You are on page 1of 8

Channel PA 900 STPM @CNM

Channel PA 900 STPM @CNM

TOPIK WAWASAN 2020 CONTOH SOALAN STRUKTUR


BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1 Jelaskan dua isu utama yang harus dihadapi untuk Malaysia mencapai status
negara maju.

1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Perkara ini merupakan satu


prasyarat kemajuan negara kerana tanpanya sebarang bentuk kerjasama untuk
maju tidak akan terjalin.
2. Mewujudkan sebuah negara perindustrian. Negara yang berjaya mengubah corak
ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian merupakan
sebuah negara maju.
3. Keadilan ekonomi dan sosial. Negara maju perlu kepada masyarakat yang adil
dalam bidang ekonomi dan sosial.
4. Moral dan etika. Negara maju haruslah berpegang kepada falsafah moral dan
etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
5. Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan. Keluarga menjadi
asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan
negara

2 Nyatakan tiga ciri masyarakat tahun 2020

1. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju


2. Masyarakat yang demokratik
3. Masyarakat yang bermoral dan beretika
4. Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
5. Masyarakat yang saintifik dan progresif
6. Masyarakat yang penyayang
7. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
8. Masyarakat yang makmur

3 Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020.

1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara


2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan
3. Meningkatkan sumber daya manusia
4. Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi negara serta mencipta
bidang-bidang pertumbuhan baru
5. Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit
agar menjadi lebih baik dan cepat
6. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana
rakyat.
7. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
Channel PA 900 STPM @CNM

4 Jelaskan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi negara maju pada
tahun 2020

1. Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia- rakyat yang tidak mempunyai


satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa akan menyebabkan sebarang
bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin
2. Negara Perindustrian- negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian
3. Keadilan Ekonomi dan Sosial- satu masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi dan sosial perlu bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu-
seharusnya tidak ada golongan yang tercicir
4. Moral dan Etika- negara maju yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada
falsafah dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama dan nilai-nilai
murni
5. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan- Keluarga
menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas
pembinaan Negara

5 Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia


mencapai status negara maju

1. Meningkatkan pendidikan berkualiti -mentranformasikan sistem pendidikan


-menghasilkan modal insan yang berkualiti -merupakan asas kepada k-ekonomi
2. Meningkatkan kemahiran -menyediakan pusat-pusat latihan -memberi
pendedahan kemahiran di luar negara
3. Meningkatkan kepakaran -membawa pulang pakar-pakar tempatan yang
bertugas di luar negara -memberi peluang meningkatkan kepakaran
4. Meningkatkan nilai dan etika kerja - menerapkan nilai integriti -mengukuhkan
jati diri

6 Apakah empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf
negara maju?

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu


2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
3. Mewujud dan membangun masyarakat demokratik yang matang
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika
5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
6. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyayangi
7. Mewijudkan masyarakat yang saitifik dan progresif
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9. Mewujudkan masyarakat yang makmur
Channel PA 900 STPM @CNM

7 Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai


status negara maju menjelang tahun 2020.

1. Pendapatan per kapita meningkat


2. Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi
3. Kadar produktiviti tenaga buruh tinggi
4. Saiz ekonomi berintensifkan pengetahuan
5. Kreativiti dan inovasi berkembang
6. Kadar peratusan pelajar ke IPT meningkat

8 Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi


menjelang tahun 2020.

1. Membangun modal insan


2. Menyediakan infrastruktur
3. Menyediakan infostruktur
4. Meningkatkan pelaburan
5. Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi baharu
6. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
7. Mendapatkan penarafan global

9 Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan
2020 dapat dicapai.

1. Rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera


2. Rakyat Malaysia akan berani menghadapi cabaran dan tidak mudah putus asa
3. Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bersefahaman dan bermuafakat
4. Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bermoral dan beretika
5. Rakyat Malasia akan sentiasa menghormati adat resam dan kebudayaan kaum
lain Rakyat Malaysia akan terus maju dalam bidang sains dan teknologi
6. Rakyat Malaysia akan mempunyai sikap dan budaya penyayang
7. Rakyat Malaysia akan menikmati keadilan ekonomi
8. Rakyat Malaysia akan bersikap dinamis dan berdaya saing

10 Huraikan dua strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran


pertama dalam Wawasan 2020 di atas.

