) Kesan perjanjian London terhadap Alam Melayu

F1- pembahagian Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh barat


H1- selat Melaka dan selat Singapura menjadi sempadan pemisah antara
wilayah pengaruh British dan Belanda
H2- British dan Belanda mengutamakan kepentingan mereka terjamin
H3- mewujudkan entiti geopolitik baharu
H4- wilayah pengaruh British dikenali sebagai Tanah Melayu
H5- wilayah pengaruh Belanda dikenali sebagai Timur Belanda

F2- Perpecahan empayar kesultanan Johor-Riau


H1- pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda
H2- menamatkan keunggulan Johor-Riau
H3- pemerintahan wilayah kekuasaan kesultanan Johor Riau telah berpecah
belah

F3- selat Melaka di bawah penguasaan British


H1- perdagangan di selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British
H2- pengunduran Belanda dari Tanah Melayu buka peluang kepada British
meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu.
(mana-mana 6 x1) (6 markah)

2(c) Iktibar yang dapat dipelajari daripada strategi peluasan kuasa barat ke
negara kita

F1- kita hendaklah sentiasa bersatu padu


H1- agar negara dapat dipertahankan
F2- sentiasa peka dengan strategi kuasa luar untuk menguasai negara kita.
H2- agar tidak tertipu dengan muslihat mereka
F3- kita seharusnya mempunyai sikap siap siaga menangani ancaman
negara demi
H3- mengekalkan kedaulatan negara kita
F4- kita mestilah bekerjasama memajukan ekonomi
H4- agar boleh bersaing di pasaran antarabangsa.
(mana-mana jawapan yang munasabah) (8 markah)

7
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 3- JPN PERAK, 2020

No.
Jawapan Markah
Soalan

3 (a) Kepentingan Negeri-negeri Selat kepada pihak British

F1- menjimatkan perbelanjaan


F2- menyeragamkan pentadbiran
F3- British dapat menguasai keseluruhan Selat Melaka sebagai laluan utama
perdagangan Alam Melayu
F4- taraf pelabuhan bebas menarik pedagang dari semua Alam Melayu dan
luar seperti Arab, China, India dan Eropah.
F5- negeri Selat menjadi tempat pengumpulan hasil-hasil alam Melayu seperti
bijih timah bertujuan mengimbangi perdagangan British dengan China
F6- menyaingi pelabuhan Belanda di alam Melayu
F7- negeri-negeri selat menjadi pintu masuk buruh luar dan kemasukan
pelabur luar/ Barat menyebabkan perkembangan Negeri-negeri Selat
berlaku dengan pantas
(mana-mana 6 x1) (6 markah)

3(b) Pemindahan pentadbiran negeri-negeri Selat dilaksanakan

F1- golongan pedagang/penduduk NNS tidak puas hati


F2- tiada wakil NNS dalam majlis perundangan di India yang meluluskan
undang-undang bagi negeri-negeri Selat.
F3- pejabat India gagal menyelesaikan / mengawal masalah rompakan dan
pergaduhan orang Cina di NNS.
F4- menolak mata wang rupee sebagai mata wang NNS dan menggantikan
mata wang dolar Sepanyol
F5- cadangan mengenakan cukai pelabuhan boleh menjejaskan kemakmuran
pelabuhan bebas NNS
F6- NNS dijadikan tempat pembuangan banduan akan menjejaskan imej
NNS.
(mana-mana 6 x1) (6 markah)

3(c) Iktibar yang boleh diambil daripada penubuhan Negeri-Negeri Selat

F1- kita hendaklah mempertahankan kekayaan dan keistimewaan negara


H1- agar tidak dieksploitasi oleh orang asing.

F2- Kita harus mempertahankan kedaulatan negara kerana


H2- kuasa asing sentiasa mencari peluang untuk menguasainya

F3- kita perlu bijak menangani muslihat musuh kerana


H3- mereka akan menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai matlamat

F4- kita hendaklah ingat apabila negara telah dikuasai oleh orang asing
H4- amat sukar untuk mendapatkannya semula.

(mana-mana jawapan yang munasabah) (8 Markah)

You might also like