You are on page 1of 1

Jalan Bebuloh Kampung Bebuloh

Peti Surat 81332


Tel : 087-465220
87023 Wilayah Persekutuan Labuan Faks : 087-464220
MALAYSIA Emel : wba1001@moe.edu.my

Rujukan : SKB/WPL/600-4/1/7/Jld.1 ( )
Tarikh : 16 Julai 2021

Pengurus,
Rancha-Rancha Aerated Water Co.
Kg. Rancha-Rancha,
87012 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN AIR MINERAL UNTUK PROGRAM KORBAN SK BEBULOH 2021

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam
akan mengadakan program korban. Sehubungan itu, kami ingin memohon sumbangan ikhlas
daripada pihak tuan berupa air mineral sebanyak 10 kotak untuk digunakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Julai 2021 (Khamis)


Masa : 6.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : SK Bebuloh

3. Kesudian tuan memberikan sumbangan tersebut amatlah kami alu-alukan dan diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABD RAHMAN BIN SALIM)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bebuloh,
Wilayah Persekutuan Labuan.

s.k.: Fail

‘ Pelajaran Kunci Hidup ’


“ SK Bebuloh Terus Melangkah Cemerlang ”
Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

You might also like