1. Mewujudkan sekolah wawasan - pelajar belajar bersama-sama di bawah satu


bumbung tanpa mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemudahan
asas.
2. Menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) - semua remaja lepasan
SPM digalakkan menyertai program ini dengan hasrat mewujudkan integrasi
antara peserta.
3. Mempelbagaikan komposisi kaum dalam sektor pekerjaan - dalam sesebuah
jabatan, tidak hanya diberi tumpuan kepada kaum tertentu sahaja.
4. Melaksanakan Program Rancangan integrasi Murid Untuk Perpaduan -
kegiatan peringkat sekolah dan antara sekolah yang melibatkan semua kaum.
Channel PA 900 STPM @CNM

5. Mengadakan program kemasyarakatan - penyertaan anggota masyarakat


dalam program yang boleh mengingatkan kerjasama.

11 Huraikan dua ciri masyarakat saintifik dan progresif yang hendak dicapai melalui
Wawasan 2020

1. Pengguna teknologi – berkemahiran dalam penggunaan teknologi yang


canggih dan terkini.
2. Penyumbang kepada sains dan teknologi – mampu mencipta teknologi untuk
digunakan oleh orang lain
3. Agen perubahan/agen transformasi – mampu membuat perubahan positif
atau penambahbaikan
4. Memandang ke hadapan/berwawasan – berpandangan jauh atau sentiasa
mahu maju ke hadapan
5. Kreatif/inovatif – sentiasa menambah baik dalam sesuatu ciptaan/ pemikiran/
penghasilan produk

12 Nyatakan tiga isu yang berbangkit dalam usaha mencapai taraf negara maju

1. Membentuk satu negara bangsa


2. Malaysia Menjadikan negara perindustrian
3. Memastikan adanya keadilan ekonomi dan sosial
4. Memantapkan moral dan etika
5. Membangunkan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan
6. Keupayaan membangunkan teknologi sendiri
7. Memperkukuhkan perpaduan rakyat

13 Nyatakan empat faedah hasil pengaplikasian ilmu Sains dan Teknologi untuk
mentransformasikan negara ke arah negara maju.

1. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran/berpengetahuan tinggi/modal


insan/masyarakat/rakyat
2. Memajukan aspek pembangunan dan penyelidikan
3. Melahirkan individu yang kreatif/inovatif/rakyat/masyarakat/generasi
4. Mengembangkan penguasaan sains dan teknologi/meningkatkan ICT/teknologi
5. Meluaskan pasaran
6. Meningkatkan produktiviti/hasil/output/pengeluaran
7. Meningkatkan perkembangan ekonomi/ekonomi digital/k-ekonomi
8. Meningkatkan hasil baharu/ciptaan baharu/teknologi baharu/produk baharu
9. Memperkasakan penggunaan robotik
10. Meningkatkan kualiti produk/kualiti perkhidmatan/kualiti barangan/kualiti hasil
11. Mewujudkan pekerjaan baharu
12. Meningkatkan kecekapan pentadbiran/pengurusan/pengurusan alam sekitar
13. Meningkatkan keselamatan/keamanan
Channel PA 900 STPM @CNM

14 Jelaskan dua sebab mengapa aspek agama dan kepercayaan dilihat penting
dalam usaha mencapai taraf negara maju.

1. Berfungsi sebagai alat kawalan sosial- mencegah jenayah, konsep dosa dan
pahala, karma
2. Berfungsi sebagai alat pendidikan – mengajar nilai baik, pembangunan modal
insan/ disiplin/ bermoral dan beretika
3. Sumber ilmu – kitab-kitab agama mengandungi ilmu tentang cara hidup, alam
semesta, dan metafizik.
4. Melahirkan pemimpin yang berwibawa – didikan dan penghayatan agama
menjamin pembangunan modal insan yang cemerlang
5. Mengeratkan perpaduan kaum – nilai kasih sayang dan hormat menghormati
sesama manusia dapat mengeratkan perpaduan, membolehkan negara aman
dan berdaya maju.
6. Menjelaskan ketidakpastian dalam kehidupan manusia – agama mengandungi
penerangan tentang kewujudan dunia dan manusia

15 Nyatakan empat ciri masyarakat Malaysia yang perlu ada dalam diri setiap
individu untuk mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada
tahun 2020.

1. Yakin pada diri sendiri


2. Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh
3. Hidup dalam masyarakat yang demokratik
4. Liberal dan bertolak ansur
5. Penyayang
6. Adil dan saksama
7. Progresif dan makmur
8. Ekonominya yang mampu bersaing dan berdaya maju

16 Satu daripada isu untuk menjadikan Malaysia negara maju adalah pembentukan
satu negara bangsa.

1. Apakah yang dimaksudkan konsep Satu Negara Bangsa?


Konsep Satu Negara Bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang
rakyatnya tidak dapat dibezakan melalui kaum, keturunan dan kepercayaan.

