You are on page 1of 3

Teks : Pengacara Kursus LDP.

Yang Dihormati Tn.Hj. Ridzuan bin Badri, Pengerusi Panitia Kajian Tempatan Daerah
Segamat.

Yang Berusaha, Encik Bardin Bin Uteh, Guru Besar SK. Batu Anam, Segamat,
Yang Dihormati, Encik Juwahir Bin Abdullah, Guru Pen. Kanan Pentadbiran.
Yang dihormati, Pn. Khamsaini Bt Ariffin, Guru Pen. Kanan HEM
Yang Dihormati, Tn.Hj. Ishak Bin Md. Ali, Guru Pen. Kanan Kokurikulum.
Serta guru-guru sekalian.

Asalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Tuan2 dan puan2.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada Tn. Hj. Ridzuan bin Badri, yang telah
sudi meluangkan masa beliau , bersama-sama kita selaku penceramah utama, bagi
memenuhi pengisian atur cara Kursus Penulisan Proposal dan Latihan Kajian Tindakan
Peringkat sekolah pada pagi ini.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan Ustaz Syapudin Bin Shafiin, bagi
mengetuai bacaan doa.
Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Bardin bin Uteh, guru besar SKBA untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

Rakan-rakan guru,

Sepertimana yang kita ketahui, bahawa Kajian Tindakan merupakan salah satu
agenda penting yang digariskan oleh Pengarah di setiap sekolah. Peningkatan serta
kejayaan kurikulum di sekolah mampu dicapai menerusi pelaksanaan Kajian Tindakan
yang berkesan oleh setiap guru. Bagi mengupas dengan lebih lanjut, sejauhmana cara
penulisan kajian tindakan serta kepentingan kajian tindakan ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tn.Hj. Ridzuan bin Badri, untuk menyampaikan
ceramahnya yang bertajuk Penulisan Proposal dan Laporan Kajian Tindakan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ceramah yang telah disampaikan itu
tadi.
Semoga ilmu yang telah disampaikan itu tadi, mampu meningkatkan usaha serta
keyakinan kepada kita menghasilkan penulisan kajian Tindakan dengan berkesan
demi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

Ramai orang di Kuala sawah,


Masak nasi jangankan hangit,
sedikit budi bukannya mudah,
Seberat bumi antara langit.

Sebagai tanda penghargaan dan ingatan abadi, majlis mempersilakan Encik Bardin Bin
Uteh, untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Tn.Hj. Ridzuan bin Badri.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakam ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian,
Sebelum meneruskan atur cara berikutnya, majlis kita berhenti rehat seketika.
Majlis akan disambung semula pada jam 10.30 pagi untuk sesi ceramah 2.

Majlis berhenti rehat.

......................................................
Tuan2 dan puan2,

Bagi meneruskan ceramah 2, dipersilakan Yang Berusaha, En. Bardin bin Uteh, GB
SK Batu Anam, menyampaikan ceramahnya yang
bertajuk__________________________________________

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Semoga ilmu yang telah disampaikan itu tadi dapat
membantu kita meningakatkan .......................................................................

Hadirin yang dihormati sekalian,

Berikutnya, majlis diserahkan kepada Tn. Syed Amran Bin Syed Aziz untuk sesi
Bengkel ICT.
Dipersilakan.

Majlis seterusnya , mempersilakan En. Juwahir Bin Abdullah, Guru Pen.Kanan


Pentadbiran, menyampaikan cenderati penghargaan kepada Tn. Syed Amran Bin Syed
Aziz.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Dengan, penyampaian cenderahati itu tadi, maka tamatlah Kursus latihan dalam
perkhidmatan kita pada hari ini.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepda semua hadirin dalam menjayakan
majlis ini.

Sekian, terima kasih.


Dengan ini, majlis bersurai.

You might also like