2. Berikan dua contoh amalan yang dapat dikaitkan dengan konsep tersebut
a. Menjaga perpaduan negara
b. Taat setia kepada Raja dan Negara
c. Mengekalkan keharmonian antara kaum
d. Mempunyai sikap toleransi
Channel PA 900 STPM @CNM

17 Jelaskan dua keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk


masyarakat dan budaya penyayang.

1. Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan - luntur nilai bekerjasama,


prihatin dan hormat -menghormati dilupakan -Bersifat individualistik, materialistik
2. Wujudnya pelbagai gejala sosial - penagihan dadah, bohsia, merempit,
jenayah remaja - mengamalkan budaya yang bertentangan dengan budaya
timur
3. Kegiatan anti-sosial yang berleluasa - sentimen prasangka antara kaum,
budaya, agama - sering mengungkit isu-isu perkauman yang memecahbelahkan
masyarakat
4. Pengabaian warga emas dan golongan orang kelainan upaya - hidup tersisih
daripada keluarga dan masyarakat- dianggap membebankan, dibiarkan hidup
merempat dan dihantar ke rumah orang tua
5. Penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak - hak kanak-kanak diabaikan,
bayi dibuang, kanak-kanak didera, diculik, diperdagangkan
6. Peningkatan keganasan rumah tangga -penderaan dan kekerasan oleh
pasangan - secara fizikal & mental
7. Pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam- Hutan dimusnahkan,
udara dan sumber air dicemari - vandalisme berleluasan terutamanya terhadap
harta benda awam - mementingkan keuntungan, kepentingan dan keselesaan
sendiri

18 Nyatakan empat kepentingan budaya ke arah pembentukan negara maju dan


sejahtera.
1. Budaya melambangkan identiti dan imej negara
2. Dapat mempamerkan kreativiti dan warisan bangsa
3. Menonjolkan keunikan tersendiri
4. Menjana ekonomi negara
5. Memupuk perpaduan
6. Menjadi panduan dan iktibar kehidupan
7. Memperkenal dan mewariskan kepada generasi akan datang
8. Meluaskan pengetahuan dan menajamkan fikiran
9. Membentuk jati diri

19 Senaraikan tiga langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi
sebuah negara yang maju dan sejahtera menjelang tahun 2020.

1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara


2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan
3. Meningkatkan sumber daya manusia
4. Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara
5. Mencipta bidang-bidang pertumbuhan yang baru
6. Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi yang rumit
terutamanya dalam bidang pelaburan agar menjadi lebih baik dan cepat
7. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana
rakyat
8. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
Channel PA 900 STPM @CNM

20 Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi untuk


menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Huraikan cabaran keempat dan
kelima Wawasan 2020

1. Cabaran 4.
- Warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan- mewujudkan
masyarakat yang bermoral dan beretika didorong oleh tahap etika paling tinggi

2. Cabaran 5
- Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama mewujudkan masyarakat
liberal dan bertolak ansur yan meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

21 Nyatakan tiga langkah oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan prasarana


kesihatan ke arah sebuah negara maju.

1. Mutu / Kualiti perkhidmatan kesihatan yang sentiasa ditingkatkan


2. Menyediakan lebih banyak hospital / klinik.
3. Menyediakan lebih ramai doktor / pakar perunding kesihatan.
4. Membina hospital baru / menaiktaraf hospital lama.
5. Meningkatkan teknologi perubatan.
6. Menggiatkan penyelidikan dan pembangunan prasarana kesihatan.
7. Meningkatkan akses / ketersampaian kepada perkhidmatan perubatan

22 Nyatakan 4 cabaran getir yang menghalang pencapaian cabaran ke-7 W2020.

1. Sikap individualistik masyarakat / sikap rakyat yg mementingkan diri


2. Pengabaian tanggungjawab korporat oleh pihak swasta
3. Ketidakprihatinan masyarakat
4. Kepincangan sistem pendidikan
5. Sikap materialistik rakyat

23 Senaraikan empat tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai


Wawasan 2020.

1. 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


2. Program Transformasi Kerajaan.
3. Program Transformasi Ekonomi.
4. Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11.

You might also like